Alhamdulillah buat kali ke 4 hadir tunjuk muka di Pattaya Bike Week. Event suram pada aku sebab dekoration hitam putih, depa masih dok meratap Kematian raja depa. Dari percakapan lisan aku dengan siam Pattaya. Rakyat sayang sangat pada raja dia sebab pada mula2 jadi Raja dulu, Raja Bumiphol bawa banyak kemajuan, buat jalan raya di negeri2 ulu Chiang Rai, Chiang Mai. Raja Bumiphol ni dia saintis makanan. Dia majukan bidang bioteknologi. Kacuk pokok buah-buahan supaya banyak hasil. Tu pasal buah durian siam sepuluh kali tak sedap berbanding buah durian Malaysia. Buah siam ada sepanjang tahun dan banyak supaya rakyat siam tak kelaparan dan boleh eksport untuk pendapatan rakyat siam.
Berbalik pada event tahun ni. Kehadiran pelancong asing hampir sama banyak dengan orang siam. Mana taknya Geng kita saja dah 50orang tak termasuk dengan MC,MG lain lagi. Belum campoq dengan geng Din Langgaq 9 orang yang potong abih rekod ride sampai Boten sempadan China. Depa sampai tapak event hari sabtu pagi. Apit Bakhtiar dan bini, Own COE dan bini dan sorang lagi rider juga sampai hari sabtu.
Stunter PEKETUM asai Karzakhstan masih mengganas dengan KSR dia.
Aku dan 8 yang lain masih tidor di tapak event, manakala yang lain memilih hotel untuk ride yang berkualiti.
Rider 1st timer kayuh mai Pattaya Bike Week Ucop, Izzul, Shah, Berg, Danial, Spark, Halim Mess, Muaz, Riz GT, Tokie Mokz, Enal, Khairul, Fawwaz, Add, Paklong. Tahniah di ucapkan. Sampai jumpa lagi tahun adap.
Akhir kalam di harapkan kita semua teruih Istiqamah dalam setiap yang kita usahakan. Hiasi peribadi. Jaga setiap perkataan yang kita keluarkan. Perbuatan dan perkataan cela bukan amalan orang beradab.
Kudos,Tulos,Mulos.
#tukangkutip #daribuminafsumu #darilangithatimu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan