Isnin, 30 Ogos 2010
















KOTA BHARU 29 Ogos 10: BAYANGKAN kalau yang sedang terbaring di gambar di atas itu adalah anak anda, di bulan Ramadhan ini. Apa rasa anda?

Dia, seorang remaja berusia 15 tahun koma selepas kepalanya didakwa diketuk menggunakan cota oleh seorang anggota polis di Jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.45 pagi, pada 20 Ogos lalu.

Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Maznah Ibrahim, 40, menghubunginya sambil memaklumkan anak mereka terbabit dalam kemalangan.

“Saya yang bekerja sebagai pemandu kereta sewa ketika itu dalam perjalanan untuk mengambil penumpang.
“Isteri menghubungi kira-kira jam 3 pagi memaklumkan kejadian itu dan saya bergegas ke Klinik Ketereh untuk melihat anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.

Riduan berkata, pada mulanya dia tidak tahu punca anaknya mengalami kecederaan teruk itu sehingga diberitahu oleh rakan sebaya anaknya yang bersama-sama menaiki motosikal berkenaan. Katanya, mereka berdua ditahan polis ketika dalam perjalanan ke rumah, namun kedua-dua remaja terbabit enggan memberhentikan motosikal.

“Rakannya memberitahu, polis terbabit terus bertindak ganas memukul kepala Muhammad Raimie dengan sebatang kayu menyebabkannya jatuh tersembam ke atas jalan raya.

“Anak saya kemudian dihantar ke klinik itu sebelum dipindahkan ke HUSM untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan otak,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Riduan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11.41 pagi pada hari berkenaan. Selain itu, Riduan berkata, anaknya yang mula sedar selepas tiga hari terlantar koma masih tidak dapat bercakap.

Katanya, dia kesal dengan kejadian itu apabila anaknya terpaksa menderita teruk akibat tindakan anggota polis berkenaan. “Walaupun sedar, dia masih tidak boleh bercakap. Saya kesal dengan kejadian ini dan bercadang menuntut keadilan dengan mengambil tindakan undang-undang,” katanya. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Harap pagar, pagar makan padi.. Pengendali keamanan, membuat rakyat tidak aman?

Kata Allah SWT.. Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, pesan-memesan dalam perkara kebenaran dan pesan-memesan dalam perkara kesabaran.

Pesan memesan dan suruh menyuruh.. supaya tegakkan kebenaran dan keadilan. Juga bersabarlah!

*MAD DOHA KAMPUNG KATONG MEMOHON KEADILAN BAGI PIHAK BELIAU

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...