Sabtu, 4 Disember 2021

BENELLI RFS 150

Ni nak kisah aku dengan mesin RFS ni. Aku ride biasa2 saja. Ada lagi kawan2 yang buat ride dasyat2. 1st ride siam dengan mesin ni p Ton Nga Chang Waterfall, officee kastam siam siap keluar tengok masa declare. 
Lepastu ada p Phuket Bikw Week 2019, lepas tu ada p Betong, lepas tu buat Tour Malaya dr Border Siam(eskot kawan2 siam,sbb depa tak dak pengalaman lintas secara legal) kami p Johor balik Ikut Pantai Timur masuk Pattani balik Hatyai masuk Malaya. Lepastu ride yang gambar2 ni. Ride Up North Siam pastu p Pattaya Bike Week. Pastu ride balik. 

Perkara pertama haram untuk hangpa guna plug NGK Iridium pada mesin RFS ni, aku dah kena api dia cukup kuat hingga pehui(hilang) kepala plug dan serpih ceramic plug NGK irudium. Alhamdulillah mesin berjaya bawa aku p balik tanpa perlu kawan2 tunda. Kira takdak major problem kecuali masalah plug tu saja.
**Selain onroad aku juga lanyak offroad. Ini ketika mula PKP. Ikut Wang Angin p ke Dangau Siam.

Untuk kawan2 yang maseh was2 nak pakai ka dak menatang ni, hangpa teruskan was2 aku takdak kuasa untuk pengaruhi hangpa semua. Tapi mesin ni memang barua yang cukup enak. Design tak cukup kalah, Harga pun murah, 1 tank penuh buleh p 172km hingga 230km (ni testimoni aku sendiri). Handling ok lagipula aku ride muatan berat.

"Mesin ni barua kita, kita jangan jadi barua mesin."

[ba.rua] | باروا

Definisi : 1. orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; 2. kata makian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...