EASTERN EUROPE/SOLO TRIP
(20 Sept - 7 Oct 2019)
Pada awalnya saya hanya merancang untuk menghabiskan cuti rehat tahunan dengan menziarahi keluarga di London pada akhir September lepas namun plan DIY ini end up dengan jelajah 6 negara di Eastern Europe secara solo. Diharap coretan ini dapat memberi sedikit panduan bagi yang berhajat untuk travel solo ke negara-negara ini.
Kembara ini bukanlah kembara budget namun saya sedaya upaya cuba untuk meminimumkan perbelanjaan. Anggaran kasar yang saya keluarkan ketika saya bergerak solo, tidak termasuk tiket return KL-London-KL, makan/minum/penginapan sepanjang bersama keluarga di Istanbul dan London
TRANSPORT
• Return ticket MAS Airlines (KLIA-London-KLIA) ****
• Ryanair (London Stansted-Budapest) RM98 (termasuk 10kg check in luggage)
• Flixbus (Budapest-Vienna-Prague) Night Bus 40€/RM190
• Regiojet Bus(Prague-Cesky Krumlov) RM35
• Leo Express (Cesky Krumlov- Salzburg) 16€/RM74
• Flixbus (Salzburg-Ljubljana) Night Bus RM112
• Namago Bus (Ljubljana-Venice) 21€/RM97
• Pegasus (Venice-Istanbul Sabiha) RM298
• Turkish Airlines (Istanbul Airport-London Heathrow) RM400
PUBLIC TRANSPORT
• Victoria Coach Station-Stansted Airport (5£/RM25)
• Budapest Airport-Astoria M (900 HUF/RM12.83)
• Tram Budapest (350 HUF sehalaX2/RM10)
• Metro Prague (24CK (30minutes)/RM4.3)
• Bus return (Salzburg-Hallstat-Salzburg) (29.29€/RM136)
• Shutter bus Salzburg South-center return (RM10)
• Bus Ljubljana - Lake Bled (RM11)
• Shutter bus Mestre - Venezia & Mestre - airport (RM50)
• Top up Oyster Card London (RM50)
• Topup Istanbul Kart (RM20)
TOTAL = RM 1583.13
PENGINAPAN
• Malvick City Lodge Budapest, Hungry RM102(1M)
• Meetme23 Hostel Prague, Czech Republic 53€/RM246(2M)
• Yoho International Youth Hostel Salzburg, Austria RM139(1M)
• Bnb Ljubljana, Slovenia 27€/RM125 (1M)
• Anda Venice, Italy RM292(3M)
• The Impress Theodora, Sultanahmet Istanbul RM160(1M)
• Corus Hotel London ***
TOTAL = RM 1064
MEAL (ASAS)
Budapest
Dinner 2910 HUF/RM41.46
Prague
Groceries 205.6 CK/RM37.34
Ljubljana, Slovenia
Breakfast 3€/RM14, Dinner 4€/RM18
Vienna/ Salzburg/ Hallstatt, Austria
Breakfast 5€/RM23, lunch/Dinner 12€/ RM56
Venice, Italy
Groceries Dinner/ Lunch RM25
Spaghetti 8€
Istanbul, Turkey
Dinner RM36
London, England
Brunch RM50
TOTAL = RM312.8
LAIN-LAIN
• Insurance Etika360 Gold RM118
• Sim card/ Internet RM100
• Luggage room CK 3€/RM14
• Sewa basikal/ luggage Lake Bled 7€/RM32
TOTAL = RM264
ANGGARAN KASAR TIDAK TERMASUK FLIGHT RETURN KL-LONDON-KL = RM3223.13
1. CENTRAL LONDON, ENGLAND
• Arrived London Heathrow jam 5.45 pagi. Tambah nilai oyster card, beli simcard local EE untuk internet 5+10 GB di convenient store (untuk penggunaan internet sepanjang di negara Europe, buka roaming)
• Menaiki underground (Piccadilly line to Arnos Grove) ke Westminster (tukar central line di South Kensington)
• Sightseeing Big Ben (masih berbungkus), London Eye, London Bridge, Westminster Abby dan sekitar Victoria Street sementara menunggu bus ke London Stansted Airport
• Bertolak ke London Stansted Airport jam 2 petang. Masa perjalanan 1 Jam menaiki National Bus Express di Victoria Coach Station
• Terbang ke Budapest, Hungary jam 5 petang. Perjalanan 3 jam 1/2. Sampai Budapest Ferenc Liszt International Airport jam 9 malam.
