Selasa, 11 Januari 2022

KISAH PERANG

Siapa yang agak2 pening kepala nak cari movie Perang Dunia Kedua, boleh try dengan list di bawah ini.
WWII movie ikut turutan "war facts timeline" 1939-1945 (setakat yang telah ditonton oleh saya) :-

The Pianists
Jerman masuk Poland pada 1939, situasi di Poland pada awal peperangan.
https://www.youtube.com/watch?v=K8DVwuXIx2E
***

Dunkirk
Ni semasa awal2 WWII, tentera British dan Perancis berundur ke Britain dari pantai Dunkirk di Perancis
https://www.youtube.com/watch?v=F-eMt3SrfFU
***

Sink the Bismarck
Kisah Royal Navy mencari dan menenggelamkan battleship Jerman, Bismarck pada 1941.
https://www.youtube.com/watch?v=e5fTQ9Hjluc

Battle of Britain
Jerman cuba menakluk Britain pada 1940
https://www.youtube.com/watch?v=cNVVoH9-QH0
***

Das Boot (filem Jerman)
Kisah sebuah kapalselam Jerman di Mediterranean dan atlantik pada 1940 ketika era "Atlantic War".
https://www.youtube.com/watch?v=7pzKyeIex2Y
***

The Eagle Has Landed
Kisah komando Jerman yang menyamar sebagai "British paratrooper" memasuki sebuah kampung di England, era sekitar 1941 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=OnFnr356Wxg
***

Tora tora tora
Plan dan strategy angkatan laut Jepun menyerang Pearl Harbor pada 1941.
https://www.youtube.com/watch?v=2QwaNhalGcQ
***

Schindler's List
Kisah pekerja2 yahudi di bawah taikun kilang Jerman, En,Schindler dari 1941-1945
https://www.youtube.com/watch?v=j1VL-y9JHuI
***

Jacob the Liar
Kisah seorang yahudi bernama Jacob di "Warsaw Ghetto" di Poland dari 1941.
https://www.youtube.com/watch?v=I33fyj7T67E
***

The Desert Fox
Kisah Fieldmarsyal terkenal Jerman iaitu Erwin Rommel dalam peperangan di afrika utara pada 1941-42.
https://www.youtube.com/watch?v=I3nxbxi0J-8
***

Tobruk
Kisah sekumpulan tentera bersekutu dan Afrika Korps Jerman yang berpaling tadah dan membuat sabotaj di Tobruk, Libya, 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=h3hcxQjfJJc
***

Memphis Belle
Kisah pesawat pengebom USA, B-17 yang bermula pada 1942 sehingga last 25 mission pada 1943.
https://www.youtube.com/watch?v=85CcD6t5cx4
***

Sahara
Kisah beberapa tentera campuran bersekutu dengan satu kereta kebal pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=rEOQiO7kUgk
***

Enemy at the Gate
Jerman sedang menggempur bandar Stalingrad pada awal 1942. Kisah sniper Rusia yang terkenal, Vasily Zaitsev.
https://www.youtube.com/watch?v=4O-sMh_DO6I
***

Stalingrad
Kisah 90 ribu askar Jerman tersepit di bandar Stalingrad, Soviet Union pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=l5q8yiXK69I
***

Three Came Home
Jepun masuk ke Borneo pada permulaan perang pasifik pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=nWAtCCn9ZZI
***

The Big Red One
Kisah satu ketumbukan US mendarat dalam ops "Torch" pada 1942 di afrika utara dan seterusnya masuk ke Itali dan Perancis memburu pihak Jerman.
https://www.youtube.com/watch?v=I_A0ZvUIDfE
***

Battle of Coral Sea
Kisah pertempuran laut terbesar pertama dalam peperangan pasifik antara USA dan Jepun pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=Hi4jBGgVnmw
***

Leftenan Adnan
Kisah keberanian Lt. Adnan dan seterusnya bertahan di Singapura pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=E1f1xWAp7Ho
***

Sarjan Hasan
Lebih kurang citer Lt. Adnan tetapi lebih kepada fiksyen, era sekitar 1942-45.
https://www.youtube.com/watch?v=ry32ma05Jqk
***

Bataan
Pertahanan tentera US terakhir di Filipina sebelum Corrigedor pada 1942.
https://www.youtube.com/watch?v=zaq36uZb8zI
***

