Sabtu, 16 April 2022

POK YA

Pok Ya Cong Codei memburu Siti telah melabuhkan tirainya semalam.

Apa dapatan kita dari drama yang sangat 'marhaen' ini?

πŸ’™ Telah menafikan wajah KPop atau jutaan follower IG sebagai syarat kejayaan sesebuah drama.

πŸ’™ Sangat dekat dihati kita kerana ceritanya sangat 'masyarakat' yang realistik.

πŸ’™ Sarat dengan dialog falsafah tetapi kita masih mampu memahaminya. Perumpamaan atau anologi yang diguna pakai diambil dari persekitaran bersifat 'kekampungan' sahaja.

πŸ’™ Pengarah bijak membina watak dan perwatakan kepada pelakon membuat kita mampu mengingati kesemua nama pelakonnya. Malah kita dapat membayangkan tanpa kelibat pelakon cuma pada nama seperti Salina dan Kalsom Rabik.

πŸ’™ Doa adalah senjata bagi orang Mukmin.

πŸ’™ Seorang yang gedebe 'mendengar' nasihat dari seorang anak saudara yang cacat penglihatan, Zahar supaya berdoa untuk dapat kembali isterinya. Episod terakhir adalah jawapan bagi episod pertama.

πŸ’™ Terus menyayangi Halim walau ramai mencurigai akan ketaatan Halim terhadap Pok Ya dan team.
Itulah 'instinct' seorang Ayah terhadap anaknya.

πŸ’™ Pengorbanan seorang anak terhadap sang Ayah.

πŸ’™ Taat kepada pemimpin dan hormat akan persahabatan.
 
πŸ’™ Boleh dikatakan PYCC adalah sebuah cerita yang sangat 'enjoy' ditonton bersama keluarga selepas era filem² P Ramlee.

πŸ’™ Membuat ramai sang suami terikat dirumah pada setiap malam Isnin-Khamis. 

Bessttttt.....!!!
Two Thumbs Up!

#pokyacongcodeimemburusiti

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...