Ahad, 22 November 2020

PULAU KETAM

Pemandangan di Pulau Ketam Kuala Perlis dirakamkan pagi tadi.Pulau Ketam merupakan kampung nelayan yang terletak paling hujung menghampiri sempadan Malaysia-Thailand di persisir pantai Kg.Wai-Bukit Batu Putih.

Hutan paya bakau Pulau Ketam digazetkan sebagai antara hutan simpan paya bakau negeri Perlis menjadi habitat kepada hidupan akuatik air masin dan payau.Beting pasir Pulau Ketam seperti yang dilihat di dalam gambar menjadi tumpuan ramai ketika air surut untuk aktiviti mengorek siput gayam.

Pulau Ketam merupakan salah satu produk Rural Tourism yang semakin dikenali.Keindahan sistem paya bakau,pemandangan lanskap berlatarbelakangan kepulauan Langkawi dan budaya tempatan perkampungan nelayan menjadikan Pulau Ketam istimewa sebagai produk pelancongan baharu.Di negara jiran, beting pasir timbul ketika air surut ini digelar “The Dragon Spine” seperti yang dapat dilihat di Satun Geopark.

Pulau Ketam berkongsi geografi garisan pantai laut Andaman di utara semenanjung Malaysia bersempadan dengan selatan Thailand.Faktor geografi ini turut menjadikan berlakunya perkongsian budaya ,makanan serta cara hidup masyarakat Kuala Perlis yang pernah suatu ketika dahulu dibawah pentadbiran serumpun.Baca di sini; https://www.facebook.com/124724590905192/posts/3683275618383387/?d=n

Photo: Lela Mishara Cikgu Petai Teks: PNW
#pulauketam #pulauketan #tepunggandun #wai #perlisnature #batuputih #thedragonspine #perlis #perlisnature #pethalasgt #motac #tourism #trulyasia

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...