Isnin, 15 Jun 2020

Nasi Kandaq

PETUA UNTUK BEGINNER

Ni nak habaq sikit la noo, kadang org luaq hat mai Penang ni depa x tau cara hat betoi nak makan nasi kandaq. Lepaih tu mula la dok jaja kata nasi kandaq ni serupa ja dgn nasi campoq. 

Alooo baq hang, cerin bulu roma dengaq oo. Dia kadang bkn apa, dia xtau cara, lepaih tu dia buat joqa. La ni nak bagi kod hat paling senang skali kalau pi nasi kandaq. Ni untuk beginner, hat otai dlm ni takpa, depa tau dah nak buat lagu mana. 

Habaq lagu ni. 

NASI PUTIH / NASI MINYAK
AYAM GORENG
TELOQ DADAR / TELOQ REBUIH
SAYOQ KOBIS
BENDI / CABAI HIJAU
PAPADOM

KUAH CAMPOQ TAROH ATAIH.......!

Tang ni yg kdg dok peqati, ada hat dok tunjuk2 kuah kat joki tu, hat dok habaq takmau kuah tu takmau kuah ni, hat mintak kuah asing takmau boh ataih nasik. 
 
Hangpa mintak mmg dia bagi, tapi tang surrr tu takdak la. Hangpa sebut ja kuah campoq taroataih, biaq joki tu buat kerja dia. 
Walaupon nampak belemoih habis pinggan
Hangpa. Try dulu pekena.. baru tau dia punya kick.

Baru la nama nasi kandaqq. Oloooo suurrr!

( Gambar menunjukkan antara salah sorg joki kuah campoq terbaik di Pulau Pinang, ni Nasi Kandar Kampung Melayu Ayer Itam Penang )

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...