Rabu, 17 Jun 2020

Solat Jenazah

Solat Jenazah 

Kenapa Perlu Dikerjakan Solat Jenazah?

Jenazah orang Islam yang telah sempurna dimandikan dan dikafankan wajib disolatkan sebelum dikebumikan.

Pada suatu ketika kami sedang duduk di sisi Nabi SAW, lalu ketika itu dibawa jenazah. Baginda berkata: Solatlah sahabat kamu itu”

— Riwayat Bukhari

Solat jenazah dilakukan oleh orang hidup ke atas orang yang meninggal dunia untuk ni kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-doa yang ke semuanya kembali untuk kebaikan si mati.

Oleh sebab itu, seharusnya kepada mereka yang mendirikan solat sembahyang mayat ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati.

Inilah tujuan terbesar solat yang kita lakukan.

Hukum mendirikan solat Jenazah adalah fardu kifayah (WAJIB) untuk umat Islam di sesuatu kawasan.

Ia sunat dilakukan secara berjemaah namun sah apabila dibuat seorang diri.

 

Rukun Solat Jenazah

Terdapat tujuh rukun dalam solat ini:


1. Niat

  1. Berdiri Tegak. Solat Jenazah dilakukan dalam keadaan berdiri sahaja. Tidak ada rukuk dan sujud. Tidak ada azan dan iqamah sebelum memulakan solat.
  2. Takbir empat kali termasuk takbiratulihram.
  3. Membaca al-Fatihah selepas takbir yang pertama
  4. Selawat kepada Nabi SAW selepas takbir kedua.
  5. Berdoa untuk jenazah selepas takbir yang ketiga.
  6. Memberi salam selepas takbir keempat.

 

Niat Solat Jenazah

Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki dan jenazah perempuan adalah seperti berikut:

Jenazah Lelaki

niat solat jenazah lelaki

 Usolli ‘ala hazal mayyiti arba’a takbiratin fardol kifayati makmuman lillahi Taala 

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.


Jenazah Perempuan

naiat solat jenazah perempuan

 Usolli ‘ala hazihil mayyitati arba’a takbiratin fardol kifayati makmuman lillahi Taala 

Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

 

Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Di bawah ini ditunjukkan cara mengerjakan solat secara mudah dan ringkas:

1.Mulakan dengan takbiratul ihram beserta niat.

takbiratul ihram

 Allahuakhbar! 

Allah Maha Besar!


2.Kemudian baca surah al-Fatihah.

surah al fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


3.Selepas itu angkat takbir yang kedua.

takbiratul ihram

 Allahuakhbar! 

Allah Maha Besar!


4.Selepas takbir kedua, baca selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya:

selawat ke atas nabi

 Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad 


5.Selesai selawat, angkat takbir yang ketiga.

takbiratul ihram

 Allahuakhbar! 

Allah Maha Besar!


6.Selesai takbir ketiga, baca doa untuk jenazah sekurang-kurangnya:

Untuk Jenazah Lelaki

doa untuk jenazah lelaki

 Allahumagfirlahu warhamhu wa ‘Aafihi wagfu ‘anhu 

•••

Untuk Jenazah Perempuan

Sekiranya jenazah perempuan tukarkan “hu” kepada “ha”

doa untuk jenazah perempuan

 Allahumagfirlaha warhamha wa ‘Aafiha wagfu ‘anha 

Maksud bagi kedua-dua doa ini adalah:

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya


7.Selepas itu takbir yang keempat.

takbiratul ihram

 Allahuakhbar! 

Allah Maha Besar!


8.Selesai takbir keempat, baca doa berikut:

 Allahumma Laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinnaa ba’dahu waghfirlanaa walahu 

Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati.


9.Kemudian beri salam.

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...