Jumaat, 7 Ogos 2020

Salam Jumaat

Wahai anakku,
Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah engkau terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Wahai anakku,
Sebenarnya apabila kamu dan orang tersayangmu sedang marah antara satu sama lain, dua hati kamu berdua adalah berjauhan. Oleh itu, kamu berdua memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Ketika kamu berdua saling menyayangi pula, dua hati adalah dekat, jadi kamu berdua tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Wahai anakku,
Oleh itu, dalam mengurusk ofan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali.

Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.

Wahai anakku,
Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marah-marah. Senyum.

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...