Khamis, 30 Januari 2020

Ayu Hasman Transiberian

Berita gembira untuk travellers yang nak mencuba pengembaraan epik transiberia. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni nak masuk ke Vladivostok, Russia dah tak semahal dulu.

Kalau dulu, tiket flight dari KL ke Vladivostok hampir mencecah 1.8k sehala. Sekarang ni korang hanya perlu membayar lebih kurang RM700 jeee...

Tips nya:

1. Fly dari KL-Seoul (RM500) by Air Asia
2. Fly dari Seoul-Vladivostok (RM250) by Jeju Air

Nak lagi best, stay la satu malam kat Seoul. Boleh singgah pi makan jajangmyeon seround 😂

Nak lagi jimat dan murah ?

Okay korang tunggu jap. Saya nak bersiap pergi renew passport. Dah settle nanti saya share macam mana nak fully utilised debit card, dan tips untuk generate duit sebelum/ketika/selepas travel 😁

Rabu, 29 Januari 2020

BERAPA ANGGARAN KOS RIDE UTARA THAILAND

Ke Gunung Phu Chi Fa Selekoh MHS Puncak Doi Ithanon dan Tegak ke PATTAYA
Budget KM dan Gasohol.
Anggaran 120KM/4Liter Gasohol Untuk Kapcai Standard.

8/2 (Sabtu) Subuh Shafie Gerak
Target tidoq di Hua Hin. 803KM(622baht)- 4liter minyak Ron dari Border 

9/2 (Ahad) Gerak. Tidoq Nakhon Sawan. 431KM(387baht)

10/2 (Isnin) Gerak. Tidoq Phu Chi Fa. 564KM(507baht)

11/2 (Selasa) Gerak ke Golden Triangle dan 
Tidoq di Pai. 460KM(414baht)

12/2 (Rabu) Gerak ke MHS dan Tidoq di Doi Ithanon. 309KM(278baht)

13/2 (Khamis) Gerak. Tidoq di Khao Kho, Petchabun. 479KM(431baht)

14/2 (Jumaat) Gerak ke Pattaya Bike Week. 521KM(468baht)

15/2 (Sabtu) Sight Seeing Pattaya. Mall rat.(100baht)

16/2 (Ahad)Gerak Balik border. 1200KM.(1080baht)

Jadi 4400Baht untuk pergi balik.

AYAM GORENG SERINGGIT

Resepi ayam goreng seringgit❤

Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam. 

Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya;
1.Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.. 
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit) 
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
8.Hidangkan panas-panas..
9.Makannn😂🙊

#untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh😂)
#boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung  kat rumah.. Anak-anak mesti cakap "sedaplah ayah..boleh jual.." 
Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan..

Selasa, 28 Januari 2020

DAGING BAKAR DANNOK

Resepi daging bakar Danok..esok cuti boleh la try buat untuk anak-anak kan..

Bahan perapan daging:-
-Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
-1sk sos ikan
-2 sb Sos tiram
-2@3 sb Brown sugar
-Sekeping gula melaka
-1 sk lada hitam
-Sedikit minyak
-Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan sos:-
-Akar daun ketumbar
-Daun ketumbar
-1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
-1@2 ulas bwg putih
-1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
-2 biji limau nipis
-1 sk brown sugar
-1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
-Chili flakes
-1 sk sos cili
-1 sk sos tiram
-1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara2:-
-Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
-Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
-Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)
-Masukkan daun ketumbar yg dipotong
-Masukkan chili flakes(kalau suka pedas boleh tambah)
-Masukkan bwg besar yg dipotong tadi
~~kalau tawar jgk tmbah la garam sikit ok

# daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dlm 20 hingga 30 minit dan bergantung jgk pada tahap air yg kluar dari perapan masing2 ye..bukak api slow
# utk daging cepat lembut bila nk masak..perap la semalaman & hiris halia keping2..perap sekali dgn daging

Kredit: Fb Diaz Yushazlina

Babi Jerman

SUIDAE - Nak sembang pasal makan babi tak jadi jugak sebabnya Jerman johan bab makan babi ni, bukan China saja. Kalau di Jerman daging babi ni orang buat macam² masakan. Boleh dipanggang, digoreng, disalai memacam la. Cuma babi masak 3 rasa tak pulak aku jumpa waktu di Jerman dulu. Hahaha.

