Rabu, 13 November 2019

ALIP KAIZER GO HIMALAYA

Sudah 2 tahun aku tidak sentuh pun trotter. Motor yang ada kat Malaysia tidak sempatku sentuh kerana kekangan masa dan kerja ku di luar. Rindu ku tidak dapat dibendung lagi. Aku harus keluar dari rutin kehidupan harian ku yang sama setiap hari. Ahh..bosan lah.

Let go.. ride di Himalaya. Duit ku himpun setiap bulan. Betapa excitednya aku, lepas sahaja booked untuk join, aku terus beli semua ticket KL- New Delhi (MAS) dan domestik flight (GoAir dan AirIndia)1 bulan sebelum berlepas. Cuti aku dah siap-siap apply dari awal lagi. Apa lagi.. Cuma e-visa aku apply 3 minggu sebelum berlepas.

Kembara kali ini disertai seramai 17 orang , gabungan ahli Peketum MC , MOPED , group rakan sekolah Abang Rizal dan couple rider

Terima kasih buat penganjur; Shahidan dan Hanif atas satu pengalaman yang tidak dapat dilupai buat aku . Bagi yang berminat dan mahu mencuba boleh lah menghubungi mereka di FB - Himalaya Offroad Explorer.

Ahli Rombongan:

Penganjur

1. Shahidan
2. Hanif (Anip)

Team Kembara Ladakh-Kashmir Group 01

1. Alip
2. Eirwan
3. Hafiz
4. Don
5. Fauzi
6. Sulong
7. Rizal
8. Zaharof
9. Fadzli
10. Nor Hisham
11. Azman
12. Hidayat
13. Akram Karimi
14. Akhbar
15. Farah
16. Aswade ( rider EX5 ke Mekah )
17. Razita

Program Kami

Day 01: Kuala Lumpur - New Delhi
Day 02: New Delhi - Leh
Day 03 : Leh - Taglang La pass
Day 04 : Leh - Nubra Valley
Day 05 : Nubra Valley - Pangong Lake
Day 06 : Pangong Lake - Leh
Day 07 : Leh - Kargil
Day 08 : Kargil - Srinagar
Day 09 : Srinagar
Day 10 : Srinagar - New Delhi
Day 11:  New Delhi - Agra - New Delhi
Day 12: New Delhi pusing2 town
Day 13: New Delhi - Kuala Lumpur

Ride kali ini amat mencaba bg ku , mana tak nya ride dicerun2 bukit yang berbahaya dan disuhu paras beku , itu la ride Himalaya yang ramai rider mahu rasai, sepulangnya ku ditanah air , ku hanya ada masa Dalam seminggu lebih untuk buat persiapan ride kali ni , Alhamdulillah persiapan hadapi cuaca sejuk semua dah ada , tinggal persiapkan kelengkapan ride .
Masanya semakin hampir, makin x senang tidur malam dibuatnya , macam2 bermain difikiran selagi belum jejak kaki dia India , Akhirnya hari2 yang ditunggu2 telah tiba,penerbangan ku yang terawal dari malaysia , di ikuti oleh Eirwan , Don dan Hafiz . Kami memilih untuk tiba lebih awal di India kerana ingin berpusing2 dibadar Delhi dan tiba lebih awal di Leh untuk biasa kan diri dengan high altitude

Untuk perjalanan hari pertama kami di India kami berempat memilih mengunakan perhikmatan prebat sapu yang disyurkan oleh kaki tangan hotel , kami sempat melawati beberapa tempat disekita bandar Delhi yang telah di atur oleh Hafiz seperti India gate , old Delhi market , jama masjid , Qutub Minar dan lain2.
Selesai sahaja kami melawati tempat2 tersebut pemandu bawa kami pulang kehotel untuk mengambil bag dan menghantar kami terus ke airport untuk pernerbangan ke Leh Ladakh . Sampai sahaja kami  di airport kami bertemu dengan Hanif selaku  penganjur ride kali ini untuk bersama2 terbang ke Leh .
Untuk penerbangan Delhi - Leh kami disyurkan oleh Hanif untuk ambil penerbangan awal pagi dan pilih kerusi ditepi tingkap untuk pemandangan memukau banjaran Himalaya . Ya Allah sungguh cantik pemandangan dari atas banjaran Himalaya , ada pergunaan bersalji , ada yg berumput dan ada juga tandus tanpa pokok .
Tiba sahaja kami di Leh Ladakh , kami disambut oleh Sidan selaku penganjur yang telah lama berada dia bandar Leh . Kami terus dia bawa ke rumah tumpangan Puma house untuk berehat dan suaikan diri dengan high altitude untuk mengelakkan kami terkena AMS ( acute mountain sickness) . Setelah cukup rehat kami dibawa menyertai majlis meraikan hari jadi pejuang tanah air mereka dan melihat sekitar bandar Leh.
Hari ke-2 kami di Leh mulalah pengembaran kami di banjaran Himalaya , untuk hati pertama ride ini hanya kami berempat dan dibantu oleh Anip untuk ke Taglang La Pass ( second Highest  Pass) tapi Pass ni dok gaduh gan Changla Pass untuk kedudukan no 2 tertinggi , yang mana no2 pon entah lah . Kami diberi peluang untuk pandu uji motosikal jenis royal enfield dari 350cc , 411cc Himalaya hingga la 500cc bullet .Maka bermulalah ride Himalaya kami , diliring bukit yang berais dan pemandangan yang sangat indah , sampai sahaja dipuncak kami pekena meggi dan secawan teh , selesai sahaja bergambar kami terus turun semuala , kami tidak boleh berada dipuncak bergitu lama kerana kadar oksigen sangat la sedikit di ketinggian 17688 kaki dari paras laut . Sampai saja kami di Puma house kami bertemu gan group besar yang baru sahaja tiba di Leh untuk memulakan pengembaran hari esok .
Ke esokkan harinya bermula ride Himalaya kami bersama group besar dari Leh ke Nurba valley sejauh 160km . Nampak macam singkat je jarak tu , tapi nak melepasinya pelbagai cabaran yang harus diharungi , terutamanya kami bakal merentasi The highest motorable road in the world ( Khardung la Pass ) berketinggian 17582 kaki dari paras laut . Pemandangan tidak jauh berbeza dengan jalan yang kami tempuhi semalam , dimana kami melalui pergunungan berais , merentasi anak sungai dan jalan berbatu kasar di sepanjang jalan . Tetapi ianya cukup memukau mata kami, segala cabaran terus kami lalui sehingga kami sampi ke Nubra Valley . Disini suatu suasa yang jauh berbeza dari yang kami lalui sebelum ini , dimana terdapat padang pasir yang cukup luas tersembunyi disebalik pergunungan . Disini juga terdapat unta berbonggol 2 , kami tidak melepaskan peluang untung menunggangnya . Kami dikenakan bayaran sebanyak 300INR untuk 15mint .

