Jumaat, 29 Januari 2021

KENAPA MASJID TUTUP?

KENAPA MASJID TUTUP? 
SEKTOR LAIN BOLEH. 
KERAJAAN SISIHKAN MASJID?
.
konsepnya begini. 
tidak mampu buat semua jangan tinggal semua. 
.
berusaha semaksima mungkin.
.
bab masjid ini masih ada pilihan keluar atau pilihan ganti.
.
tidak boleh solat di masjid, pilihan gantinya adalah solat di rumah.
.
berkaitan pasaraya yang dibenarkan operasi. 
ada pilihan ganti atau tidak? 
kalau tutup pasaraya maka boleh ke cari sendiri di rumah bekalan keperluan?
tidak boleh. 
maka diberi kelonggaran pada sektor pembekalan.
.
restoran? 
pembukaan restoran ini adalah atas faktor ekonomi rakyat. 
.
jika terus disekat, sudah tentu beri kesan kewangan kepada peniaga restoran.
risiko muflis, gulung tikar dan sebagainya.
.
masjid dianak tirikan? 
tidak.
kena faham maslahat ummah.
.
sop masjid boleh dibuat. 
tapi bukan senang untuk dikawal.
.
fikir ummah. 
fikir risiko beban pada frontliner akan bertambah jika sambil lewa dari sekarang.
.
kilang, restoran, pasaraya dan sektor perniagaan lain?
ia melibatkan ekonomi dan maslahat ummah. 
jika tutup lebih lama ia boleh mengundang kesan kewangan yang dahsyat kepada majoriti rakyat.
.
masjid?
ia melibatkan iman, ibadah dan syiar umat Islam. 
adakah tidak penting? 
penting.
tapi masih ada pilihan lain rukhsah (keringanan) untuk solat di rumah.
.
syiar masih diteruskan oleh imam, bilal dan ajk masjid.
.
kenapa umat Islam perlu bersabar sekejap dari ke masjid?
.
kenang jasa dan susah payah frontliner yang bertugas. 
.
permudahkan tugas mereka.
.
beribadahlah dulu di rumah kerana bukan mudah untuk mengawal sepenuhnya.
.
kerajaan lebih faham bila masjid sesuai dibuka semula. 
mereka ada data. 
mereka ada statistik. 
mereka ada kajian.
.
bukan macam kita.
kita hanya tahu bertanya kenapa tidak buka.
kenapa tidak begitu?
kenapa tidak begini?
.
masjid tidak disisihkan pun.
tapi frontliner putuskan semua ini untuk keselamatan ummah.
.
jangan bandingkan masjid dengan sektor ekonomi.
.
tidak akan sama sikit pun.
kena faham perbezaan.
.
kenapa tidak tutup semua?
kenapa tidak buka semua?
.
tidak mampu buat semua jangan tinggal semua..😊😊😊

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...