Aku sendiri dulu pernah 2-3 kali nyaris termakan babi tapi mujurlah tak kena. Kalau makan salad tepi jalan tu janganlah main ngap je, sebab kadang² dia letak juga daging babi hiris racik halus² masukkan sekali gaul sama mayonis, minyak zaitun siap dressing semua. Cumanya Jerman ni kalau kita tanya dia jujur jawab memang dalam masakan tu ada babi.

Kalau pergi stadium tu biasa orang makan babi gearbox, orang sana panggil Schweinehaxe, (sebutnya syvainehakse). Depa dok bungkus elok² benda ni dalam aluminium foil tu lepas tu makan sambil² tengok bola atau makan kat Hauptbahnhof. Benda ni biasa dijual di pasaraya di Hauptbahnhof. Depa jual panas². Bau dia memang sedap. Nampak rangup dan garing je.

Juga kalau di Jerman ni sosej depa buat biasa memang guna usus babi. Perkataan Schweinemagen biasa jumpa. Orang ingat sosej lembu, walhal daging lembu tapi sumbat dalam usus babi. Biasa tu. Jiran aku Turki liberal dok mentekedarah menatang tu. Bila tegur dia kata takpe, takde hal. Gasak engkaulah nak. Itu belum lagi waktu jiran aku orang Ukraine dok baik menggentel daging babi + daging lembu buat jejemput dia. Aku cakap baik² je la kat mamat Ukraine tu.

Ada macam² jenis hidangan babi yang aku kenal. Kalau di Jerman biasanya Schweinehaxe, Schweinebraten (babi grill) Eisbein (bahagian kaki babi masak grill), Spanferkel. Spanferkel ni anak babi panggang. Kalau ke kedai daging, depa panggil Metzgerei ada jumpa Schinken. Ni babi juga amik bahagian paha sama macam Itali punya Prosciutto. Ada sosej putih Weißwurst cukup terkenal di Munich. Pun babi juga.

Kalau di Itali babi macam² masakan ada. Pastinya Carbonara tak boleh dimakan sebab depa guna Pancetta atau Guanciale yakni daging bahagian pipi babi. Depa di Itali suka makan Mortadella sejenis salami bersaiz besar juga diperbuat daripada daging babi. Dan biasa kalau di stadium² Itali ada jual Porcetta, babi panggang sekor tu. 

Nak jalan² di Eropah kena reti sikit nama² babi ni. Dia ada macam² istilah daripada Cingiale, miale, porc, swine, hogs dan macam² lagi. Lagi satu orang kadang² tak tahu masak goreng semua pakai menatang namanya Lard atau dalam Jerman disebut Schmalz. Ni lemak babi. Rupanya seakan mentega cuma warna dia putih cerah..jual murah² saja. Biasa orang buat goreng² ganti minyak.

Panjang pulak aku tulis pasal babi ni. Pakar babi gamaknya. Hahahaha.

Ahad, 19 Januari 2020

PEKETUM PHU CHI FA ENDURANCE


Kami cuma sebuah kumpulan kecil anak yang berpandu pada pengembaraan melintas garis takut. Dalam hidup banyak perkara Yang kita takuti, takut mati, takut hantu, takut orang jahat, takut tidak mampu berani. 
Tetapi kita sebagai Muslim cuma perlu takut tidak sempat bertaubat. 
Setiap awal tahun sejak 2009 lagi, kumpulan Kami mencuba untuk menanda peta semampu kami. Alhamdulillah pada tahun Lepas melalui jalan darat berjaya sampai ke Ho Chi Minh, Vietnam. Manakala melalui jalan laut Kami ke Riau,Indonesia. 
Tahun 2020 Kami menduga lagi. Kali ini ke Utara mendapat panggilan Gunung Phu Chi Fa, Bukit Pai, Selekoh Mae Hong Son, Puncak Doi dan kemudian jalan tegak ke sempadan Poi Pet, Cambodia. Semoga Allah Azzawajalla setuju dengan rancangan ini. 
Di sini diperturunkan rancangan perjalanan buat pedoman kawan-kawan Semua. 
Hari 1 SABTU 8/2/2020
Hari 2 AHAD 9/2/2020
Hari 3 ISNIN 10/2/2020
Hari 4 SELASA 11/2/2020
Hari 5 RABU 12/2/2020
Hari 6 KHAMIS 13/2/2020

Hari 6 JUMAAT 14/2/2020

Hari 7 SABTU 15/2/2020


Hari 8 AHAD 16/2/2020
Hari 9 ISNIN 17/2/2020


Rabu, 8 Januari 2020

Cara Buat Curly Fries

Kentang kerinting goreng rangup diluar lembut didalam 😋

Resepi

🌺BAHAN-BAHAN🌺
4 biji kentang(potong 4)
1sk garam
1 telur ayam
1/2 cawan susu cair(boleh kurangkan kalau tak nk cair)
2sb tepung jagung

🌺CARA-CARA🌺
1. Rebus kentang sampai menjadi empuk..Tos masukkan ke dalam mangkuk /besen lenyek seperti dalam gambar

2.Selepas itu masukkan ke semua bahan bahan tadi.. Gaul sampai sebati dgn kentang.

