Jumaat, 22 Disember 2017

SOKONG AMAREKA

Saya bagi pihak PERSATUAN KAPCAI RIDER TOURING SEMALAYSIA (PEKETUM) menggesa DSNajib Razak menarik balik kenyataannya mengatakan “musuh Amerika Syarikat (AS) adalah musuh Malaysia” ketika lawatan perdana menteri ke negara itu pada September.

Kami berpendirian begini kerana AS menganggap Palestin sebagai musuh dan KITA / Malaysia harus menjelaskan kepada dunia kepada siapa sebenarnya KITA / Malaysia berpihak dalam isu ini.

MADDUHA
www.malayregime.blogspot.my

Khamis, 14 Disember 2017

BANJIR BESAR

2015.
LOKASI TEMERLOH.
KAMI HADIR ATAS SEMANGAT BERSETIA KAWAN.
SEBUAH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) DAN 2 BUAH RUMAH YANG TIDAK KAMI KENALI SIAPA TUANNYA. HANYA MENGIKUT ANGIN.

Selasa, 12 Disember 2017

WARIS

ANAK 

SEMUA

BANGSA

BANGSA

SEMUA 

AGAMA

MARI

BERSAMA

SOKONG

RAKYAT

PALESTIN

Ahad, 10 Disember 2017

PEKETUMXSUPERFRIEND TOUR KRABI YEAR 8

'Urak Lawoi’, juga disebut Chaw Talay, Chawnam, Lawoi, Lawta , ialah suatu perkataan daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia yang ditutur di Thailand bererti 'Orang Laut'. Penuturnya berjumlah sekitar 3 000 orang pada 1984 (menurut D. Hogan, 2000 D. Bradley) dan tinggal di pesisir barat bahagian selatan Thailand, dekat pulau Phuket dan Pulau Lanta.(sumber google)

Bukan nak agungkan orang laut ni tetapi sesaja nak buka cerita keunikan 'orang laut' di laut andaman ni. Apa yang menarik lagi pasai Urak Lawoi, mereka mula terkenal apabila tsunami melanda Asia Tenggara, mereka antara yang mula-mula mengesan dan melaporkan bencana akan datang dari lautan. Urak Lawoi adalah gypsies lautan, puak semi-normad Austronesian yang menghuni laut Andaman. Populasi mereka hampir 6000 orang populasi terkini, Urak Lawoi adalah Melayu aboriginal yang mirip kepada Bajau Laut di Sabah dan Salone dari Burma. Secara tradisinya puak Urak Lawoi beragama Islam lahir, membesar dan hidup di dalam bot. Kebanyakan mereka mampu menyelam sedalam 20 meter selama 30 minit tanpa sebarang peralatan. Dan hanya ke daratan untuk berlindung pada musim tengkujuh dan membeli keperluan hidup. Masyarakat Thai seringkali membenci mereka kerana menganggap Urak Lawoi sebagai ‘pengotor’ walaupun mereka adalah orang-orang yang baik. 

Tetapi itu bukan cerita utama, cerita utama maseh bab tukaran duit RM dengan Siam Baht. Aku tetap nak sentuh juga sebab empa semua sedia maklum dah setahun tak jejak naik 8.0 lagi. Tahun lepas tarikh yang sama kita pom pang kut media sosial bila cecah 7.9 tetapi tahun ni walau cecah 7.7 kita buleh dok rileks. Jadi kita kena bangga dengan pengurusan Kewangan oleh pemerintah Malaysia.  
Alhamdulillah seramai 34 Rider hadir tahun ni tunjuk muka.  Rejab MyHC dan Alip Rider Taiping mengekal rekod tanpa ponteng untuk setahun pun sejak 2013. Tahun ni kita ada Pak Long Rahim Samudera Vespa dgn 2 lagi dari Melaka, Abang Radhi, Azman dan Herman dari Shah Alam. 3 rider dari Gua Musang Emie dan 2 lagi, yang 1 buat hal laju tak maw2 , 5 rider Kok Klang Clan yang di kepalai Gee Seep Bath syok dengan depa buleh kecek siam. Rider FZ4t Chef, Aizu, Petai, Deen, Naufal 2T Taiping dengan 3 orang lagi kawan, Jemer dan member adik dia (dia lah kata), Dan Ipoh, Fauzi Cameroon & Famili,Kak Siti Hajar, Sepet JB, Yon Tamrod, Bang Shah Fadil n de geng, John Aqil, Pyan JKKK Kg. Malaysia dan Legendry Uzainy King Drag.
Seperti 5 tahun rombongan yang lalu memang setiap kali tu call time pukul 7 pagi di Changlun tetapi dengan ramai-ramai Ni tak peraya, akan jadi terlambat juga, sebab tu orang lama (baca OL) depa lebih suka solo atau duo atau trio. Di pihak Kita memang jangkaan tu dah Ada jadi Kita terima berlapang dada. Jadinya Kita pecah 3 group Awai, Sedang, Dan group last King Coco Rendang. 

