Jumaat, 7 Februari 2020

MOKEN URAK LAWEI

Moken hari ini kumpulan orang laut yang digelar "sea gypsie" di kepulauan Mergui, Myanmar hingga perairan Krabi dan Phuket. 

Dahulunya Moken menjalar hingga ke selatan meliputi Kedah, Pulau Pinang dan lebih jauh ke Perak. 

Mereka merupakan kalangan Deutero Malay yang tiba dari Indo China 5000 hingga 6000 tahun lalu ketika air laut mulai berhenti ke paras hari ini. 

Menurut ahli arkeologi, lukisan gua pra sejarah di Tambun, Perak dibuat 4000 hingga 5000 tahun lalu. Melihat unsur lukisan yang turut menggambarkan haiwan laut dan kesan hakisan di dinding gua serta ketinggian lukisan, mungkinkah sebahagian barat Semenanjung masih tenggelam ketika itu dan naik perlahan-lahan menyebabkan garis pantai menjauh.

Ini kerana terdapat perkaitan tertentu yang menyimpulkan ia kumpulan yang sama mendiami gua-gua batu kapur di laut seperti yang ditemui di Krabi.

Kenaikan paras laut bagi sesuatu kawasan adalah relatif kepada kadar kenaikan paras muka bumi dan kadar tenggelam paras muka  bumi kesan kegiatan tektonik.

Peningkatan melintang Semenanjung yang menyebabkan tengahnya melebar menjelaskan ia merupakan zon terjungkit dan diakomodasi dua sisi  di utara dan selatannya yang tenggelam.

Kaum Moken di Semenanjung hari ini telah dikategorikan Melayu manakala di selatan Thai menjadi Thai Malay Muslim  yang tidak mampu berbahasa Melayu. Ia setelah Moken persisir terasimilasi di bawah Langkasuka dan  kerajaan Kedah yang kedua-duanya merentangi waktu hampir 2000 tahun.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...