2. BUDAPEST, HUNGARY
• Dari airport saya menaiki shuttle bus No. 100E (Dek Ferenc Ter M) dan berhenti di perhentian bus Astoria M. Jarak ke penginapan lebih kurang 600m. Tiket shuttle bus dibeli di mesin ticket (warna purple) yang terletak di luar pintu keluar airport (sebelah kiri). Bayaran boleh dibuat menggunakan card yang diaktifkan. Sekiranya dah tukar duit ke matawang HUF, boleh terus beli dengan driver bus (900HUF)
• Jam 5.30 pagi saya terus check out, tumpang bag di luggage room. Make another room reservation melalui booking.com yang boleh cancel before 2 pm (incase nak stay lagi satu malam) memandangkan Itinerary ini DIY, free and easy.
• Ready for explore Buda and Pest! Budapest sebenarnya adalah 2 separate towns called “Buda” and “Pest” which are divided by the Danube River. Buda adalah kawasan berbukit dan merupakan bandar lama dimana terletaknya Budapest Castle dan Pest adalah bandar baru yang lebih modern. Mulanya plan untuk spend 2D/2N di Budapest tapi end up sehari sahaja. Setelah 1/2 day di Pest site, saya decide cukuplah satu hari dibandar ini. Saya cancel hotel and beli tiket Flixbus ke Prague. Sebelah petang saya cover Buda site. Ternyata kecantikan Budapest ni terserlah waktu malam! Parliment of Budapest waktu malam persis Angelina Jolie cantik gila! (Perumpamaan tetap taknak kalah)
• Most of the attraction saya cover selama sehari. (Pagi) Market Hall sayangnya tutup Ahad, Farmer market (terjumpa masa jalan), Parliament of Budapest, Hero’s Square (Petang) Budapest Castle, Fisherman’s Bastions, Chain Bridge , Sunset on the bridge
• Saya lebih suka berjalan kaki kerana ia satu kepuasa dan cara terbaik untuk saya menerokai tempat baru. Letih? Memang. tapi puashati
• Saya menaiki bus malam ke Prague dan transit di Vienna, Austria. Transit ni tak dirancang sebab tersilap pilih itinerary tiket so dapatlah sightseeing sekitar Central Vienna kejap sebelum meneruskan perjalanan ke Prague.
3. PRAGUE, REPUBLIC CZECH
• Tiba di Prague Main Railway Station jam 11 pagi. Check in hostel. Hostel paling best pernah stay. 5Bed dorm/ private bathroom sangat selesa!
• Architecture bangunan disini memang cantik. Di Old Town Square terletaknya Astrological Clock, deretan designer outlet dan cafe-cafe desert yang cozy and melting - maka banyak masa dihapiskan dengan melepak sajo pada hari pertama 🤣
• Hari ke 2 di Prague, 6 pagi saya dah mula explore pekan lama. Ini masa terbaik untuk ambil gambar sebab waktu ni belum crowded dengan tourist. Kemudian ke Prague Castle melalui Charle’s Bridge yang famous dengan baroque-style statues. Before making my way up to Prague Castle, I made a quick stop at The Lennon Wall. Pastu on my way back to the Old Town Square, menyusuri sungai untuk shoot the best view of Charle’s Bridge dengan swan yang maha banyak. Kemudian sambung perjalana ke Wenceslas Square in Prague’s New Town. Singgah berootd di Thunovka Street 🥰 dan Wallenstein Garden. Malam relax di Old Town Square lagi, had a dinner at one of the square’s restaurants while listen to street performers. Jangan lupa cuba the best gelato in town and trdelnik. I really In love dengan architecture dan orang-orang yang saya jumpa di Prague. Bandar ratusan tahun yang tidak terkesan dengan perang maka senibinanya masih terpelihara, cukup unik dan cantik, rasa macam hidup zaman Cinderella 😇 environment yang tenang ini buat diri rasa positif sepanjang masa.
