Isnin, 4 Januari 2021

Thailand South Tour

December 2019, Ritual Penutupan Hobi Cari Penyakit Bagi tahon ini..

Jika mauu tau apa itu "sebbb duit" boleh isi borang, mai ikot kami!! Bawak RM150 cukup untok memuaskan hati pengembara bernafsu WTR.

Kami cross boder betong jam 9.00 malam, seperti biasa time malam yang hening ini pasti kena bayar dekat peminta sedekah boder, 2 ringgit kat paklong imegresen, 2 ringgit kat paklong kastam.

Lepas cross, kami terus menuju kedai juai simkad, hanya 150 baht. zaman ni, sim kad lagi penting dari segalanya. Nak riki jalan, upload gambaq kat pesbuk, nak call anak bini dan yang paling pelaq dok main game online... pantang lepa!!!

Lupa nak habaq, sebelum beli simkad, pi tukaq duit kat pekan betong, bagi rm150 dapat 1083 bath saja.. terbaiklah kerajaan Malaysia!!! Tapi dalam duit teruk macamni pun dok ramai situlah pekan Betong!!! 

Dinner malam tu, kami makan kotiew goreng di Betong baru 40 bath, dengan ayaq ais kosong free, cukoplah untuk malam ni. Ronda pekan betong yang haram tadak apa, at last kami decide pi tidoq di masjid biru Betong, Al Jamek Al Ahmadi. 

Kebetulan malam tu ada jemaah tabligh Malaysia pun ada sama, biasalah berdakwah sambil sembang pum pang sampai lena.

Jam 4 pagi kami dah bergerak ke i yerweng, musim angin kuat, macam nak hujan, awan nano ka ufo semua tadak! penoh geng Malaysia, geng muto NVX, muto y15 dan geng pelancong cina, sesak teruk, konfius aku debu ka kabus. tapi dok rasa macam debu naik sebab depa dok jalan pi mai pi mai tak dak arah.

Kami turun bawah sikit dekat pelantar view point dan makan roti canai dan kopi, roti teloq dok ada 25 bath kopi 20 bath. 

Dari I Yerweng terus hala ke Yala dengan menyelusuri Tasik Bang Lang. Sebelum jumpa tasik ni yang bercantum dengannya ialah Sungai Pattani yang cukup besaq, ayaq pun hijau, konfom dalam! paling koman pun ikan toman besaq paha mat duha (boss kami).

Separuh perjalanan, kami singgah gerai marka Pattani tepi jalan. ada lauk sambal belut, hujan renyai-renyai ok sangat lah tu, boh nasi sepinggan dengan kopi panas, selit ikan keli dua ketui baru dok ada 40bath 

Otw tu kami singgah la satu gua tu "Krasaeng Cave" saja la buat buat gaya baru nak up bergambar disitu, nak tunjok kat member-member backpackers, tobat depa payah nak sampai sini...

Petang sikit kami sampai Yala, dalam perjalanan tadi ada construction buat jalan ditambah pulak dengan hujan renyai renyai manja, memang sempoi ya amatlah! macam rebau berkubang dalam selut.mujoq ada carwash kat pekan yala. tapi mahai sikit la, sebijik muto 80 baht, tibai jalah! takan nak ride moto penoh selut, buat malu kat geng siam.

Singgah semayang asaq di masjid Yala, pastu makan kotiaw sup dengan kopi panas, hahahaha macam biasa baru 40 bath

Otw nak keluaq pekan Yala, dekat stesen keretapi, kami secara tak sengaja terjumpa perkampungan bundle, meriah macam di Aran. Bundle dah select, tapi rega dalam 20 bath ke 50 bath selai. tshirt hanes ka, branded ka, levis ka semua pukui harga sama. lupa nak save location, tapi hampa boleh cari stesen ketapi Yala, dah dekat. Kalau dibanding dengan NAT Khlong Ngae atau pasar malam Hatyai, sini lagi terbaik bossku!!

Dekat nak magrib kami sampai pekan Pattani. Ini kali pertama kami jejak tayar muto di pekan Pattani. dari jauh dah nampak kubah masjid besaq Pattani, maknanya kami dah masok pekan Pattani lah! tapi Masyallah! sampai di betui pekan pattani suasana agak kelam kabut dan riuh rendah!!!

Kami ingatkan apa! rupanya depa buka guni bundle tepi jalan!!! pakat dok berebut tak kira melayu ka siam!!! tak boleh masuk dekat, suasana agak extrem, mungkin depa ni semua peniaga bundle dari Malaysia kot! ngadap masjid ada pasar malam, ingat nak pi cari makan-makan apa patut! rupanya lagi kawasan meniaga bundle. ada kot sebesaq padang bola. di pasar malam ni bundle dah susun ikut jenis dan gred harga maintain macam di Yala tadi, everage 50 baht sebab baju sangkut pakai hanger.

Sebelah tepi pasar malam ada tembok batu macam, tembok ratapan yahudi! disebalik tembok tu ada lagi bundle, ini bundle sudah tahap dewa dragon ball. bundle main longgok macam bukit, kena daki bukit, korek-korek tarik keluaq. Ada bukit seluar, ada bukit baju, ada bukit topi, ada bukit snow cap sampai bukit boxer dan coli pun ada!!! harga paling tak masuk akai!!! selai 20 baht saja.. hahahahhaha

Terus tak jadi beli apa pun! sebab tak percaya jumpa bundle rega 2 ringgit....hareyy betui..

Malam tu, lepas penat jalan kat bundle, belakang masjid ada pasar malam, kami pi ronda cari makan. ingat makanan dah heaven kat yala tadi. di Pattani lagi morah, makan nasi baru 30 baht, ayam goreng 10 bath, ayaq buah 10 bath! depa ni meniaga apa ni, murah sangatt! marka hat juai pun lawa!! hat pakai purdah nampak mata saja pun rasa lawa tak sangka dah!!! terus jadi cinta dengan pattani, konfom tahun depan kena repeat lag Pattani darul bundle..

Dari pattani dalam masuk waktu isyaq terus shoot pi Hatyai, kami sampai lebih kurang pukui 9 malam siam, kami pi cari kotiew sup dengan kopi, kali ni dah kat Hatyai tak dapat la 40bath, 80 bath la kalau Hatyai. beza terok!!!

Malam tu lepas makan dah dekat pukui 12 malam, nak check in rasa macam tak berbaloi, kami call penaja rasmi penginapan persatuan yakitu Amazon Hotel. cari Amazon yang jauh sikit, jalan nak keluaq Hatyai hala ke Phattalung. Amazon hotel kat sini pun tak ramai orang, kami bantai tidoq sini.

Esok pagi-pagi kami terus merayau pekan Hatyai, brekfes roti canai dan merayau kedai sparepart hatyai, Siri Racing, Nam Dee, Makcik Cina cakap melayu dan last skali masuk mall Central Festival. Sebab cuaca agak panas terik kat Hatyai sebab tu kami masok Central Festival, betuah lah nak beli barang tang sini. tapi makan kat food court ground floor morah! nasi satu lauk baru 40 baht dengan ulam free, nak ambik banyak mana pun boleh. 

Petang sikit kami terus balik ke Sadao dan cross boder...

Tutup buku 2019, dah boleh pelan pelan tukaq taya, stanby minyak hitam mahai, bulan 2 ni sempena Pataya Bike Week Shadow Of Love. Main kot dalam siam saja kot! target GT, Phu Chi Fah, Petchabun, Buriram, Aran.. mau dok stanby awai! takmau kalut!
Haji Uzainy MY

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...