Rabu, 6 Julai 2011

MANGKUK BUAT MAKAN MEE MEGGI


RASUAH MATA WANG: BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DICAJ TERIMA RM100,000 - minsider

Bekas penolong gabenor Bank Negara Mohamad Daud Dol Moin pagi ini didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000.00 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.
NOTA:Haram jadah bisnes duit gila makan taik masyuk,besaq haram jadah lagi. Kita punya susah nak buleh duit haram jadah ni, pangkah semua modai ayaq liuq buleh berkarung, tak cukup karung buh dalam pikup buat launcher ngan reciever 6 kaki pun cukup maw timbun duit siling haram jadah ni,duit kertas jangan kata buat bantai tiduq, buat kucai ayaq kopi pun buleh.
Ambil upah tabur baja  sekampit buleh RM5.00. 








Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...