Insuran Siam berharga RM16.00 untuk 9 Hari empa boleh dapatkan di Changlun. Urusan tukar duit Baht juga sama Kali ni pada Kadar 7.78 Terer Dak?. 

Dari Changlun kami masok Siam melalui Wang Kelian. Tujuan utama untuk bagi kawan2 dari jauh Ni tengok la Perlis lagu mana. Civilization, sosio budaya, dan melihat keindahan Flora Dan Fauna di Wang Kelian. Cuih. Sebenaqnya nak save 100km dan Save 1 tank isi minyak Siam. 

Krabi ni maw ikut tu dah hafal walau sekali saja pi dan Ni Kali ke 18 jejak tapi kami gagah juga sebab kami Ni degil lagipula. Ni Anniversary Raida Nation X Peketum X pala taw. 

Setakat nak layan Bike Week memang jauh panggang dari api kepuasan event nak banding dengan Pattaya Bike Week, Mega TTS LCCPK, EX5 Lover, Santai Anak Utara waima  Pesta Raida Padang Keria pun Tapaw Event ni. 

Latar tempat out, lecah, Lumpur kut celah jari, Haram cemeh. Cinggey pn out. 

Lauk

Ikan sama di air yang sama memakan umpan yang sama berpuluh-puluh tahun dahulu hingga kini masih tetap sama.
:-matderihkolaperelih

Isnin, 4 Disember 2017

PEKETUM URAK LAWOI X SUPERFRIEND TOUR KRABI 2017

'Urak Lawoi’, juga disebut Chaw Talay, Chawnam, Lawoi, Lawta , ialah suatu perkataan daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia yang ditutur di Thailand membawa erti 'Orang Laut'. Penuturnya berjumlah sekitar 3 000 orang pada 1984 (menurut D. Hogan, 2000 D. Bradley) dan tinggal di pesisir barat bahagian selatan Thailand, dekat pulau Phuket dan Pulau Lanta.(sumber google)
Bukan nak agungkan orang laut ni tetapi sesaja nak buka cerita keunikan 'orang laut' di laut andaman ni. Apa yang menarik lagi pasai Urak Lawoi, mereka mula terkenal apabila tsunami melanda Asia Tenggara, mereka antara yang mula-mula mengesan dan melaporkan bencana akan datang dari lautan. Urak Lawoi adalah gypsies lautan, puak semi-normad Austronesian yang menghuni laut Andaman. Populasi mereka hampir 6000 orang populasi terkini, Urak Lawoi adalah Melayu aboriginal yang mirip kepada Bajau Laut di Sabah dan Salone dari Burma. Secara tradisinya puak Urak Lawoi beragama Islam lahir, membesar dan hidup di dalam bot. Kebanyakan mereka mampu menyelam sedalam 20 meter selama 30 minit tanpa sebarang peralatan. Dan hanya ke daratan untuk berlindung pada musim tengkujuh dan membeli keperluan hidup. Masyarakat Thai seringkali membenci mereka kerana menganggap Urak Lawoi sebagai ‘pengotor’ walaupun mereka adalah orang-orang yang baik. 
Tetapi itu bukan cerita utama, cerita utama maseh bab tukaran duit RM dengan Siam Baht. Aku tetap nak sentuh juga sebab empa semua sedia maklum dah setahun tak jejak naik 8.0 lagi. Tahun lepas tarikh yang sama kita pom pang kut media sosial bila cecah 7.9 tetapi tahun ni walau cecah 7.7 kita buleh dok rileks. Jadi kita kena bangga dengan pengurusan Kewangan oleh pemerintah Malaysia.  
Alhamdulillah seramai 34 Rider hadir tahun ni tunjuk muka.  Rejab MyHC dan Alip Rider Taiping mengekal rekod tanpa ponteng untuk setahun pun sejak 2013. Tahun ni kita ada Pak Long Rahim Samudera Vespa dgn 2 lagi dari Melaka, Abang Radhi, Azman dan Herman dari Shah Alam. 3 rider dari Gua Musang Emie dan 2 lagi, yang 1 buat hal laju tak maw2 , 5 rider Kok Klang Clan yang di kepalai Gee Seep Bath syok dengan depa buleh kecek siam. Rider FZ4t Chef, Aizu, Petai, Deen, Naufal 2T Taiping dengan 3 orang lagi kawan, Jemer dan member adik dia (dia lah kata), Dan Ipoh, Fauzi Cameroon & Famili,Kak Siti Hajar, Sepet JB, Yon Tamrod, Bang Shah Fadil n de geng, John Aqil, Pyan JKKK Kg. Malaysia dan Legendry Uzainy King Drag.
Seperti 5 tahun rombongan yang lalu memang setiap kali tu call time pukul 7 pagi di Changlun tetapi dengan ramai-ramai Ni tak peraya, akan jadi terlambat juga, sebab tu orang lama (baca OL) depa lebih suka solo atau duo atau trio. Di pihak Kita memang jangkaan tu dah Ada jadi Kita terima berlapang dada. Jadinya Kita pecah 3 group Awai, Sedang, Dan group last King Coco Rendang. 
Insuran Siam berharga RM16.00 untuk 9 Hari empa boleh dapatkan di Changlun. Urusan tukar duit Baht juga sama Kali ni pada Kadar 7.78 Terer Dak?. 
Dari Changlun kami masok Siam melalui Wang Kelian. Tujuan utama untuk bagi kawan2 dari jauh Ni tengok la Perlis lagu mana. Civilization, sosio budaya, dan melihat keindahan Flora Dan Fauna di Wang Kelian. Cuih. Sebenaqnya nak save 100km dan Save 1 tank isi minyak Siam. 
Krabi ni maw ikut tu dah hafal walau sekali saja pi dan Ni Kali ke 18 jejak tapi kami gagah juga sebab kami Ni degil, lagipula Bulan 11 Anniversary Raida Nation X Peketum X Pala Taw. 
Setakat nak layan Event Motor memang jauh panggang dari api nak banding dengan Pattaya Bike Week, Mega TTS LCCPK, EX5 Lover, Santai Anak Utara waima  Pesta Raida Padang Keria pun Tapaw Event ni. 
Latar tempat out, lecah, lumpur kut celah jari, haram cemeh. Cinggey pn out. 

