Sabtu, 26 Oktober 2019

missdae tour europe

CARA JELAJAH EUROPE MURAH

Hi semua! Harini I nak kongsikan tips yang sangat-sangat berguna, khas untuk siapa yang nak travel ke Europe murah!!

Korang pernah tak plan nak jelajah Europe dengan pergi ke beberapa buah negara sekali gus ketika travel? Antara contoh route yang biasa orang pergi ketika travel ke Europe ialah :

KL - London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris - KL

dan ada banyak lagi route yang best-best korang boleh cuba. Cara nak dari satu tempat ke satu tempat lain of course ada beberapa pilihan, antaranya ialah :

1. Flight

2. Bas

3. Train

Of course travel by flight is by far more convenient la, tapi untuk cheapskate macam I, kalau travel naik flight, perjalanan ambil masa dalam sejam dua jam je, so bila dah sampai sesebuah negara, of course kena check in hotel pula kan?

Haaaa, lebih baik kita naik NIGHT BUS, bertolak malam, esok paginya baru sampai, tiket pun murah, dan jimat pun jimat sebab tidur dalam bas je, haha

So bagi siapa yang nak naik night bus, tapi nak murah, korang boleh cuba INTERFLIX yang diperkenalkan oleh FLIXBUS : naik bas untuk ke 5 negara, dengan harga bernilai €99 sahaja!!

Jadi bersesuaian la dengan route yang kita nak plan tadi :

London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris

Tapi apa beza ambil Interflix dengan ambil tiket one way Flixbus yang biasa je? Jom tengok situasi di bawah :

<-- harga bas ONE WAY tanpa INTERFLIX -->

1. London ---> Amsterdam (night bus)

Bertolak 2130 ---> 0840 (pagi keesokan harinya)

HARGA : €65.99 one way

2. Amsterdam ---> Brussels (night bus)

0015 --> 0430 berharga €16.99

3. Brussels ---> Frankfurt (night bus)

2310 --> 0620 berharga €19.99

4. Frankfurt ---> Paris (night bus)

2205 --> 0635 berharga €49.99

So cuba total kan setiap harga one way tiket bas tadi tu :

€65.99

+ €16.99

+ €19.99

+ €49.99

_______

€152.96

Jadi, mana lebih jimat? €152.96 atau €99???

Haaaaa best kan?

Tapi of course, tiket ini pon ada limit dia. Antaranya ialah :

1. Tidak boleh digunakan untuk return trip (contoh London --> Paris --> London)

So ape yang korang boleh buat ialah, tambah la negara-negara lain, supaya dia takdela nampak macam return trip haha. Macam contoh

London --> Paris --> Amsterdam --> London. Haaaa gituu

2. Tidak boleh digunakan untuk tiket bas yang ada transfers. 

3. Perlu digunakan dalam masa 3 bulan

Tapi yela kita travel pun takde la lama sampai 3 bulan kan. Usually beberapa minggu, paling lama pun 1 bulan.

So amacam, best tak INTERFLIX? Haaa cuba, jangan tak cubaaaa. Selamat travel ke Europe! Adios Di Amigos!

Boleh baca di blog saya untuk penerangan sekali gambar dan step by step :

https://www.missdae.com/2019/10/travel-europe-dengan-murah-menggunakan.html

Boleh follow instagram saya :

www.instagram.com/miszdae

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...