Rabu, 16 September 2015

R.I.P Bradah.

Mayat Kevin ditemui

 | September 16, 2015
Mayatnya ditemui disimen dalam tong dan ditemui awal pagi Rabu.
UPDATED
kevin,dead
PETALING JAYA: Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais telah ditemui dalam keadaan disimen dalam sebuah tong di Subang.
Menurut laporan Sinar Harian, mayat Morais ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.
Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi.
Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.
Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Susulan penemuan mayat berkenaan, di lokasi kejadian ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi.
Kevin dilaporkan hilang pada 4 September selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Berita lanjut menyusul

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...