Jumaat, 15 Julai 2022

GELAK



Saya selalu dengar ada yg berkata “bila orang gelak itulah komedi” … memang komedi itu bila adanya orang gelak tapi tak semua yg orang gelak itu ada nilai komedi…
Bayangkan ketika ada seorang yang tak siuman secara tiba tiba jumpa paip air di sebuah taman terbuka terus buka baju dan seluar dan mandi disitu…
Tentunya orang yg lalu lalang atau yg berada ditaman itu akan gelak melihat kelakuan itu… umumnya begitu….kalau yg berteman mereka gelak bersama.. kalau yg bersaorangan mungkin akan gelak masa dia bercerita pada orang lain di tempat dan masa yang lain..
Adakah perbuatan orang yang mandi bogel itu ada nilai komedi?
Kenapa komedi mesti ada nilai?
Ya.. komedi itu adalah sebuah karya.. setiap karya ada tuntutannya sendiri.. ada gagasannya.. ada peranannya sendiri.. 
setiap peranan ada batasnya, ada etikanya… semua nya terikat dgn hukumnya..
Saperti kehidupan kita sendiri yang terikat dgn hukum hukum kehidupan…
Kehidupan tanpa ikatan hukum adalah sama dengan kehidupan orang yang mandi ditempat terbuka itu tadi.. ya dia sudah terlepas dari hukum hukum itu..
: TOK AYAH SABRI YUNUS

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...