Ahad, 10 November 2019

Bullet Proof Tour Quarter Malaya

Maybe ramai dah pernah sampai sini. Tp aku belum, so aku plan day ride ke sini pagi tadi. Sumpah cantik view dia baq hang. Dari Jitra aku singgah sarap kt kedai Mat Noi di Baling kena semangkok kacang pool. Sumpah sedap baq hang.  Abis makan lepas kena rokok sebatang dua aku gerak. Dari Baling aku hala ke Grik dan pit stop isi minyak. Dari Grik hala ke pit stop Lenggong Yeop A76...pastu masuk ikut jalan tepi masjid kt A76 tu. Dari situ hingga ke Bagan Serai kualiti jalan sangatlah memuaskan. Langsung takda lubang walaupun jalan tu penuh pokok rimbun seolah tadak maintenance dari sesiapa. Koner kiri dan kanan seakan akan mcm trek Kuala Klawang Stage 3 sepanjang 32km hingga ke pekan Redang Panjang. Jalan ni langsung tadak kampung mmg best kalo pakai knee slider cumanya jalan ni sesuai utk kapcai melepas gian cecah lutut. Utk moto besaq nk layan lebih2 sgt tak sesuai. Suasana dia plak sebijik macam jalan dari Lamphun menghala ke Mae Sariang dengan sejuk semua cukup. Pendek kata aku ride kt situ td pukul 1130am pun masih sejuk macam pukul 6am. Kendian dari Pekan Kubu Gajah hala ke Bagan Serai suasana sebijik macam kt Johor (jalan nk ke pelabuhan Kukup). Oleh sebab view tersangatlah osemmm...aku terpaksa brenti gak kt lokasi ni utk snap sekeping buat tatapan hampa semua. 
Bagi yg belum pernah ikut jalan ni...cubalah sekali, anda akan terpesona dengan scenery di kawasan ni....

#AbangPosmen
#KamiTouring

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...