3. Sudah siap boleh la senduk masukkan dalam plastik piping bag(plastik yg bungkus air pun boleh) 😁

4.Panaskan minyak pipingkan bulat bulat ke dalam kuali..

Note** sebelum alih pastikan kentang betul betul garing ye takut patah jea😂

maaf tak pandai nk karang tapi boleh tgk dkt wall sy resepi..siap ada videonye😉

sy bt ni rangup diluar lembut didalam ..hee

kredit: Eika Atieka

Ni Contoh Saja

Jangan sesekali kau bergaduh dengan perempuan!!

setiap kali aku nampak kereta berhenti tepi jalan dengan tayar pancit, memang aku akan stop & tanya sama ada perlu bantuan nk tukar tayar spare atau tak.. especially kalau driver perempuan. sebab aku assume if tayar kereta bini aku pancit, akan ada orang lain bantu. kira what you give, you get back la..
tapi maruah aku sebagai lelaki betul2 tercabar pagi ni.. aku stop bila nampak kereta stop tepi jalan dengan tayar flat.. driver perempuan.. aku pun tanya:

aku : kak, nk sy tolong tukar tayar spare tak?

akak : akak rasa tayar akak ok ni.. belum pancit lagi.

aku: tayar dah flat ni kak. nk tukar dlm 5-10 minit je ni.. bley la akak drive tayar spare sampai kedai tayar nti.. 

akak : kamu tgk tayar akak.. belah bawah je kempis, belah atas ada angin lagi.. takyah nak tipu akak la.. kalau belon takde angin, kan kempis semua.. tayar akak ni ada angin lagi..

aku : rosak tayar kalau akak jalan lagi ni.. kalau akak taknak sy tolong, sy gerak dulu ye.. 

akak : lain kali kita ni kena jujur dik baru hidup berkat.. takkan la pasal tayar pun kita sanggup nak tipu.. lagipun kalau betul2 tayar akak pancit, tau ke kamu repair? kamu pun bawak motor je.. 

aku berlalu sambil mengesat air mata lelaki.. teringat kata2 arwah bapak aku, jangan sesekali bergaduh dengan perempuan bila diorang start bercakap.. ko cakap la camne pun, ko akan kalah..

Isnin, 6 Januari 2020

Dan Yang Benar-Benar Cinta

UNTUK KITA RENUNGKAN

Petang tadi saya YG BIASA MENOLONG MEMANDIKAN JENAZAH menerima panggilan telepon, pemanggil tersebut  meminta saya untuk mengurus jenazah ibunya yang baru meninggal dunia.
Dengan adanya amanah, maka segera saya bergegas ke rumah duka,  yang letaknya tidak jauh dari kediaman saya. 

Setiba saya disana hari sudah lewat petang. Banyak peziarah, yang terdiri daripada sanak saudara, tetangga dan handai tolan yg sudah memenuhi rumah duka.

Saya melangkah masuk, bertemu dengan suami dan anak-anak Almarhumah. 
Setelah rapat Keluarga, kami mendapat keputusan, bahwa pengurusan jenazah akan dilaksanakan esok hari karena  hari sudah terlalu malam. 
Malam itu jenazah hanya dibersihkan dengan  mengelap tubuhnya menggunakan kain sambil dibantu  anak-anaknya seramai empat org, 2 lelaki.. 2 orang perempuan. Kesemuanya sudah besar dan beberapa diantaranya sudah menikah.

Kesokan harinya pagi sekali saya sudah tiba dirumah tersebut. Pada saat akan memandikan jenazah, salah seorang anak datang kepada kepada saya, dan berkata ;

*_"Bolehkah kami memandikan sendiri jenazah ibu kami?"_* tanya si anak tadi.

*_"Boleh"_* jawab saya, dengan senang hati mendengar permintaan si anak.
Memang itulah sebaik-baiknya. Lebih afdhal anak sendiri yang uruskan jenazah ibu bapa mereka.

