Jumaat, 3 Disember 2021

”MARY JANE" TEMAN WANITA SPIDERMAN YANG TIDAK SETIA

Mary Jane Watson atau popular dengan panggilan MJ lakonan Kirsten Dunst, merupakan teman wanita pertama Peter Parker atau Spider-Man, versi live action. 

Peter Parker meminatinya dalam diam, sehinggalah berjaya menarik perhatian MJ setelah dia mempunyai kuasa luar biasa. Namun, kehadiran Peter dalam hidup MJ dilihat sekadar angin lalu, sebelum mengetahui rahsia sebenarnya sebagai Spider-Man.

Karakter MJ dilihat agak berbeza dengan dua lagi teman wanita Spidey di universe yang berbeza. Gwen Stacy dan Michele Jones, dilihat lebih setia bersama Peter disaat susah dan getir. Malah tidak mudah curang dibelakang Peter.
Disebabkan peelnya yang kurang elok ini, menyebabkan MJ tidak disenangi oleh sebahagian peminat Spider-Man, terutamanya lelaki. Yelah, perempuan yang tidak setia, tidak berbaloi seorang lelaki berjuang demi cintanya.

Namun, mungkin juga disebabkan peel karakternya yang sedemikian, menjadikan wataknya sentiasa diingati oleh sebahagian besar peminat. Ketika menonton filem ini diawal tayangannya, Brader juga sangat jengkel apabila Peter Parker menerima dan mencintainya.

Lebih baik Peter Parker memilih Gwen Stacy yang tidak kurang cantiknya. Malah, anak perempuan pakcik rumah sewa itu pun lebih "better" walaupun tidak cantik dipandang mata.
Anak makcik sewa cuma sedikit kurus nak banding dengan MJ. Kurus pn pandai ambil hati. Bodoh lah Spidey.


Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...