Khamis, 30 November 2017

Belajar bahasa Parsi

Snow - barf
Friend -doost
Toilet -dastshoei
Eat - Qordan
Drink - Nushidan
Beauty - Ziba
Awesome - Khub(good)
Thanq you- Mamnun
where - khoja
I - man
want - mikam
photo - axs
for - ba
you - thoh
rice - berenj
Chicken - jujey
Meat - gousht
Coca- Nushabe
water - Abb
half - nesf
quarter- roob
full- tamam
food - ghaza
bread - nan
i love u - doset daram
love - ashg
i want be with you - mikham ba to basham
forever- hamishe
i love forever - ashege tam
yes - arey
no - na
money - pull
praying - namaz
camping- kamp
School - madrasey
border - marz
wife - khanum/zan
1  - Yek
2 - Tho
3 - Seh
4 - Chahar
5 - Panj
6 - shesh
7 - haft
8 - Hasht
9- Noh
10- Dah
11- Yaz dah
12- Davaz dah
13- Sez dah
14- Chahar dah

20- Pist
21-yek pist

30-Si

40-Chehel

50-Panjah

60-Shast

70-haftad

80-hashtad

90- Navad

100- Sad

1000-Hazar

Selasa, 14 November 2017

Sedikit-sedikit

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)[1]

Selasa, 7 November 2017

Vehicle Authorised Letter Sample For Going To Thailand

Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or motorbike.

If you used your own vehicles/bike then you don't need the letter

Owner Address
….....................
….....................

Your Address
…..................
…..................

Date

  1. I'm …...................the owner of ….................................... with Registration number – …....... has authorized : …......................... . NRIC: ….................... to ridden my Motorcycle to Thailand for social visit.

The particulars of the vehicle as as follows

  • Registration No :
  • Model of Motorcycle :
  • Engine No :
  • Chassis No :
  • Year :

Your cooperative much appreciated.

Signature of owner                                                       Signature of carrier

…...........................                                                       ….................................
Name : ...................                                                       Name:...........................
NRIC : ....................                                                      NRIC:...........................
Mobile :..................                                                       Mobile :........................

Don't forget to bring
a.Geran of the Vehicles/Bike
b.Owner Photostat IC (if you owner not need to photostat)
c.Thailand Insurans Policy (Can be done before or after enter Thailand if from Malaysia can be done at Changlun before enter the Thai Border)
d.Form TM2/TM3 (can be download from below)
e.And this letter authorized if you are not the owner of the vehicle/motorcycle
If you are the owner not need the authorized letter.

Sayang Kamu Sampai Mati

SDI 739: Bolehkah Berdoa Keburukan Ke Atas Isteri Yg Buruk Akhlak?

Saya ada masalah dgn isteri. Dia tidak menghormati saya dan mcm2 masalah lagi. Kadang2 saya terfikir nak minta balasan dikenakn kpdnya. Apa hukum ust?

Jawapan:

Doa keburukan dr seorg suami terhadap isteri yg buruk akhlaknya termasuk dlm doa yg tidak akan dimaqbulkan oleh Allah SWT. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

ثلاثة يدعون الله، فلا يستجاب لهم: رجل كانت له امرأة سيئة الخلق فلم يطلقها، ورجل كان له على رجلٍ مال فلم يشهد عليه، ورجل أعطى سفيهاً ماله، وقد قال عزّ وجل: (وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ) [النساء:5].

Maksudnya: "Tiga golongan yg berdoa kpd Allah, namun tidak diperkenankan untuk mereka: seorg lelaki yg memiliki isteri yg buruk akhlak, namun tidak me ceraikannya. Seorg lelaki yg memberi hutang kpd seorg lelaki lain, namun tinpa disertai saksi. Seorg lelaki yg menyerahkan seorg safih akan hartanya. Sedangkan Allah telah berfirman: "dan jangan kamu serahkan kpd org2 sufaha' akan harta mereka" (alNisaa':5 - hadis ini dinilai Sahih oleh alHakim dan alAlbani)

Hadis ini menunjukkan doa seorg suami yg meminta keburukan utk isterinya disebabkan buruk akhlak siisteri tidak diterima oleh Allah SWT. Ini krn sisuami tersebut memiliki kuasa utk menceraikan isterinya yg buruk akhlak tersebut.