*_"Tapi Ustazah, kami tidak pernah melakukan nya, kami tak tahu apa². Ustazah ajarkanlah kami",_* kata seorang lagi anak perempuan.

*_"Tidak  masalah, saya akan mendampingi dan memberi petunjuk_* jawab saya.

Saya mengingatkan anak perempuan saja, rupanya 2 orang anak lelaki & suami Almarhumah juga ingin turut serta memandikan jenazah.

Atas permintaan mereka, saya menyetujuinya, karena Islam tidak melarang, memang seorang suami boleh memandikan jenazah isterinya dan begitulah sebaliknya.

Namun dikarenakan anak2 lelaki juga ingin memandikan, maka saya terpaksa  membagi tugas. 
Si suami, saya minta bersihkan bahagian kepala, anak lelaki di bahagian kaki & anak perempuan dari bahagian badan dan ke bagian paha.

*_"Gunakan sarung tangan masing"._* Ujar saya sambil menghulurkan sarung tangan karet untuk digunakan bagi memandikan jenazah. Tapi, suami & anak² menolak seraya berkata...

*_"Semasa kecil, ibu mandikan kami  tidak pernah pakai sarung tangan. Kami  tak mau memakainya",_* 

tolak si anak lembut.

Saya sedikit tersentak mendengar kata² itu. Kagum dengan  jawaban si anak. Terharu saya mendengarnya...

Dimulai saya hendak membersihkan bahagian dubur. Tapi si suami menolak karena dia ingin melakukannya sendiri.

*_"ini isteri saya, biar saya yang lakukan Ustazah tolong ajarkan saya",_* tutur si suami.

Saya menyetujui dengan kehendaknya. Saya arahkan si suami supaya menekan perut secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan najis di dubur.

Semasa si suami melakukannya, jiwa saya bagai dirobek². Jiwa saya tersentuh mendengar lafaz ikhlas suaminya. Sambil menekan lembut perut isterinya, si suami bersuara lagi.

*_"Sayang, ini rahim yang melahirkan anak² kita, menghasilkan zuriat kita, terima kasih Sayang",_* tutur si suami lembut dengan matanya brkaca².

Air mata saya tertumpah....😭😭

Kemudian, saya pegang ciduk dan guyurkan air ke muka jenazah. Si Suami lalu bersihkan wajah isterinya. ketika Si suami membersihkan wajah isterinya, satu drama yang menyayat hati & penuh emosi berlaku kembali

Sambil menggosok lembut wajah jenazah isterinya, si suami tadi mengungkap kembali satu persatu segala kenangan nya ketika mereka hidup bersama.

*_"Sayang...inilah wajah manis yang abang tatap masa hidup. Inilah wajah yang abang pernah sayang. Wajah yang pernah jadi isteri Abang",_* tutur suami sambil tangan lembut membersihkan  wajah jenazah isteri tercinta.

Selesai muka, suami tadi beralih pula ke mulut, sekali lagi ungkapan manis terpancul dari mulut si suami

*_"Sayang...inilah mulut yang selalu  senyum pada abang. Inilah mulut yang selalu bersenda gurau dengan abang, menghibur abang selama ini, mulut yang berikan  abang semangat ketika menghadapi masalah",_* ungkapnya dengan linangan air mata.

Saya yang menyaksikan tindakan spontan suami itu turut menjadi terharu. Terharu mendengar kata² ikhlas dari  suaminya. Saya tahu ini suami yang benar-benar sayang pada isterinya.

Selesai bagian si ayah, 2 anak perempuannya pula mengambil tempat. Sekali lagi hati saya tersentuh hingga jadi tersedan. Sambil membersihkan tangan si ibu, anaknya menyampaikan segala jasa ibu mereka.

*_"Ibu, inilah tangan yang besarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan makanan ke mulut kami. Inilah tangan yang mendoakan kami, jari jemari ini yang kesatkan airmata kami saat kami bersedih dan menangis, Tangan ini juga yg dukung kami sewaktu kecil. Ibu.. jasa ibu amat besar",_* tutur seorang anak perempuannya. Air matanya masih mengalir.

