Ahad, 27 Julai 2025

Doa

Doa, Ibadah Sang Hamba

Doa itu ibadah,
demikian sabda Rasulullah,
rintihan hamba yang tunduk dan pasrah.
Bukan untuk dibangga-banggakan,
bukan pula senda mainan lidah,
bukan demi upah dunia yang murah,
atau mengampu demi mencari haibah,
apatah lagi menjadi alat dalam kancah siasah.

Doa itu menyeru Allah—
Rabb Yang Maha Mengetahui,
segala yang tersirat di sebalik madah,
segala yang bergelora dalam dada,
walau belum sempat diluah oleh kata.


Imam Perang Ani Noniang

Tiada ulasan:

Martabat kesahihan hadis

MARTABAT KESAHIHAN HADIS Martabat kesahihan hadis terbahagi kepada 7 peringkat seperti berikut:  1. Riwayat al-Bukhari dan Muslim 2. Riwayat...