Kpd penyoal, pilihlah antara dua pilihan yg ada:

i) Bersabar dgn buruk akhlak dan adab isteri. Anda akan beroleh pahala yg besar di sisi Allah, Nabi SAW brsabda:

لا يفرك مؤمن مؤمنة، إن كره منها خلقا رضى منها آخر.

Maksudnya: "jgn seorg lelaki beriman membenci seorg wanita beriman (isterinya). Jika dia tidak suka kpd isterinya itu disebabkan satu akhlak buruk yg ada pdnya, redhalah dgn akhlah baiknya yg lain." (Muslim di dlm Sahihnya drpd Abu Hurairah)

Namun jika sisuami telah berusaha utk sabar, ttpi gagal. Maka jalan keluar bagi mengelak berlaku perkara yg lebih buruk ialah dgn memilih pilihan kedua iaitulah:

ii) Mentalak atau menceraikan isteri. Sesungguhnya talak suatu yg dibenarkan di dlm agama.

Jika seseorg suami tak dapat bersabar dgn akhlak buruk isteri, namun tetap sanggup hidup bersamanya, dlm masa yg sama berniat utk melakukan sesuatu yg tidak wajar spt mendoakan keburukan, maka doanya tersebut tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

alMunawi ketika mensyarahkan hadis ttg tiga golongan yg tidak dimakbulkan doanya di atas menyebut:

ثَلَاثَة يدعونَ الله عز وَجل فَلَا يُسْتَجَاب لَهُم، رجل كَانَ تَحْتَهُ امْرَأَة سَيِّئَة الْخلق) بِضَمَّتَيْنِ (فَلم يطلقهَا) فَإِذا دَعَا الله تَعَالَى عَلَيْهَا لَا يُسْتَجَاب لَهُ؛ لِأَنَّهُ المعذب نَفسه بمعاشرتها

Maksudnya: "Tiga golongan yg berdoa kpd Allah azza wa jalla, namun tidak diperkenankan utk mereka: seorg lelaki yg memiliki seorg isteri yg keji akhlaknya, namun tidak mentalakkan isteri tersebut..." iaitulah apabila sisuami meminta kpd Allah mengenakan keburukan utk isteri, permintaannya itu tidak akan diperkenankan, krn dia menyiksa dirinya sendiri dgn merelakan hidup bersama isteri yg berakhlak keji tersebut."

WA
Ustaz Bin Sahak
Ahli Majlis Fatwa negeri perlis

Rabu, 1 November 2017

Khamis, 19 Oktober 2017

Dari Dhaka, Bangladesh

Serah Saja Pada Allah

Setiap kita dalam hidup ini, kadang-kala berhadapan dengan orang yang memusuhi, menzalimi dan menyakiti diri kita. Dia mencerca, memaki dan memfitnah dengan segala tuduhan jahat. Menuduh dan merekayasa cerita supaya orang lain membenci kita. Apatahlagi apabila dia berpakat dengan pihak lain dan ada yang termakan dengan rancangan jahatnya.

Namun, jika kita serah perbuatannya kepada Allah, mengadu kepadaNYA bahawa kita dizalimi serta tiada daya upaya lagi, maka Allah suatu hari akan menyahut doa itu. Walaupun kadang-kala kita tertanya-tanya bagaimana dan bila, namun waktunya akan tetap tiba.

Apabila tiba waktu kemustajaban doa, kita melihat tindakan Allah itu Maha Luar Biasa. Segala rancangan jahat buruk itu akan kembali kepadanya sendiri. Kadang-kala dengan jalan yang tiada siapa sangka dan jangka. Kadang-kala seperti mana yang dia rancang ke atas orang yang dia zalimi, perkara itu kembali kepada dirinya dengan lebih dahsyat lagi. Tanpa perancangan dan konspirasi siapa pun,  tetapi hanya kerana rintahan kita 'Ya Allah! KepadaMU jua daku serahkan kezaliman si fulan'.

Jika dahulu dia menuduh kita dengan perkataan buruk seperti jahat, bodoh, pengganas, perosak dan seumpamanya, tidak mustahil akan kembalikan semua ungkapan itu kepadanya. Jika dahulu dia cuba mengganggu dan menghalang kita dengan pelbagai rancangan dan tohmahan, tidak mustahil semua halangan dan tohmahan itu menimpa dirinya. Kepada Allah jua insan berserah.

Maka, setiap kita yang dizalimi, jangan berhenti mengadu kepada Allah. Walaupun orang ramai menyangka mustahil si penzalim itu dijatuhkan, namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Kesabaran dan doa adalah benteng dan senjata kehidupan. Doakan adalah anak panah yang akan mengenai sasaran apabila tiba kemustajaban.

