Selasa, 2 Disember 2014

PEDAL TO THE METAL KANGAR-PENANG

Mulanya AhmadRaimi cuma mengajak aku berkayuh dari Jetti Butterworth hingga ke Padang Kota Sahaja. Tetapi adrenalin junki seperti aku tidak dapat menerima perbuatan tersebut, yang utamanya kerana rugi busuk baju, yang ke dua aku telah lama tidak mentouring basikal, dan seterusnya aku sengaja mencabar kejantanan AhmadRaimi, ternyata beliau juga anak jantan. Cabaran aku di sahut dan tiba tarikh di janji kami pun memula acara.
Maka bermulalah upacara menyeksa batin dan jiwa untuk sampai ke pulau sana.
Untuk makluman pembaca yang belum tahu "Pedal To The Metal" adalah gerakan kayuhan basikal bawah tanah. Kami mempromosi sesuatu badan amal yang terdapat di Malaysia. Kami tidak mengutip sebarang wang, sumbangan di masuk terus oleh penyumbang  ke akaun bank badan amal tersebut. 
Untuk kali ini selain berkayuh membuang peluh, kami juga menonton band metal "Jasad" dari Bandung yang akan beraksi di Soundmaker, Penang.
Acara ini berjalan selama 2 hari, hari mula berkayuh dari Utara dan hari kedua kami menikmati Georgetown dan malam nya menonton metal musik band "Jasad".
Pulang kami menumpang kawan kami Mr.Rayzel yang kebetulan merupakan metal head yang turut hadir menonton "Jasad".

Basikal yang aku guna adalah dari jenis gear tetap Fixie berharga RM250.00.
Manakala AhmadRaimi guna basikal jepun terpakai yang dibeli dengan harga RM100.00, beliau melakukan modifikasi hampir RM200.00 tidak salah aku. 








































Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...