Khamis, 21 Julai 2011

PERLIS ADVENTURE 2011

SEKUMPULAN LELAKI GEMBIRA LAGI SEKALI MENGEMBARA MELINTAS GARIS NEGARA

Alhamdulilah selamat sampai pintu rumah pada 18 julai 2011 pukul 11.00 malam.
Perjalanan 16 Julai 2011 bermula dari sempadan Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Konvoi terus ke Songkhla, dari Songkhla melalui Nakhon Sithammarat perjalanan ke Don Sak Pier,melalui Raja Ferry terus ke Koh Samui perjalalanan melebihi 400KM dalam sehari dengan menaiki motosikal tulang bawah jenis kapchai. Untuk ke Koh Samui bayaran sebanyak THB200 untuk penungang dan motosikal, menaiki feri selama 1 jam 50 minit.
Koh Samui suatu tempat yang sedikit tenang berbanding Phuket, amat sesuai untuk aktiviti bulan madu dan berehat bersama keluarga. Terletak di pantai timur mengadap Laut China Selatan.
Dari Raja Pier Koh Samui kami ke Pantai Lamai dan menginap di Sukasem Resort,tempat yang berbaloi untuk THB 600.
17 Julai 2011 kami keluar dari Koh Samui dan terus ke bandar Surat Thani, dan bermalam di Thai Rung Ruang Hotel dengan kadar THB500. 
18 Julai 2011 konvoi terus bergerak pulang ke sempadan. 


Hadyai


Lamai Beach











Seatran Ferry dari Koh Samui ke tanah besar


 






Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...