Isnin, 2 November 2020

Anak Muda



Anak muda. Dengar nasihat ini.

Mula. Ingat Allah. 

1. Susah macam mana pun, jangan pinjam dari Ahlong. Jangannnnnn. Kamu takkan mampu langsai hutang dengan depa. Seribu hutang Akan jadi sampai 10,20 ribu percayalah.

2. Buat personal loan untuk kahwin, hobi dan modal bisnes pertama. Saya boleh nasihat sebab saya memang buat untuk kahwin, hobi dan bisnes pertama dulu. Kita ni tak rajin dari kecik dulu. Kalo rajin belajar memang lagu lain lah hidup. Kita lagi boleh bayar hutang dari nak menyimpan. 

3. Kita Malay. Modai kecik. Main kutu. Pastikan main dengan geng kita saja. Biaq sikit Dari takdak.

4. Kerjaya pertama gajinya sedikit. Gunakan hanya untuk makan minum, bagi mak ayah, beli kereta kancil atau Nissan AdResort. Nissan AdResort ni boleh bawa banyak barang. Kancil minyak murah. 

5. Jangan tukar kereta lain, selagi belum kahwin. 

6. Kahwinlah secepat mungkin. Cuba sedaya-upaya cari pasangan yang mampu membuatkan kita berubah demi nikmat hidup insani.Saya kahwin umur 29.

7. Jangan buat maksiat. Itu punca utama rezeki tak berkat. Saya dah jumpa ramai tokay-tokay besar "terduduk" sebab bergelumang dengan maksiat. "Terduduk" tu maksudnya perniagaannya jatuh la, bukan skill duduk. Ishhhh, semua nak habaq.

8. Jangan berjudi. Pertama, judi itu haram, yang kedua, terlalu banyak kajian mengatakan tidak ada sekor pun kaki judi dalam dunia ini kaya kerana judi. 

9. Jangan hisap dadah. Jangan letak diri pada lembah penghinaan. Kena tangkap masuk penjara. Malu.

9. Jangan perasan pandai. Hat belajar tinggi-tinggi tu pun bodow gila, takkan kamu yang belajar tak berapa tinggi berani mengaku pandai. Sentiasa cari ilmu, belajarlah sampai mati. 

10. Jangan sesekali mencuri. 

11. Hidup ini sekali sahaja, nikmatilah. Jangan tersilap langkah. 

Tau anak muda tau.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...