Pabila sampai ke bagian perut, seorang lg anak perempuannya bersuara, *_"Ibu, inilah perut yang mngandungkan kami, terima kasih ibu, lahirkan kami, didik & besarkan kami"_* ungkap si anak tersebut. Air mata mereka terus bercucuran...😭😭😭

Bukan hanya mereka, saudara yang menyaksikan turut menangis, apalagi saya yg berada di sisi mereka.
Sungguh, waktu itu terasa begitu hening. Suasana sangat pilu. Menyaksikan semua kata² ikhlas ini dari suami dan anak2 si mayit...😭😭😭

Setelah selesai tugas anak perempuan, anak lelaki pula menyelesai kan tugas bagian mereka. Sambil membersihkan kaki, mereka meluapkan segala jasa² wanita yang melahirkan mereka itu.

*_"Ibu, inilah kaki yang berjalan mengantarkan kami untuk ke sekolah. Kaki inilah yang besar kan kami. Kaki inilah yang bawa kami bersiar-siar², hiburkan kami, jasa ibu tak terbalas. Terima kasih ibu",_* ujar anak lelaki dengan suara tersekat-sekat...

Menyaksikan semua itu, air mata saya tak dapat dibendung lagi. Sesekali saya berpaling ke arah lain, menghapus air mata yang kian laju mengalir...😭😭😭

Di luar pula, air mata saudara- mereka yang menyaksikan drama itu semakin ikut larut dalam duka.
Saya tahu semua yang menyaksikan terharu. Saya sendiri turut tersentuh dengan sikap keluarga ini. Sungguh, suaminya memang seorang yang baik dan sangat menghormati jasa seorang wanita yg menjadi isterinya, begitupun dengan anak2nya yang sangat berbakti baik semasa hidupnya hingga ajal menjemput ibunda mereka.....

Sudah banyak jenazah yang saya mandikan, tapi inilah pertama kali saya menyaksikan adegan yang sangat menyentuh jiwa. Hati saya tersentuh sedih sekali

Selesai dimandikan dengan drama² yang menyentuh jiwa, jenazah dibawa ke ruang tamu untuk dikafankan.

Disinipun kerjasama dilakukan dgn baik oleh anak² & suami  dengan petunjuk dari saya. Walaupun mengambil waktu yang agak lama, semuanya selesai dengan mudah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Selesai tugas ini, maka saya serahkan pula kepada suami saya. Selepas kubur & suami saya hendak memulakan bacaan talqin, suami Almarhumah datang  meminta izin.

*_"Ustaz, boleh ke saya nak  bacakan talqin untuk isteri saya?"..._* tanya dia kepada suami saya.

Suami saya mengangguk dan si suami tadi mengambil tempat di sebelahnya. Dalam keadaan suara yang serak kerana masih bersedih, si suami tadi  memulakan bacaan. Bacaan kali ini memang lain sekali dari kebiasaannya.

*_"Sayang, hari ini adalah hari terakhir kamu di muka bumi ini. Kamu berpisah dengan anak², Ayang berpisah dengan Abang.*

*Sayang..  malam ini Abang akan berteman hanya dengan anak-anak di sisi Abang"._*

*_"Sayang, nanti akan datang malaikat mungkar dan nakir bertanya.. Siapa Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Siapakah saudara² kamu?_*

*_"Abang minta tolong dari Sayang, jawab dengan tenang, dengan lidah lancar, Bahwasanya Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Petunjukku, Org Islam adalah saudara²ku,"_* tutur si suami dgn sedih.

*_"insyaAllah nanti kita akan berjumpa lagi di Syurga. Sayang tunggu Abang di sana. Abang akan tetap merindui adinda Sayang hingga akhir hayat Abang."_*

Sungguh, waktu itu sekali lagi air mata saya berderai, bukan hanya saya saja, hampir semua hadirin lain pun menangis. Saya tahu mereka menangis & bersedih bukan kerana kepergian Almarhumah, tapi tersentuh melihat kejadian tersebut.

Satu drama yang benar-benar nyata, memperlihatkan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan cinta yang tulus ikhlas dari seorang suami kepada isteri. Kisah kasih sayang antara anak² dan ibu dalam keluarga ini.

Saya benar² kagum dan terharu dengan keluarga tersebut. Si anak bukanlah berpendidikan tinggi atau berlatar belakang agama bergelar ustaz atau ustazah, tapi mereka semua mempunyai budi pekerti dan akhlak yang tinggi.

Lihat bagaimana mereka menghargai jasa seorang ibu sehingga ke akhir hayat. Bagi saya, mereka jadi begitu adalah hasil didikan seorang ibu yg berhasil memberikan kasih sayang & didikan dengan sempurna.

*Copy paste

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...