Rabu, 19 Oktober 2022

SATUN HINGGA RANONG DULU TANAH MELAYU

Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul Dan seluruh tanah melayu hingga ke Segenting Kera, Ranong kepada Siam. Ini kerana Siam menggangu aktiviti penjarahan bijih timah British di Kaki Bukit, Perlis. Disitu juga menyaksikan kemasukan buruh Cina. Sisa peninggalan masih boleh disaksikan hari ini. Terdapat Istana Raja Melayu yang dijadikan muzium di Satun. Bahkan Masih terdapat Batu Tanda Ban Melayu nun jauh di Ranong. 
Tapi itu dululah punya cerita. Hebat orang tanah Melayu dulu. Cerita lain lagi seperti yang kita semua sedia maklum pada minggu lepas menyaksikan pembubaran Parlimen Malaysia. Dan dengan Pembubaran Parlimen mengakibatkan semua menteri hilang pekerjaan. Mereka (baca penganggur) kini sedang meminta kerja daripada kita (majikan). Gunakan kuasa kita sebagai majikan. Baca (kita) Rakyat. Pilih sebaik mungkin. Siapa aniaya Adib Bomba kita dendam. Sapa curi duit tak mengaku kita ambil tahu. Sapa cakap tak serupa bikin pun kita buat pedoman.
Tapi nak cerita sebenarnya perihal Ride Ribut Taufan ke La-Ngu Satun. Tempat yang dituju adalah Kampung Telaga Tujuh / Laga Tuyo. Siam baca Ban Bo Chet Luk. Kampung asal Melayu Urak Lawei. Sebuah pulau kecil yang bersambung dengan jambatan ke tanah besar. Pulau dibuka oleh pelaut Chao Nam / Urak Lawei / Orang Laut Aboriginal Malay yang pertama mendarat membuka kawasan kiranya nak settle down dan tinggal di situ, kawasan di sebelah matahari terbenam pulau. Menurut cerita legenda, mereka telah mengali 7 pergi demi mencari air bersih. Dari Pekan La-Ngu kira-kira kurang lebih 14KM.  Dari sempadan Wang Kelian 80KM untuk sampai ke situ. Tempat cantik ada Pantai, ada ombak, ada view pulau. Ada local yang main surf ombak. Makanan pun ok tak mahal. Dan kami merancang untuk acara PEKETUM CAMPING DAY 2023 seminggu sebelum Ramadhan di situ, InsyaAllah. Kawan-kawan yang dapat baca posting ni adalah dijemput buat ramai. 

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...