Ahad, 10 Disember 2017

PEKETUMXSUPERFRIEND TOUR KRABI YEAR 8

'Urak Lawoi’, juga disebut Chaw Talay, Chawnam, Lawoi, Lawta , ialah suatu perkataan daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia yang ditutur di Thailand bererti 'Orang Laut'. Penuturnya berjumlah sekitar 3 000 orang pada 1984 (menurut D. Hogan, 2000 D. Bradley) dan tinggal di pesisir barat bahagian selatan Thailand, dekat pulau Phuket dan Pulau Lanta.(sumber google)

Bukan nak agungkan orang laut ni tetapi sesaja nak buka cerita keunikan 'orang laut' di laut andaman ni. Apa yang menarik lagi pasai Urak Lawoi, mereka mula terkenal apabila tsunami melanda Asia Tenggara, mereka antara yang mula-mula mengesan dan melaporkan bencana akan datang dari lautan. Urak Lawoi adalah gypsies lautan, puak semi-normad Austronesian yang menghuni laut Andaman. Populasi mereka hampir 6000 orang populasi terkini, Urak Lawoi adalah Melayu aboriginal yang mirip kepada Bajau Laut di Sabah dan Salone dari Burma. Secara tradisinya puak Urak Lawoi beragama Islam lahir, membesar dan hidup di dalam bot. Kebanyakan mereka mampu menyelam sedalam 20 meter selama 30 minit tanpa sebarang peralatan. Dan hanya ke daratan untuk berlindung pada musim tengkujuh dan membeli keperluan hidup. Masyarakat Thai seringkali membenci mereka kerana menganggap Urak Lawoi sebagai ‘pengotor’ walaupun mereka adalah orang-orang yang baik. 

Tetapi itu bukan cerita utama, cerita utama maseh bab tukaran duit RM dengan Siam Baht. Aku tetap nak sentuh juga sebab empa semua sedia maklum dah setahun tak jejak naik 8.0 lagi. Tahun lepas tarikh yang sama kita pom pang kut media sosial bila cecah 7.9 tetapi tahun ni walau cecah 7.7 kita buleh dok rileks. Jadi kita kena bangga dengan pengurusan Kewangan oleh pemerintah Malaysia.  
Alhamdulillah seramai 34 Rider hadir tahun ni tunjuk muka.  Rejab MyHC dan Alip Rider Taiping mengekal rekod tanpa ponteng untuk setahun pun sejak 2013. Tahun ni kita ada Pak Long Rahim Samudera Vespa dgn 2 lagi dari Melaka, Abang Radhi, Azman dan Herman dari Shah Alam. 3 rider dari Gua Musang Emie dan 2 lagi, yang 1 buat hal laju tak maw2 , 5 rider Kok Klang Clan yang di kepalai Gee Seep Bath syok dengan depa buleh kecek siam. Rider FZ4t Chef, Aizu, Petai, Deen, Naufal 2T Taiping dengan 3 orang lagi kawan, Jemer dan member adik dia (dia lah kata), Dan Ipoh, Fauzi Cameroon & Famili,Kak Siti Hajar, Sepet JB, Yon Tamrod, Bang Shah Fadil n de geng, John Aqil, Pyan JKKK Kg. Malaysia dan Legendry Uzainy King Drag.
Seperti 5 tahun rombongan yang lalu memang setiap kali tu call time pukul 7 pagi di Changlun tetapi dengan ramai-ramai Ni tak peraya, akan jadi terlambat juga, sebab tu orang lama (baca OL) depa lebih suka solo atau duo atau trio. Di pihak Kita memang jangkaan tu dah Ada jadi Kita terima berlapang dada. Jadinya Kita pecah 3 group Awai, Sedang, Dan group last King Coco Rendang. 

Insuran Siam berharga RM16.00 untuk 9 Hari empa boleh dapatkan di Changlun. Urusan tukar duit Baht juga sama Kali ni pada Kadar 7.78 Terer Dak?. 

Dari Changlun kami masok Siam melalui Wang Kelian. Tujuan utama untuk bagi kawan2 dari jauh Ni tengok la Perlis lagu mana. Civilization, sosio budaya, dan melihat keindahan Flora Dan Fauna di Wang Kelian. Cuih. Sebenaqnya nak save 100km dan Save 1 tank isi minyak Siam. 

Krabi ni maw ikut tu dah hafal walau sekali saja pi dan Ni Kali ke 18 jejak tapi kami gagah juga sebab kami Ni degil lagipula. Ni Anniversary Raida Nation X Peketum X pala taw. 

Setakat nak layan Bike Week memang jauh panggang dari api kepuasan event nak banding dengan Pattaya Bike Week, Mega TTS LCCPK, EX5 Lover, Santai Anak Utara waima  Pesta Raida Padang Keria pun Tapaw Event ni. 

Latar tempat out, lecah, Lumpur kut celah jari, Haram cemeh. Cinggey pn out. 

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...