Rabu, 5 Oktober 2022

ALIP KAIZER MALAYSIA

“Tak sakit ke BONTOT ride jauh² ?”

      Lebih kurang 7 thn yg lepas aku di kenalkan dgn 1 club motosikal yg diberi nama PEKETUM oleh 2 rakan ku Haziq Ibnu Hassan & Enal . Pada masa tersebut aku baru sahaja berkerja selepas tamat pengajian IPTS, duit pon x berapa ramai , dan aku masa tu tiada kederaan yg sesuai utk jln jauh . Hasil racun dari mereka maka aku buat keputusan utk beli moto baru. Keputusan tersebut hanya ambil masa 1 malam kerena keterujaan aku utk belajar ride jauh pada masa tersebut . Maka bermulalah semuanya. 

      Awalnya proses utk pembelian moto agar sukar kerana aku masih baru bekerja dan aku tiada rekod loan dari mana² bank , tapi Alhamdulillah semuanya dpt diatasi , mslh ke-2 yg dihadapi tentang cuti yg agak lama . Dah la baru kerja dah buat hal nak cuti lama . Tapi cita ni aku dah lupa mcm mana semuanya boleh berjaya aku atasi . 

    Nak di pendik kan cerita Alhamdulillah misi pertama aku masa tu berjaya. Selepas peristiwa tersebut timbul mcm² persoalan dari rakan² dan ahli keluarga , yg paling kerap di tanya “tak sakit bontot ke ride jauh² naik moto?”. Selepas entah berapa ribu kilometer aku tempuh dan pelbagai jenis permukaan jln aku masih x dpt jawapan utk persoalan tersebut . Mungkin setiap kali ride keterujaan aku buat aku hilang semua deria rasa penat atau sakit ditubuh . Penah ride 1200km sehari , penah ride 19 jam sehari . Penah ride balik hari , penah ride sebulan . Entah berapa puluh ribu kilo dah ride aku pon x pasti selama 7 tahun ni.

     Aku baru sahaja selesai ride pusing semenanjung Malaysia , yg aku planing lebih lama tetapi aku balik lebih awal atas beberapa faktor. Antaranya aku dah jumpa jawapan bagi persoalan yg selama ini aku cari “ Tak Sakit Bontot ke Ride jauh² ?” Iya aku dah dapat Jawapanya selepas hampir 7 tahun Jawapanya tergantung . Entah apa sebab yg mempengaruhi sampai aku dpt jawapan ini , adakah disebabkan faktor cuaca, Usia, Kenderaan, Atau berat badan ? 

    Bagi rakan² atau keluarga yg penah tanya soalan ini , jawapan aku iya , kali ni aku dah rasa sakit yg sgt² kat bontot masa ride kali ini . Mungkin disebabkan hari pertama aku buat Johor- Perlis dalam keadaan hujan dalam tempoh 19 jam . Atau juga faktor kenderaan yg tidak sesuai , entah la aku sendiri tidak pasti . Tapi rasanya sungguh perit , puas jugak la aku adjust cara duduk masa ride . Kekiri kanan rasa x kene, ke depan ke belakang juga x kene. Benda yg x penah berlaku sblm ini. 

     Walaupon aku dah dpt jawapan tu semangat aku utk terus ride dan tgk tempat orng masih membara . Cita² aku selama ini mesti ditunaikan 1 hari nanti , mungkin cara kita lalui dlm hidup ini x sama . Ada yg suka berhabis dekat kehidupan sehari² mereka , ada yg suka simpan harta . Tapi bagi aku cukup la kehidupan sederhana janji aku puas tgk tempat orng . Kadang tgk rakan² sebaya dah ada mcm² dlm hidup mereka , aku tetap sama mcm ni masih dok main moto . Tapi xpela cara aku tentukan hidup aku berbeza dgn mereka , apa yg aku harapkan skrng ni aku dpt jumpa jodoh yg nak sama² dgn aku tgk dunia ni sejauh boleh . Kita berjalan sambil buat duit utk teruskan perjalanan itu . Semoga 1 hari nanti aku jumpa orng yg ada minat sama mcm aku . 

       Benda ni bukan apa , aku ok ke jln sorng² sblm ni , byk tmpt dah aku g sorng² dan cari kawan kat tmpt tu . Dok pacak khemah atau hemmock dalam hutan atau tepi pantai sorng² pon dah biasa . Tapi tu la mak aku dah mula bising , bahaya katanya g sorng² ni . Aku malas nak bagi dia risau sahaja … tapi Jauh disudut hati masih Mengharap Allah lembutkan hati sidia utk cepat peluk Islam . Jika bukan jodoh aku pon , sekurang² nya x sia² usaha aku selama ini.

Alip KAIZER
5 Nov 2021

#peketum

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...