Selasa, 21 Disember 2021

Tragedi Malaysia 2021

Tragedi banjir dan tanah runtuh

Angkara golongan 1%, rakyat 99% lain menanggung sengsara

Cuba kita tanya tokey balak, sewaktu banjir pernahkah mereka bertanggungjawab membayar ganti rugi kepada mangsa atau mereka sedang "enjoy" bercuti di Vegas dan menikmati cuaca "sejuk" dalam kediaman mewah mereka?

Cuba kita tanya Menteri Besar & Exco Kerajaan Negeri yang selalu cakap pembalakan, perlombongan, pembukaan kawasan hutan tadahan hujan dan projek pembangunan yang tak mampan adalah demi kepentingan ekonomi rakyat - sekarang ekonomi siapa yang banyak melingkup, ekonomi siapa pula yang banyak untung?

Kita dah ada rancangan & pelan pembangunan bandar & desa yang teratur dan lengkap. Ada tempat yang boleh buat pembangunan, ada tempat yang sensitif tak boleh diusik, ada kawasan serap hujan yang jangan diganggu dan ada rizab sungai yang perlu dijaga.

Tetapi sayangnya ia tidak diikuti dan dilaksanakan dengan baik disebabkan golongan tamak 1% ini. Ditambah pula dengan agensi penguatkuasaan yang lemah & sesetengahnya membutakan mata sebab makan rasuah tokey syarikat.

Kita bersuara demi alam sekitar bukannya sebab kita nak tunjuk hero, bukannya kita bercakap kosong-kosong tiada fakta dan kita bukan anti pembangunan serta ekonomi. Kita bersuara adalah untuk kepentingan rakyat marhaen.

Kami percaya, selagi sikap tamak haloba menguasai diri, datanglah 1000 kali banjir pun, golongan ini tidak akan pernah insaf.

Sudahnya, mereka ambil jalan mudah, salahkan Tuhan & alam semata-mata, tatkata dosa di tangan sendiri yang rakus merobek alam tidak dipeduli...

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...