Apabila kemustajaban itu tiba, hendaklah dengan rendah hati dan penuh perasaan hina di hadapan Allah merasai bahawa tiada sama sekali kelebihan kita, melainkan rahmat Allah jua yang kasihan kepada kita. Bukan kerana kita terbaik, ataupun hambaNYA yang soleh, namun kita ini hanyalah hambaNYA yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi itu mustajab.

Kita juga percaya suatu hari, Allah akan menzahirkan balasanNYA kepada para pemimpin dan rakyat Myanmar yang teramat-amat zalim.

Dhaka,  Bangladesh.
Dr.Maza.

Khamis, 14 September 2017

OK Betong Bike Week 2.0 2017

Betong walau serelong dari Border Malaysia. Aku tak pernah jejak seumuq hidop. Sebabnya dalam fikiran aku dok bayang tempat kurang civilized, hutan, bukit bukau. Tapi sebaik sampai Baethong Town. Sudut pandangan aku terus tukaq 360derjah. Sungguh Ok, padan dengan nama OK Betong Bike Week.
Ni Kali ke 2 depa buat. Brader Jimi My Bikerz memang invite pada event 1st 2016 tetapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, aku tak dapat hadir.
 Latar tempat untuk event, aku bagi A. Di adakan di dalam Stadium Majlis Bandaran Betong. Di sekeliling bukit jadinya spectator akan dapat view seluruh tapak event dari atas.
Cumanya yang ralat adalah event start lewat. Kami masuk Baethong dah rembang tengahari, rider banyak yang  keluar border.
Sampai tapak acara masih krik2 walau dah masok zohor. Disambut oleh Fadhil yang dah awal sehari. 

Rabu, 13 September 2017

Salam

[Jawapan Buat Saudara David Orok]

Salam Perdamaian Penulis hulurkan kerana itulah teras bagi agama Islam yang dibawa oleh Nabi terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.

1-Seminggu dua ini masyarakat dikeruhkan dengan pelbagai isu yang jika tidak disantuni dengan sikap saling menghormati dan ketaatan dalam mengamalkan agama masing-masing pasti akan menambah perpecahan dan hilangnya semangat saling berkasih sayang yang menjadi teras bagi kedamaian semua agama.

2- Apatah lagi jika isu kesucian agama dan pokok keyakinan dalam beraqidah menjadi ejekan serta sendaan mereka yang tidak bertanggung jawab.

3- Islam yang berasal dari kata akarnya 'SALAM' membawa erti kedamaian serta keselamatan. Ia memberi satu isyarat bahawa Muslim
yang benar ialah Muslim yang darinya terserlah kedamaian serta keselamatan buat manusia sejagat.

4- Islam melarang umatnya mencerca keyakinan agama lain. Bahkan Islam menyatakan prinsip perhormatannya dalam beraqidah  agama lain melalui ayat-ayat suci Al-Quran seperti :

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

" Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami." ( Al-Kafirun : 6)

" وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٠٨)

"Dan janganlah kamu menghina sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan menghina Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (Al-An'am:108)

Serta ayat-ayat lain yang mengajar setiap Muslim agar menghormati prinsip aqidah agama lain.

5- Membaca penulisan Saudara David Orok, menerusi link yang Penulis sertakan di bawah, Penulis beranggapan bahawa beliau tidak mengenali Islam dan kedamaian yang menjadi asas kepada penyebaran Dakwah Islamiah di dunia ini.

6- Tuduhan beliau terhadap status nasab Nabi Ismail bin Ibrahim dengan tuduhan sebagai 'Anak luar nikah' amat mengguris hati umat Islam terutama di negara ini.

7- Beliau mendatangkan hujah untuk
menyokong tuduhannya itu berdasarkan kefahaman beliau terhadap dalil-dalil dari Holy Bible.

8- Oleh kerana beliau turut menuduh ibadat korban umat Islam adalah sia-sia kerana Muslim yang melaksanakan ibadat korban tersebut tidak memahami konteks pengorbanan Ibrahim mengikut kepercayaan Yahudi, maka Penulis terpanggil untuk memberi jawapan di atas tuduhan beliau tersebut.

9- Penulis akan memberi jawapan mengikut susunan tuduhan beliau terhadap keyakinan Muslim serta kesucian nasab Nabi Ismail bin Ibrahim A.S.

TUDUHAN BELIAU

Tuduhan Pertama : Nabi Ismail adalah anak luar nikah Ibrahim dan Hajar.

Jawapan : Nabi Ismail adalah anak sah taraf Ibrahim kerana Bible telah menyatakan dengan jelas bahawa hajar ialah ISTERI Ibrahim. Ini berdasarkan kepada terjemahan Bible KJV yang menyatakan :

" And Sarai Abram's wife took Hagar her maid the Egyptian,after Abram had dwelt ten years in the land of Canaan, and gave her to her husband Abram to be his WIFE ". 
                                           (Gen:16:3)

Juga di dalam Bible The Gideons menyatakan :

" Then Sarai, Abram's wife, took
Hagar her maid, the Egyptian, and gave her to her husband Abram to be his WIFE, after Abram had dwelt ten years in the land of Canaan."

