Khamis, 7 Januari 2021

Desakan Hidup


Tahun 2021  ini jangan terdesak nak buat semua benda.

1. Jangan terdesak beli rumah, peluang buat silap akan ada kerana kita masih ada 36,000 hartanah yang dah siap tetapi belum terjual. 

2. Jangan terdesak beli kereta,  kerana orang muda yang muflis  berjumlah 300,958 adalah berpunca dari membeli kenderaan .

3.Jangan terdesak untuk berkahwin, kerana semua kawan dah kahwin.  Kerana tahun 2020 sahaja terdapat 83,777 ibu tunggal yang pernah berkahwin kini hidup sendirian. 

4. Jangan terdesak keluarkan simpanan ASB kerana 72% penyimpan di ASB hanya memiliki dana simpanan sebanyak RM536 sahaja!

5. Jangan terdesak buat pembiayaan peribadi,  kerana nak buat simpanan dalam ASB dan Tabung Haji kerana pembiayaan ini punca ke dua muflis orang muda selepas kereta. 

6. Cuma perlu cuba dengan tenang untuk tambah isteri kerana 70% rekod lelaki yang poligami pendapatan bawah RM3000 sahaja. Dan terdapat lebih 5 Juta wanita bujang di seluruh negara.

Hidup dengan tenang, jangan mudah terdesak. 

MadDuha
Kampung Katong

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...