• Hari ke 3 saya decide untuk ke Cesky Krumlov (CK) satu perkampungan di selatan dan tersenarai dalam UNESCO World Heritage. Jam 5 pagi ke stesen bus Prague Na Knizeci menaiki Metro. Kemudian menaiki Regiojet Bus ke CK jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Sampai Cesky Krumlov AN jam 8 pagi. Sebuah kampung yang cukup nyaman, bersih, rumah-rumah yang menarik, air sungai yang sangat jernih dan sejuk. Ibarat masuk ke kampung dalam cerita dongeng Disney. Kalau nak avoid tourist pastikan datang awal. Gambar pun menarik. Usai letak bag di Tourist Center saya terus ke castle (view point terbaik untuk panorama CK). Apabila tour bus mula masuk, saya terus beredar untuk sight seeing sekitar luar castle dan menerokai kawasan kampung. Setelah seharian di CK, saya decide tidak bermalam dan terus ke Salzburg jam 5.30 petang
Nota : Seandainya korang merancang menggunakan public transport untuk explore bandar Prague saya sarankan ambil pas 24hrs/ 110 Czh @ 72Hrs/310 Czk. Pas ini valid untuk semua tram/metro/bus. Tiket blh dibeli di mana2 mesin tiket atau store2 tepi jalan. Memang sangat jimat.
4. SALZBURG/ HALLSTATT, AUSTRIA
• Tiba di Salzburg South jam 9 malam. Salzburg South terletak di pinggir bandar, jadi perlu ambik bus ke pusat bandar, perjalan 15 minutes.
• Semasa di hostel saya dan rakan sebilik decide ke Hallstatt bersama-sama. Kami merancang perjalanan jam 6.30 pagi ke Hallstatt menaiki bus.
Cara ke Hallstatt menaiki Bus:
1. Naik Bus No 150 di Platform F, Salzburg Hdf ke Bad Ischl Bus Station. Sampai Bad Ischl (turun dan TUKAR BUS)
2. Take Bus No 542 ➡️ Gosausee Bus Stop. Sampai Gosausee Bus Stop (turun dan TUKAR BUS)
3. Naik Bus No 543 di Gosausee Bus Stop ➡️ Hallstatt Bus Stop. Bus ni nanti akan turunkan korang betul-betul depan pintu masuk kampung Hallstat. Tak payah nak naik ferry dah.
Nota: Tiket beli dengan driver bus, bagitahu nak ticket return ke Hallstatt. Korang simpan elok-elok tiket tu nanti nak balik pun guna tiket sama.
• Walaupun cara ini perlu menukar 2 kali bus, tapi ini sangat senang dan 2x ganda lebih jimat berbanding menaiki train. Paling worth it adalah panorama sepanjang perjalanan.
• Haaaaa..nak balik bandar Salzburg pula macaman? Naik bus nombor sama (reverse no bus). Saranan saya, sampai Hallstat Bus Stop tu, tengok dulu time table bus dari Hallstatt Bus Stop - Salzburg Hdf supaya senang nak rancang pukul berapa korang nak kena ada kat situ balik dan tidak buang masa tunggu bus.
• Selepas dinner di bandar Salzburg, sekitar 8 malam kami balik ke hostel untuk rehat. Salzburg ni bandar classic, pukul 7 malam dah sunyi sepi semua kedai dah tutup. Jam 10 malam menaiki city bus ke Salzburg South Bus Station yang terletak di luar bandar. Bus saya ke Ljubljana, Slovenia adalah pada jam 1.30 pagi. Disebabkan salah maklumat dari google map, saya perlu menunggu bus di stesen bus yang sunyi seorang diri, dengan hujan lebat, tiada shelter selama 3 jam .. kerana google map menunjukkan hentian bus itu di pusat bandar yang jaraknya 600m dari hostel. Nasib baikla tergerak hati nak confirmkan dengan receptionist. Walaubagaimanapun saya dilindungi Allah dan selamat sampai di Ljubljana 😉
• Jika korang travel Solo, berhajat ke Salzburg menggunakan bus @ ke negara lain dari Salzburg South ambillah tiket siang ye. Tempat tu tak sesuai untuk bus malam. Melainkan anda berteman
5. LJUBLJANA & LAKE BLED, SLOVENIA
• Sampai Ljubljana Bus Station (LBS) jam 5 pagi dan bertolak ke Bled jam 7 pagi. Sampai Bled bus station jam 8.30 pagi. Terus ke Tourist Information Office untuk charge bateri. Saya decide untuk sewa basikal keliling Lake Bled. Sewa basikal 7€ boleh letak luggage for free dan boleh tumpang guna tandas office lap-lap badan, Ok la kan 😉 Baru rasa semangat, nak ronda
• Lake Bled ni cantik, dan memang tempat tumpuan pelancong pada musim panas. Untuk view panorama Lake Bled, bagi saya Mala Osojnica view point adalah yang terbaik . Berbaloi hiking 45 minit!Selain Mala Osojnica, Straza view point tidak kurang menariknya.
