Isnin, 17 Ogos 2020

Jual Air Liur


Seorang makcik menjual nasi lemak di warung tepi jalan. Jualan perniagaan beliau saya percaya tidak sampai RM1 juta. Tetapi jualannya memudahkan pekerja untuk bersarapan dengan kos murah.

Seorang pengasuh kanak-kanak menjaga anak-anak di kampung. Khidmat asuhan beliau juga setahu saya tidak sampai RM1 juta. Tetapi dia memudahkan ibu bapa bekerja mencari rezeki.

Bukan semua perniagaan atau khidmat perlu juta-juta. Bukan semua perniagaan dianggap gagal bila tidak capai juta-juta. Tetapi jika dapat juta-juta dengan jujur dan tidak menipu, alhamdulillah ia rezeki dari Allah yang perlu disyukuri.

Satu saja pesanan Nabi sallallah alaih wasallam perlu diingati oleh orang kaya tentang orang miskin:

هل تنصرون وترزقون إلا بضعفائكم؟

Maksudnya: Adakah kamu menyangka kamu akan dibantu dan diberikan rezeki melainkan dengan orang lemah di kalangan kamu? [HR al-Bukhari, no hadis: 2896]

Moga nasihat ini menjadi pengajaran buat yang kaya dan juga yang miskin.

Dr RORA

Tiada ulasan:

KITA ORANG JANTAN KENA KERJA KUAT

LELAKI BERMARUAH SEHARUSNYA GIGIH BEKERJA عن الزبير بن العَوَّام رضي الله عنه مرفوعاً: «لأَن يأخذ أحدكم أُحبُلَهُ ثم يأتي الجبل، فيأتي بِحُز...