Isnin, 7 September 2015

Selamat Hari Merdeka X Bersih 4.0 X Koh Samui

Mungkin empa pernah terfikir empa berada dalam suasana pekerjaan yang salah, empa minat kerja lain,  tetapi sebab peluang kerja yang empa minat tu tak jumpa lagi jadi empa terpaksa juga buat kerja yang depan mata demi survival  dan menghimpon duit untuk beli rim sukan rare mcm yang geng COE Utara pakai atau impian membeli helmet rare mcm geng Wave JB duk gila la nih, atau Jam Casio lip lap mcm geng LCCPK, atau juga himpun duit untuk p Japan setahun 2 kali macam Ahlong Kaki Selekoh Desa Pandan . Atau empa ada impian hidup lain yang empa takmaw kongsi dengan orang lain, atau empa pernah merasa kecewa kehidupan cinta di tinggal sidia yang sama buat kali ke 3.
Andai empa baru sedar racing long bukan sekadar Highway Minlon, Kesas, atau KL-Seremban. Tetapi tu cerita lain. Ni cerita Uzainy sudah crek lagi sekali. Masa di Phuket bulan 4 haritu. Uzainy macam biasa gebang Weih Che Doe kita bila nak p Samui. Jadi aku dengan Pyan JKKK Kg. Malaysia pun atuq tarikh sempena Merdeka X Himpunan Bersih 4.0 untuk Tour Samui 888. 888 tu jarak KiloMeter  p balik dari Border. Saat aku mula menulis ni kami telah berada di Pulau Samui dan Uzainy My seperti biasa tidak memuncul diri. Kami menginap di Pantai Lamai. Kami 10 orang dari sejauh Klang telah memula perjalanan pada 28hb malam dari ibu kota dan masuk Siam pada 29hb pagi. Hujan sepanjang perjalanan Cuma 310KM berjaya di harung untuk hari pertama. Hari ke 2 30hb kami memasuki Surat Thani dan brunch (breakfast + lunch) nasi kuning pulut ayam sungguh enak.
Dari SuratThani terus ke Don Sak Pier dan menggunakan perkhidmatan Seatran Ferry Pier. Lumayan untuk 170 baht tiket sehala (motorsikal dan rider). Ferry berlabuh beberapa kaukasian masih berpeningan berjalan turun dari ferry, badan masih berkaler lukisan dari Full Moon Party, dan aku terlepas lagi sama seperti ride lepas hadir selepas hari party demn lah. Selepas kira-kira hampir 1 jam 45 minit kami pun menjejak Pulau Samui.  Samui seperti yang aku pernah hadir kali pertama 5 tahun lalu,dan ini kali ke 4 aku di sini, masih ramai kaukasian yang menunggang skuter dan berjalan aku masih tidak faham kenapa mereka beramai di sini. Kerana pada aku ia cuma pulau biasa-biasa sahaja.  Destinasi pertama adalah kedai minum bersebelahan Mesjid di Kampung Melayu. Selepas itu kami ke Hinta Hinyai, ok pantai ini dinamakan sempena alat kelamin lelaki dan perempuan kerana terdapat batu hampir berbentuk seperti itu. Dajei pandai siam ni exploit. Aku ada dengar rumors dari kawan siam yang ada kaukasian explore outdoor sex di pantai ni tapi sepanjang 4 kali aku hadir aku tak pernah tengok lah pula perangai tu maw idak buleh amik bdeo buat modai ataih pelenggaq port CNine. Tempat lain yang menjadi pilihan pelancong adalah Big Buddha katanya cantik tempat tinggi. Serius aku tak pernah p Tokong Buddha waima patung Buddha Tidur di Songkhla sekalipun aku tak pernah berhenti bergambar. Pada orang lain mungkin takdak apa-apa, tapi pada aku jangan pi lah.
Kami menginap di 5 buah Bungalow di tepi pantai Lamai. Jiran aku kaukasian macam dah berbulan dia lepak sebab barang dah macam rumah sewa depan bilik dia. Aktiviti bebas beriadah sepanjang petang ke malam hingga ke pagi. Dan kami RTI (Round The Island) pada tengah malam dari Chaweng ke Nathon dan Ke Lamai. Jarak kira-kira 42KM sepusingan.
Ok Pelajaran kembara luar kelas 101.
Salah satu bahagian yang paling bahagia ialah keluar mengembara seperti yang telah di buat oleh orang-orang terdahulu dari kita. Pada hari aku menulis ni LC Tawau Crew  X PEKETUM BORNEO dalam rangka jelajah Sabah  24 jam.  Aku doa empa selamat. Perkara paling jelas tika keluar mengembara adalah kita keluar dari kebiasaan hakiki kita. Kita tidak ada di rumah, kita tidak ada di tempat kerja. Kita tidak melihat orang yang selalu kita lihat. Masa keluar mengembara itu adalah masa peribadi kita yang benar-benar berharga. Kita membebaskan diri dari  segala yang hakiki . Juga memberi masa untuk kita fikirkan apa yang benar-benar penting kepada kita. "Jika si dia menolak dan membenciku. Dia tidak layak mendapat perhatianku". Empa kena ingat hattu juga. Buat pedoman empa yang kecewa bercinta.

Hari ke 3 31hb kami keluar dari Samui melalui Raja Ferry Pier.  Untuk makluman empa ada 2 tempat Ferry untuk empa masuk dan keluar dari Samui. Juga dengan tiket lumayan 170baht. Selepas turun ferry pada pukul 1230 waktu malaysia kami ke kiri kiranya melengkapkan pusingan jam dari border tempohari. Kami sampai hatyai pada pukul 
1730 waktu Malaysia. 















































































Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...