Jumaat, 3 Mei 2019

Nasi Lemak Sambal Bilis


Resepi sambal ikan bilis

Bahan2
Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Ikan bilis
Minyak masak
Pes asam jawa
2 biji Bawang besar dipotong nipis
Garam
Gula
Serbuk secukup rasa/pak aji

Cara2
1. Sediakan kuali
2. Panaskan dlm 2 senduk minyak masak.
3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Angkat & toskan.
4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah)
Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
6. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2.
7. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing.
8. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
9. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.
Selamat mencuba.

Resepi nasi lemak

Beras
1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
Garam secukup rasa
Daun pandan
Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)

Cara2:
Cuci beras bersih2.
Masukkan santan mengikut sukatan beras yg nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ader yg jenis kene lebih air. Ader jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.
Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.
Pastu sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dlm beras bila sukat paras air)
Masukkan garam. Kacau rata.
Daun pandan dicuci. Carik2 kan. Ikat.
Masukkan dlm periuk nasi.
Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kdg2 bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecik2 kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.

Tiada ulasan:

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...