                                               (Gen:16:3)

Juga di dalam Bible NRSV menyatakan :

"So, after Abram had lived ten years in the land of Canaan, Sarai, Abram's wife, took Hagar the Egyptian, her slave girl, and gave her to her husband Abram as a WIFE."

                                               (Gen:16:3)

Di dalam Al-Kitab Al-Muqaddas, Bible Versi Arab menyatakan :

فاخذت ساراي امراءة ابرام هاجر المصرية جاريتها من بعد عشرسنين لاقامة ابرام في ارض كنعان واعطتها لابرام رجلها 'زوجة'  له

( تكوين :١٦/٣)

Dan banyak lagi dalil yang menyatakan bahawa Hagar adalah ISTERI Ibrahim (bukan gundik) di dalam pelbagai versi Bible.

Penulis beranggapan, beliau menuduh Nabi Ismail A.S adalah anak luar nikah atau tidak sah taraf berdasarkan kenyataan dalam satu versi Bible iaitu versi Today's English Version (TEV) yang menyatakan bahawa Hajar bukanlah isteri ibrahim sebaliknya hanyalah 'GUNDIK' Ibrahim. Versi tersebut menyatakan :

" So she (Sarai) gave Hagar to him to be his concubine. (This happened after Abram had lived in Canaan for ten years).

                                               (Gen:16:3)

Namun perlu diingat, TEV Version ini adalah Bible keluaran tahun 1976.
Manakala Versi-versi Bible yang mengakui bahawa Hajar adalah ISTERI Ibrahim adalah lebih baru. Perhatikan tahun keluaran bagi setiap versi yang dinyatakan di bawah :

1-KJV (King James Version) - Tahun 1979

2-The Gideons -Tahun 1983

3-NRSV (New Revised Standard Version) - Tahun 1989.

4-Bible versi Arab (الكتاب المقدس)-     Tahun 2002

Dan kalau saudara tetap berpendirian bahawa Ismail anak luar nikah Ibrahim dengan beralasan tetap memegang dalil dari versi TEV yang menyatakan Hajar adalah GUNDIK Ibrahim, persoalannya ialah bagaimanakah dengan aqidah mereka yang memegang dalil bahawa Hagar ialah ISTERI Ibrahim seperti yang dinyatakan dalam versi KJV, NRSV, الكتاب المقدس dan lain-lain.

Tuduhan kedua : Bukan Ismail yang dikorbankan sebaliknya Ishak.

Jawapan : Bible telah menegaskan bahawa satu-satunya anak Ibrahim yang dikorbankan di pergunungan Moria ialah Ismail. Ini berdasarkan Kronologi kelahiran anak-anak Ibrahim berdasarkan dalil dari Bible seperti di bawah :

"Kemudian Hagar (Hajar) melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram (Ibrahim) bapa anak itu menamakan dia Ismail. Pada masa itu Abram berumur 86 tahun."

                                (Kejadian 16:15-16)

Dan bandingkan dengan ayat ini :

"Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan."

                                      (Kejadian 21 :5)

Melalui dua ayat ini jelas menunjukkan ISMAIL lebih dahulu dilahirkan dan menjadi anak tunggal Ibrahim selama 14 tahun sebelum mendapat adik lelaki yang bernama Ishak.

Sedangkan perintah Allah kepada Ibrahim agar mengorbankan anaknya yang tunggal telah disebut secara jelas di dalam ayat ini :

"Allah berfirman: “Pergilah ke tanah Moria dengan ISHAK, ANAKMU YANG TUNGGAL, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Ku tunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku“.

                                       (Kejadian 22:2)

Walaupun ayat di atas menyatakan ISHAK yang dikorbankan di tanah Moria, tetapi kita telah bersetuju berdasarkan dalil dari Bible bahawa SATU-SATUNYA ANAK TUNGGAL IBRAHIM YANG HIDUP SELAMA 14 TAHUN MENDAHULUI ISHAK IALAH ISMAIL.

Manakala kalimah Ishak di dalam ayat ini kami sebagai Muslim menyakini bahawa ia adalah kata tambahan yang dimasukkan oleh Ahli Kitab Yahudi di dalam Old Testament bagi memadamkan kesahihan Geneology Ismail yang darinya lahirlah 'Sayyidul Anbiya' iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Sekiranya saudara masih berhujah dengan menyatakan Ishak dianggap sebagai anak tunggal Ibrahim kerana Ismail hanyalah anak luar nikah Ibrahim, saudara telah melakukan dua kesalahan:

Pertama : Menuduh Ibrahim, yang merupakan Nabi agung bagi tiga agama terbesar di dunia sebagai penzina.

Kedua : Menyalahi dalil-dalil dari Bible yang secara jelas menyatakan bahawa Hagar bukanlah Gundik Ibrahim sebaliknya dia adalah ISTERI yang sah.

Tuduhan Ketiga : Al-Quran mengakui bahawa pengorbanan Ishak adalah bukti pembenaran Yesus akan disalib untuk menebus dosa manusia yang diwarisi dari adam.

