Ahad, 28 Julai 2019

Cinta Kamu 24/7

Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua.. semuga Redha dan Rahmat Allah atas semua rakan2 dan saudara mara.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia pesuruhNya serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami, dosa ahli keluarga kami, dosa rakan2 kami, dosa jiran2 kami, dosa guru2 kami dan dosa2 kaum muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup atau yang telah neninggal dunia.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga Mu bersama iman.

Ya Allah, akhirilah usia kami dengan kesudahan yang baik dan jangan Engkau akhiri usia kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah, janganlah engkau pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahi lah kami rahmat Mu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dan ahli keluarga kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Peliharalah kami dari azab neraka.

Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami sebagaimana orang yang Engkau beri petunjuk.

Berikanlah kesihatan kepada kami dan ahli keluarga kami sebagaimana orang yang Engkau telah beri kesihatan.

Dan peliharalah kami sepertimana orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan kepada kami dalam setiap perkara yang Engkau berikan.

Ya Allah Murahkanlah rezeki kami dan ahli keluarga kami. Dan kuatkanlah kami untuk menginfaqkan rezeki yang Engkau kurniakan ke jalan yang Engkau Redhai.

Ya Allah jadikanlah kami dan anak2 kami anak yang soleh dan soleha. Anak yang dapat berbakti kepada kedua orang tuanya, keluarga, bangsa dan agama.

Ya Allah jauhkanlah dan lindungi kami eerta ahli keluarga kami dari ganguan Syaitan, bahaya  dan musibah yang telah Engkau tentukan.

Ya Allah berkhahi dan redhailah kehidupan kami dan ahli keluarga kami

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau tetapkan.

Aku memohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepadaMu.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...