• Setelah habis pusing sekitar lake, singgah sekejap di Bled Castle (oldest castle in Slovenia) hanya untuk ambil gambar (tidak masuk ke dalam sebab tiket dia agak mahal harga lupa) selepas itu saya menghabiskan masa cycling sekitar kampung berdekatan dan lepak cafe menikmati desert tempatan 😇 Triglav National Park terkubur begitu saje huhu. Plan nak kesana tapi terleka tambahan pula hujan
• Bertolak balik ke Ljubljana. Malam saya bersama kenalan dari Germany melepak tengok live perfomance di dataran selepas dinner. Center Ljubljana memang “hidup” waktu malam berbanding bandar Salzburg dengan deretan cafe-cafe di sepanjang sungai amat tenang.
• Pagi selepas breakfast di penginapan, check out, simpan bag di bnb dan keluar sightseeing castle untuk cari view point bandar Ljubljana. Strolling around city center and macam biasa desert hunting. Jam 4 petang bertolak ke Venice Italy menaiki bus.
6. VENICE, ITALY
• Sampai Venice Mestro Station, jam 6 petang. Check in and decide relax di hostel sebab hostel ni memang cantik, moden. Ada live band, ada taman untuk chill lepak, ada kitchen boleh masak dinner. Nasib ada lagi Asian market buka, saya beli spaghetti, seafood, sayur pakchoi and telur. Rakan sebilik dari Milan tolong masakan spaghetti olio. Pergh sedap gila!
• Next day, jam 5.30 pagi menaiki bus ke Venezia. Waktu ni paling cantik nak kejar sunrise. Gambar pun cantik tak crowded dengan manusia maklumla tourist belum bangun 😊 saya hanya jalan kaki gunakan bantuan google map untuk meneroka pulau cantik ni. 1 hari memang cukup, kalau naik boatbus tak feeling sebab tak sesat. Jangan risau lah, dengan bantuan google map korang takkan buang masa sesat pun!
• Selepas seharian berjalan, balik hostel masak scramble egg, sandwich tuna and salad. Kenyang, masuk bilik dapat 2 orang kawan baru. Muslim dari Morocco. Diorang cakap aku wajib pergi Burano sebelum aku balik Katanya burano ni cantik. Asalnya memang aku plan kesana tapi fikir-fikir aku masih ada hajat untuk ke Italy lagi, jadi aku reserve Burano for next trip.
• Keesokannya aku hanya relax di cafe and pusing pekan Mestre sebelum ke airport. Aku tak sabar sbb nak jumpa anak-anak sedara di Istanbul!
7. ISTANBUL, TURKEY
• Arrived Sabiha Airport jam 3.30 petang. Naik Havatas bus ke Taksim. Dari Taksim ke Sultanahmet hanya berjalan kaki menyusuri Taksim Square sehingga ke Gelata Tower - Taksim Bridge - Sultanahmed. Seronok dapat kembali lagi ke Istanbul
• Sampai Hotel, check in rest. Keluarga stay di hotel lain. Esoknya baru jumpa diorang. Tempat yang dikawati sepanjang 3 hari di Istanbul: Hagia Sofia, Blue Mosque, Topkopi Palace (tapi Palace tutup), Spice Bazar, Galata Bridge, Bosporus Cruise (sunset) Galata Tower (malam)
• Grand Bazar, Istanbul University, Taksim area. Gelata Tower (siang), Galata Konak Cafe untuk sunset and lihat pemandangan Istanbul (europe site)
8. LONDON, ENGLAND
• Kembali ke London Check in hotel, hang up dengan kawan. Next day berkumpul dan beraktiviti dengan keluarga. Pulang ke Kuala Lumpur pada hari ke 16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan