Rabu, 3 Julai 2019

Simpan Sat

*bukan  dari aku tulisan ni.

Mana datang dalil Allah larang Isytihar harta ni.. Kononnya ada larangan menunjukkan harta sebab akan timbulkan kedengkian.. Larangan mununjuk nunjuk itu dalam perkara riya'.. sebab perkataa riya' itu sendiri berakar kata dari perkataan raâ ( راءى) yang bermakna memperlihatkan...

Jangan kata bab harta.. Riya, takabbur ini.. pada sudut pakaian hatta Ibadah pun kita dilarang memperlihatkan kepada orang lain jika ianya boleh mengundang rasa megah dan besar diri..

lepas tu katanya takut kepada ancaman..walhal tugas kita memelihara harta itu adalah dalam tujuan Maqasid " Dharuriyah al-Khams".. termasuk lah memelihara harta" Hifz Al mal"..itu melibatkan menjaga harta kita dari rampas atau diceroboh.. tidak terkait dengan pengisytiharaan harta..

berkata Imam Ghazalie tentang dharuriyyat al-khams(dharuriyat yang lima)..

هُوَ أَنْ يَحْفَظَ عَلَيْهِمْ دِينَهُمْ وَنَفْسَهُمْ وَعَقْلَهُمْ وَنَسْلَهُمْ وَمَالَهُمْ..

iaitu Memelihara mereka berkenaan dengan Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta.

Takkan lah Tuan Ibrahim begitu Naif memahami hadis Nabi.. dulu Tuan Ibrahim pernah menafsirkan fitnah di dalam hadis menyentuh huru hara dengan lafaz

" لَا تَقْرُبُوا الْفِتْنَةَ إِذَا حَمِيَتْ.."

“Jangan kamu mendekati fitnah (kekacauan) apabila ia sedang bergolak "

Tuan Ibrahim kaitkan dengan fitnah Sarawak report supaya PAS berdiam diri.. sedangkan fitnah di dalam hadis itu membawa maksud Ujian, Huru hara seumpama peperangan.. sudah lah petik hadis Dhaif.. depa tafsir salah pulak...

Sebelum pada ni aku pernah tegur salah Tafsir maksud Wizarah tanfiz dan wizarah Tafwidh dalam Kitab Al-Ahkam Al Sulthaniyah..

agaknya sebab tu depa ni takut untuk berdebat.. bukan pasal apa, takut salah tafsir Quran, hadis dan Fiqh Islam dijawab Wanji.. depa Ulama PAS ni, depan budak budak walaun, Pak aji,Mak Aji boleh lah berbohong.. Sampai kata nak masuk syurga kena ada nombor ahli PAS....Sebut Babi ngan Anjing pun puak depa Takbir..

Nak tolak usul Isytihar harta tolak jer lah.. jangan pergunakan nama Allah dan Rasul.. korang ni betul betul berbohong atas nama agama. Sebelum ni Nik Abduh pernah kata, Allah arahkan PAS bersama Pakatan ke Putrajaya.. UMNO tu musuh Allah... hari ini UMNO dan jadi kekasih Allah bila jadi kekasih haji Hadi..

Ahli parlimen ni kedudukan dia, sebagaimana Syarikat disenarai awam, bila syarikat disenarai awam..segala laporan kewangan tahunan mesti didedahkan kepada awam, mesti di Audit.. ini orang panggil accountability, Intergiti.. maksudnya ada pemilik saham, Ahli parlimen, rakyat adslah pemilik saham.. kalau pamer harta mcm scammer Vida ngan Alif Syukri tu baru orang panggil riya'...

Ini yang Sheikh ramadhan Al Bhuti kata, Kelompok Islamiyyin yang menggunakan dalil agama, hukum Syariah sebagai alat mencapai cita cita politik depa..Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..

يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.

Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik.."

Yang betulnya.. Depa ni takut isytihar harta bukan pasai apa, sebab takut penyokong depa tahu Ulama depa kaya.. yang depa tunjuk kan pada walaaun sebagai contoh rumah kayu, kononnya beranai anai milik Presiden PAS.. sebab Ulama depa tak tunjukkan rumah bini kedua..elaun dan pencen bulanan yang depa terima , Jumlah kereta mewah depa ada dan berapa mewah harga nombor plat kereta depa..

Kalau tahu harga nombor plat depa, lagi mahal dari harga rumah kos rendah.. dari beli Plat nombor kereta.. baik lah pergi sembur anai anai.. ganti papan lantai.. buat apa nak berlakon miskin tipu penyokong sendiri.. jadi faham tak ?

Ini yang depa takut sebenarnya.. :)

Sumber WhatsApp Ipohmali

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...