Jumaat, 29 Julai 2022

Gaya Guru

Di malaysia, ada orang terlalu sayang Tok Guru Haji Hadi, makanya dia tiru semua hal berkaitan dengan Tok Guru Haji Hadi; gaya dia bercakap, gaya dia memegang spek mata, gaya dia berjalan dan sebagianya.

Di malaysia juga, ada orang yang terlalu sayang Anwar Ibrahim. Makanya, bila dia ceramah, dia tiru gaya Anwar Ibrahim. sehinggakan si jawa yang kagum dengan Anwar Ibrahim itu, apabila dia mengungkap kata berbunyi sengau penang gaya Anwar Ibrahim.

Dalam kalangan sahabat, Abdullah bin Umar amat mengidolakan gaya Nabi saw. Sehingga semua perkara yang dia tahu cara Nabi, pasti dia akan buat.

dalam dunia hari ini, tidak sedikit dari kalangan muslim lebih mengidolakan guru mereka berbanding nabi. Dia sanggup membaca bacaan yang diajar oleh gurunya dan tidak membaca bacaan yang dibaca oleh Nabi. 

Guru agama yang paling mulia adalah Nabi Muhammad saw.

Wan Ji

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...