Ahad, 8 Ogos 2021

Permintaan Terakhir Perampok

Alkesah….
Konon pada suatu masa tiga perompak telah di tembak mati dalam satu kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah kosong yang juga dalam daerah kediaman mereka.. 

Setelah selesai drama itu maka dibaringkan tiga mayat tersebut ..Sementara itu keluarga mereka datang untuk melihat mayat tersebut..
Maka setiap mayat itu di kerumuni oleh anggota keluarga masing masing.. esak tangis kedengaran dikalangan mereka.. 

Maka di alam yang lagi satu datangkan malaikat dan bertanya pada jasad tersebut.. 
“Apakah harapan terakhir kau pada keluarga kau sebelum aku angkat roh kau ke tempat lain?”

Jawab mayat 1.
Aku harap semua keluarga maafkan aku.. aku tahu aku sangat jahat dan bukan ketua keluarga yang baik.. aku reda dengan takdir aku..

Jawab mayat 2.
Aku harap mereka tahu bahawa aku lah hero mereka.. aku buat ni pun untuk mereka.. mereka perlu makan dan pakai .. ini lah pilihan aku untuk kebahagian mereka.. aku tak pernah curang dgn sesiapa.. aku harap mereka doakan aku disana.

Mayat 3 diam tak jawab apa apa.. maka di ulang soal untuk mayat ke 3 itu
“ apa harapan terakhir kau?”

Maka jawab lah mayat ke 3 dengan perlahan…
“ aku harap ada diantara mereka( kaum keluarga) yang tiba tiba berkata.. ehhh tengok.. jari nya bergerak.. ya .. bergerak.. en polis.. bergerak lagi tu.. Alhamdulillah “

Begitulah adanya …

**** jadi tak heranlah kalau ada yang dah mati dalam kerjaya politik pun masih mengharapkan untuk dihidupkan kembali.. sedang mayat pun harap ada peluang untuk kembali hidup..
Tok Ayah.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...