Jawapan : Idea Dosa Warisan tidak ada kena mengena dengan keyakinan Muslim. Setiap dosa tidak boleh diwariskan bahkan Al-Quran telah menegaskan prinsip ini dengan firmanNya :

"Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, maka sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya itu adalah untuk (kerugiannya) sendiri. Dan setiap orang yang berdosa (dengan dosanya) tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada manusia).

                             (Surah Al-Isra 17:15)

Bahkan Bible membenarkan Al-Quran dengan katanya :

"Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam, dia sendirilah yang akan merasa masamnya. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri."

                                      (Yeremia 31:30)

"Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya."

                                   (Yeheizkel 18:20)

Perhatikan juga di dalam Matius 16:27:

"Anak Manusia sudah hampir tiba bersama–sama para Malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia membalas tiap – tiap orang menurut perbuatannya sendiri."

Juga di dalam Roma 2:5-6 juga menyatakan:

"Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang demikian itu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang, setimpal dengan perbuatannya sendiri."

Sebab itulah kami menyatakan bahawa idea dosa warisan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam serta pengorbanan yang dilakukan oleh Ibrahim hanyalah penzahiran sifat ubudiyyahnya terhadap Allah SWT.

Sebenarnya, masih banyak yang hendak Penulis nyatakan sebagai perkongsian bersama namun memadailah penulisan ini sebagai muqaddimah jawapan buat saudara.

Penulis tidak mengharapkan saudara meyakini Islam atau Al-Quran kerana tiada paksaan dalam beragama tetapi memadailah saudara yakin dan beriman terhadap apa yang disebut oleh kitab saudara sendiri.

Semoga saling bertimbang rasa dan berlapang dada membawa lebih keharmonian bersama.

Nukilan asal:
YH Dato Rashidy Jamil Al-Rashid,
Kuala Lumpur.

Isnin, 21 Ogos 2017

Pink Heart

BALAS DENDAM
Hari ini
Tiga pahlawan Malaya
Membalas dendam di dada
Akan angkara durjana
Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Kedua
Tujuh puluh lima tahun lalu
Ribuan bala tentera Imperial Jepun
Menyerang Tanah Melayu
Menggugurkan bom di serata negara
Merobek segala kubu dan kota
Hari ni
Tiga wira negara
Menyerang kembali Osaka
Merobek dinding dapur hostel
Merhuah berak dalam bilik mandi
Meninggalkan taik dalam lubang bilik air
Hari ini
Barulah Jepun tahu
Siapa sebenarnya orang Malaya
Barulah Jepun sedar
Bahawa dendam kami tetap membara
Tak dapat dengan atom atau nuklear
Dengan taik kami serang juga...
:-Anonymous

Jumaat, 11 Ogos 2017

Hari 1 Bandar Abbas

Hari pertama kami wild camp di Iran. Ni di taman awam nama Laleh Park.
Toilet tutup pukul 12.00tgh mlm. Sempat fresh up, basuh baju. Pukul 4.00pg kami ke Mesjid Bilal depan Laleh Park. Iktikaf sampai pukul 11.00pg.
Syukur.
Selepas keluar dr Mesjid terus kayuh ke Train stesen. Lebih kurang 5km.
Paling menarik yg di lihat, Refil gas ngv ke kereta. Perniagaan kecil tepi jln. Isi diret dr tong gas masak yg jenis d rumah kita tu.

Sabtu, 6 Mei 2017

Cyling In Iran

http://thekindnessofstrangers.co/cycling-tehran-to-the-south-coast-of-iran/

THE PATH FINDER OFFICIAL MERCHANDISE

Offisyel Merchandais MIDDLE EAST TOUR. THE PATHFINDER. Up for sale. Preorder.
RM 40.00 Termasuk pos dan sticker percuma.
Size S hingga 3XL.
Info Whatsapp sahaja. ±60123060911
TT ke Maybank 162478080348 Muhamad Aduha Bin Rosli
Selepas TT sila maklum size baju,nama,alamat,no telefon,dan bukti bayaran.

Middle East Tour Year 1

Jumaat, 21 April 2017

Lalu

"..di tengah-tengah perkumpulan orang-orang bijak, aku senang menjadi orang bodoh agar mampu mempelajari.. di tengah-tengah perkumpulan orang-orang bodoh, aku senang menjadi orang bisu agar mampu menyaksi.. tapi di tengah-tengah perkumpulan orang-orang sombong, aku senang tidak pandai menempatkan diri agar aku sentiasa merasa untuk cepat pergi dan menghindari.."

Sabtu, 15 April 2017

Hari 22

Di Isfahan

Hotel dapat harga 600000IR=RM80.00

3 katil, share bathroom, ambil 3 hari 2 malam.

Masih berbaki 12 hari.

Duit cash ada lagi 5.5Juta.

Hari ni bermalasan keluar lewat lepas rembang zohor. Berkayuh di sekitar Kota.

Dari pemerhatian Rakyat Iran menitik beratkan pemakaian, baik lelaki mahupun perempuan. Hampir tidak berjumpa mereka yang memakai selipar.

