Isnin, 1 Februari 2021

Harimau Menangis

Beef Sirloin / Tenderloin / Eye Fillet / Fillet / Fillet Mignon / Cut From Loin = Harimau Menangis

Jangan duk bising Harimau menangis Mak Nelopa.
Benda ni senang je nak buat. Orang laki boleh buat untuk isteri jarang-jarang ambik hati. Kenala kita masak untuk mereka jugak.

Tips nak dapatkan Harimau Menangis padu.
Pilih bahagian Sirloin. Cari dekat tesco atau dekat kedai butcher Muslim berdekatan. Biasanya saya beli di tesco. Sirloin Australia. Dalam 12-17 ringgit je sekeping. Boleh makan 2 orang.

Masa basuh daging jangan basuh kuat sangat. Nanti hilang rasa manis dia. Lepastu perap dengan perapan ni(lada hitam+sos tiram+sos cili+kicap). Perap sehari semalam lagi bagus.

Pastu masakla ikut citarasa kita. Nak masak penuh ke masak medium ke terpulang. Saya suka masak penuh well done.

Air asam boleh buat dengan asam jawa kedai acheh je. Campur hirisan bawang merah dan lada yang rm40 sekilo harga sekarang mahai cekik darah.
Lepastu hidang. Panggil la isteri makan sama-sama. InshaAllah lepas makan isteri makin sayang.

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...