SANTAI ANAK UTARA 2.0 BATU KAWAN PULAU PINANG

Telah lama selepas Pattaya Bike Week 2014 Februari lalu aku melihat lautan manusia hadir bersetia kawan untuk suatu acara keramaian beroda dua. Suka untuk aku katakan. Di Malaysia ini kita juga  mampu untuk menyaingi acara bermotorsikal Thailand. Aku tidak pernah hadir ke Serlah Kehebatan Johor Bharu, mahupun Retromania Morib. Tetapi cukup aku hadir di Stadium Batu Kawan Tempoh hari. Semangat Brotherhood/Persaudaraan dari kumpulan anak muda kapcai amat dahsyat sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan. Mereka hadir semata untuk menunjuk muka. Bahawa mereka ada. Tiada acara tari menari, tiada acara kugiran, tetapi cuma dengan acara cabutan bertuah dan mereka tidak berganjak walau seinci sebelum tamat acara.
Untuk kesekian kalinya Sahabat TOURING dari sejauh Melaka,Seremban, Kuala Lumpur, Ipoh juga Taiping turut hadir menunjuk muka. Tiada yang lebih indah dari bertemu sahabat-sahabat SEJIWA.    
Usai acara kami beriktikaf di Mesjid seperti kebiasaannya.












































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PALA TAW RIDE 2016 MALAY-SIAM-LAOS-CAMBODIA

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Perlis Bike Jam 2014