Selasa, 11 April 2017

Tour Timur Tengah Tahun Satu

BISMILLAHHIALLAHUAKBAR
Keinginan untuk ke timur tengah aku sejak dari akhil balikh. Dan hari ni 11/4/2017, pada saat aku mula menulis ni pukul 1.37pg aku dh di KLIA2. Flight pukul 5.10pg waktu Malaysia.
Kami bertiga dengan sahabat zaman kanak2 Irham Ahmad dan anak beliau Imran Amani Irham.

Ahad, 26 Mac 2017

LAGI

"Banyak orang memberi gambaran yang salah tentang cinta. Bagaikan cinta itu suatu dosa. Mencintai seseorang tidak salah. Perbuatan yang menjurus pada zina itu yang salah. Bukanlah kita yang mengawal hadirnya perasaan sayang. Jika suatu hari ada seseorang datang kepada kita dan menyatakan 'saya cinta kamu'. Cakapkan padanya 'terima kasih kerana cintakan saya'. Cukup setakat itu." - Dr. MAZA.

Khamis, 23 Mac 2017

WARIS

"..ajarkan anak mu tentang Solat, agar anak mu mengenal erti menjadi seorang ummat.. ajarkan anak mu tentang adab, agar anak mu sentiasa menjunjung akhlak.. ajarkan anak mu tentang sastera, agar anak mu bersemangat waja.. ajarkan anak mu tentang CINTA, agar anak mu menjadi sebabnya segala bahagia.."

MAKANAN

Memilih pengembaraan tanpa teragak-agak.

Jumaat, 17 Mac 2017

CINTA

"..kita harus terus membangunkan keupayaan untuk berbuat kebaikan dan kebajikan walaupun kita dalam kesempitan dan kesibukan.. mencapai dan menggenggam erat tangan-tangan kebersamaan dan melepaskan tangan-tangan kepentingan peribadi.. aku hanya ingin menyatakan rasa CINTA ku, sebelum aku kembali ke halaman abadi ku.."

#SangPejalanWaktu
#AnakJawi
#BISMILLAH
#Alhamdulillah

Isnin, 13 Mac 2017

Hari 5 Tour Siam Lau X Pattaya Bike Week 2017

Aranyaprathet malam hari bukan tempat liburan. Rongkleau Market siang awal pagi baru meriah. Malam tadi menikmati juadah nasi ayam merah pedas di BigC mini. Enak sungguh baru 1st time try. Seawal 8 pagi dah keluar menyelam ada lah sikit jajan Doc Mart dan Nike habuan bawa balik Malaysia.
Lewat petang hampir Magrib kami semua bergerak ke Pattaya. Sampai tapak event hampir tengah malam. Elok sampai sama dengan Uzainy, Enal, Khairul, dan Fawwaz depa dari border 15hb. 

Ahad, 12 Mac 2017

PATTAYA BIKE WEEK 2017

Alhamdulillah buat kali ke 4 hadir tunjuk muka di Pattaya Bike Week. Event suram pada aku sebab dekoration hitam putih, depa masih dok meratap Kematian raja depa. Dari percakapan lisan aku dengan siam Pattaya. Rakyat sayang sangat pada raja dia sebab pada mula2 jadi Raja dulu, Raja Bumiphol bawa banyak kemajuan, buat jalan raya di negeri2 ulu Chiang Rai, Chiang Mai. Raja Bumiphol ni dia saintis makanan. Dia majukan bidang bioteknologi. Kacuk  pokok buah-buahan supaya banyak hasil. Tu pasal buah durian siam sepuluh kali tak sedap berbanding buah durian Malaysia. Buah siam ada sepanjang tahun dan banyak supaya rakyat siam tak kelaparan dan boleh eksport untuk pendapatan rakyat siam.
Berbalik pada event tahun ni. Kehadiran pelancong asing hampir sama banyak dengan orang siam. Mana taknya Geng kita saja dah 50orang tak termasuk dengan MC,MG lain lagi. Belum campoq dengan geng Din Langgaq 9 orang yang potong abih rekod ride sampai Boten sempadan China. Depa sampai tapak event hari sabtu pagi. Apit Bakhtiar dan bini, Own COE dan bini dan sorang lagi rider juga sampai hari sabtu.
Stunter PEKETUM asai Karzakhstan masih mengganas dengan KSR dia.
Aku dan 8 yang lain masih tidor di tapak event, manakala yang lain memilih hotel untuk ride yang berkualiti.
Rider 1st timer kayuh mai Pattaya Bike Week Ucop, Izzul, Shah, Berg, Danial, Spark, Halim Mess, Muaz, Riz GT, Tokie Mokz, Enal, Khairul, Fawwaz, Add, Paklong. Tahniah di ucapkan. Sampai jumpa lagi tahun adap.
Akhir kalam di harapkan kita semua teruih Istiqamah dalam setiap yang kita usahakan. Hiasi peribadi. Jaga setiap perkataan yang kita keluarkan. Perbuatan dan perkataan cela bukan amalan orang beradab.

Kudos,Tulos,Mulos.
#tukangkutip #daribuminafsumu #darilangithatimu

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...