Ahad, 17 April 2022

DEBAT ANWAR NAJIB

DEBAT ANWAR DAN NAJIB: JANGAN PULA BATALKAN?

• Apabila wakil DS Najib dan DS Anwar mengumumkan tarikh debat antara keduanya telah ditetapkan pada 12 Mei, ada yang kata perlukah debat tersebut? Debat untuk apa dan rakyat dapat apa? Debat seperti ini membazirkan masa.

• Apapun sikap mereka yang pesimis tentang debat ini, saya bersetuju ia diadakan untuk mencari jawapan kepada tiga pertanyaan berikut tentang Sapura Energy. 

• Pertama, perlukah kerajaan menyelamatkan Sapura Energy? Najib menyatakan ia perlu demi menjaga kepentingan institusi awam melalui PNB dan KWAP yang menjadi pemegang saham syarikat tersebut. 

• Kedua, apakah wajar CEOnya mendapat gaji yang begitu lumayan? Mengikut Rafizi, “… meraih hampir RM1.1 bilion dari 2009 hingga 2021 dalam bentuk gaji, bonus, sewa, yuran harta intelek dan bentuk imbuhan lain.”

• Ketiga, sebagai institusi awam kenapa Sapura Energy bermasalah? Apakah kerana rasuah, campur tangan politik, atau salah urus?

• Bagi saya hal ini perlu didebatkan. Saya hendak menilai siapa yang lebih mempunyai isi dan fakta, dan menilai kehebatan pemimpin mengemukakan hujah dan mempertahankan hujah masing-masing.

• Cumanya bagi membolehkan debat ini berjalan dengan lebih berkesan, susunkan dahulu syarat dengan kemas dan baik. Moderatornya perlu cekap dan menguasai ilmu tentang masalah Sapura Energy ini. Jangan pula tergelincir tajuk.

• Cumanya lagi, jangan pula debat ini dibatalkan di saat akhir atas alasan panel kena kuarantin, tidak sesuai atas alasan keselamatan, dan lainnya. Debat ini perlu jadi dan In Shaa Allah, 12 Mei ini, rakyat yang akan menunggu siaran langsung.

• Ingat, debat ini mencari kebenaran bukannya populariti. Rakyat menilai.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...