Ahad, 13 Oktober 2019

Tour Nusantara 2019

Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan Bahasa Jawa kuno, iaitu nusa  (pulau) dan antara  (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Melayu yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timor dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua.

Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu 

Dan selepas 10 tahun dari kali pertama dengan roda 2 ke Phuket. Kali ini membuat angkara untuk menanda peta Nusantara bersama 10 Renjer Peketum dan 9 Rider Asli 2T Luk Nam Kem Thailand.
Jika ditanya apa sumbangan pada negara sepanjang menjadi peminat 2 roda, dengan rendah diri saya mungkin akan menjawab saya pernah mempromosi industri pelancongan negara pada tahun 2019.
Perjalanan yang dirancang mulanya 6 Hari telah menjadi 8 hari atas Al Sebab yang membahagiakan.
Bermula pada 1/10 dari perbatasan sempadan negara dan tamat pada 8/10 di Hatyai. Lokasi pertama kami berhenti di Restoran Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang. Abang Zack Suzuki Tanjung menunggu menjamu perut lapar kami. Selepas tengah malam kami sampai ke Ibu Kota dan bertemu beramah mesra dengan Malaylakap MC di batu tanda 0KM Kuala Lumpur. Kami berehat di Hentian R&R Seremban.
Perjalanan Hari kedua bermula lewat tengahari dan menunggang hingga Ban Alip Kaizer Kampung Tunggul Hitam, Batu Pahat, Johor.
Hari ke 3 sebuah mesin Thailand rosak sebelum Tol Skudai. Mesin di tunda ke Bengel Rizal RMB (Rizal Memang Boleh) Kulai.
Kami kemudian menerus perjalanan ke Puteri Harbour Nusajaya.
Dari Puteri Harbour kami Ke Karimun Riau.
Hari ke 4 selepas bermain ala pelancong ke sekitar wisata Karimun kami Pulang ke Malaysia. Tambang 2 hala berharga RM127.
Perjalanan pulang sungguh Indah melalui negeri sepanjang pantai timur. Pada saya tempat paling cantik sepanjang 8 hari adalah Pantai Telok Bidara Kuala Dungun Terengganu. Air jernih, pantai bersih, cuma kemudahan asas bilik air 1/10 tidak sempurna. Pantai Telok Bidara mengalahkan Semua Pantai Pulau Karimun.  

Hari ke 6 Kami memasuki Sungai Golok 10 minit sebelum pintu pagar ditutup dan melalui laluan merah pada tengah malam. Kami berehat di rumah Din 2T Luk Nam Kem Pattani. Dijamu perut lapar kami dengan makanan enak.

Malam terakhir kami di sebuah resort Hatyai. Semua ditanggung oleh 2T Luk Nam Kem dari gasoline, bilik, makan malam, hingga sarapan pagi. 

Tukaran Wang Ringgit Malaysia Baht Thailand pada paras terendah 6.9. Suatu perkara yang tidak pernah kita gambarkan 10 tahun lalu. Harapan kita setahun lalu dengan pertukaran kerajaan ,nilai ringgit akan meningkat namun semuanya musnah. 

Bertabahlah Malaysia.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...