MacArthur
Kisah jeneral terhebat USA MacArthur mempertahankan Filipina sehinggalah kisahnya di akhir perang, era antara 1942-45.
https://www.youtube.com/watch?v=8sQHicTHlSw
***

Battle of Midway
Sea Battle besar yang berlaku pada 1942 yang menyaksikan kekalahan teruk angkatan laut Jepun.
https://www.youtube.com/watch?v=FMrVTMRbtJg
***

The Battle of River Neretva
Kisah partisan melawan Jerman di Yugoslavia pada 1942 ke atas..
https://www.youtube.com/watch?v=xuX7EPOdh-E
***

The Great Escape
Kisah PoW bersekutu cuba melarikan diri dari Stalag Jerman, 1942 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=r9Q_WESQUVw
***

The Bridge of River Kwai
Kisah PoW engineer British buat jambatan keretapi untuk Jepun, era 1943 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=83bmsluWHZc
***

Windstalkers
Kisah US marine menggunakan bahasa kod Red Indian untuk tujuan komunikasi ketika serangan penaklukan di pulau2 pasifik pada 1943 ke atas.
https://www.youtube.com/watch?v=KOmH0_F8_XI
***

Cross of Iron
Kekuatan Jerman di Rusia mula merudum pada 1943. Kisah pengunduran Jerman yang di asak tentera merah.
https://www.youtube.com/watch?v=AonZdAfEQgA
***

The Tuskegee Airmen
Kisah sekumpulan warga kulit hitam US, pilot pejuang pesawat USAF pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=OvYvQcppaU4
***

633 Squadron
British Squadron pesawat kayu 2 kipas terlaju dunia pi attack base Jerman di Norway, scene serangan ada macam kartun sikit. era 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=y09ssRENr9I
***

Mosquito Squadron
British Squadron menggunakan pesawat Mosquito pi attack German military research complex. Era 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=ukodcpf3F5A
***

The Guns of Navarone
5 askar bersekutu cuba untuk mensabotaj meriam besar Jerman di tepi laut besar di Greece pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=suj-YdR_JFw
***

D-Day The Sixth of June
Kisah pendaratan D-Day di pantai Perancis oleh tentera berikat pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=-SNJR4eJ36o
***

The Longest Day
Serupa juga dengan kisah D-Day pada 6 Jun 1944 tapi lebih detail kisahnya.
https://www.youtube.com/watch?v=RW5t1V4xm3M
***

Saving Private Ryan
Latar belakang D-Day pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=hdBEyitJ7Qc
***

A Bridge Too Far
Untuk memendekkan perang, tentera berikat cuba ikut jalan pintas dengan menyerang Holland pada 1944. Misi gagal. The best war film setakat ni...puas tengok!
https://www.youtube.com/watch?v=AWL184ZcSxA
***

Battle of the Bulge
Latar belakang kisah serangan terakhir besar2an Jerman (watch The Rhine). Tentera US merana pada awalnya ketika musim sejuk di Ardennes pada 1944.
https://www.youtube.com/watch?v=mdjau_yi5AY
***

The Bridge of Remagen
Kisah jambatan terpenting untuk menembusi Jerman iaitu jambatan Remagen pada 1945.
https://www.youtube.com/watch?v=DWj0EnWyNgk
***

Der Untergang (Downfall)
Kisah hujung2 hayat Hitler dan Eva Braun serta pengikut setia mereka di sebuah bunker di Berlin. Watak dan muka Hitler serta lakunan yang cukup mengkagumkan, rasa macam Hitler sendiri yang berlakon. Oh yaa, ini adalah sebuah filem terbitan Jerman, memang cakap Jerman pun. Banyak parody Hitler dibuat dari scene2 dari filem ini
https://www.youtube.com/watch?v=t7PmzdINGZk
***

Gambar - Salah satu adegan di dalam filem "Dunkirk".

Jadi, kalau sesiapa yang dapat menonton kesemua filem2 di atas dan kemudiannya kita susun filem2 tersebut seperti susunan timeline di atas, kita akan dapat mengetahui serba sedikit gambaran keseluruhan Perang Dunia Kedua ini. Tetapi adalah lebih elok disulamkan dengan pembacaan tambahan mengenai Perang Gila ini. 

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...