Hari ke-3 kami bermula dari Nubra Valley ke Pangong Lake ( tempat pengambaran cerita 3 idiots) sejauh 274km. Perjalanan kami semakin mencabar , kami terpaksa merentasi aliran sungai yang melimpah atas jalan , harus airnya juga agak kuat sehingga terpaksa menerima bantuan jentera berat untuk membolehkan kami lalu jalan tersebut dengan selamat , aliran anak sungai ini terbentuk dari cairan ais dipuncak bukit berikutan cuaca yang mula panas atas perubahan musim . Disini mula kelihatan bumi menghijau , kami dapat melihat pelbagai hidupan liar disepanjang jalan , ianya cukup memukau sehingga kami sampi di  Pangong Lake.
kami sempat berjalan2 di persisir tasik dan bergambar dibeberapa tempat menarik , ada diantara kami menunggang Yak dan kuda. Masa yang kami ada tidak la terlalu lame disebabkan tempuh perjalanan kami hari ini agak lame disebabkan keadaan jalan yang cukup mencabar. Dimalam hari kami sempat meluangkan masa bergambar bersama Milky Way , bukan mudah rupanya untuk dapatkan gambar Milky Way ini dengan cuaca yang cukup sejuk kami tidak boleh bergerak selama 20saat semasa bergambar untuk dapatkan gambar yang berkualiti .

Hari ke-4 perjalanan kami dari Pangong Lake ke Leh sejauh 225km, dalam perjalanan ini kami merentasi Changla Pass ( jalan ke-2 tertinggi yang bergaduh gan no 2 yang tadi ) setinggi 17688 kaki dari paras laut .

Hari ke-5 kami meneruskan perjalanan dari Leh ke Kargi sejauh 210km . Kargi merupakan perkampungan yang majoriti penduduknya beragama Islam , agak menarik perkampungan ini , penduduknya juga ramai yang cantik, dan menutup aurat dengan sempurna . Dalam perjalanan ini kami melalui magnetik hill , tp kami tidak dapat test kuasa magnetik tersebut kerana tanda diatas jalan tidak kelihatan lagi . Kami bermalam di hotel yang betul2 ditebing sungai , bunyi aliran sungai dan suasa hutan yang masih terjaga cukup selesa .

Hari ke-6 merupakan hari yang betul2 aku nantikan , dimana perjalanan kami menuju ke Kashmir sejauh 201km . Tetapi ianya tidak la mudah , kami terpaksa melalui Zojila Pass jalan lering bukit yang cukup curam , jika salah sedikit kami mungkin mati jatuh ke gaung , laluan ini agak sesak dengan kenderaan berat kami terpaksa mencelah2 untuk melepasi laluan ini , tetapi kesusahan ini semua terbalas dengan susasana Kashmir yang cukup memukau . Sayangnya kami tidak dapat berhenti bergambar ditepi jalan , kerana disepanjang jalan dijaga oleh askar , kami tidak dibenarkan berhenti untuk bergambar . Perjalanan diteruskan hingga ke pekan Srinagar . Di Srinagar kami bermalam di Houseboat di atas tasik Dal , agak menarik Houseboat disini , luarannya nampak biasa sahaja , tetapi didalam cukup istimewa . Kami bermalam selama 2 malam di Houseboat ini , tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan sepanjang di Kashmir , kerana keadaan agak tegang .

2 hari berikutnya kami terbang ke Delhi dari Srinagar , cukup ketat kawalan di AirPort Srinagar , sehingga 5 x pemeriksaan bagasi sebelum masuk ke pesawat , 1 pengalaman yang baru bagi saya sepanjang pengalaman merentasi sempadan

Setibanya kami di Delhi kami mendapatkan rehat yang cukup untuk perjalanan menuju ke Agra sejauh 233km di mana terletaknya Taj Mahal
Keesoknya kesemua rakan2 pulang ke tanah air , tinggal aku seorang yang memilih untuk berehat 1 hari lagi di Delhi




Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...