Rabu, 15 Mei 2019

Salam 10 Ramadhan

TUHAN TIDAK BERJISIM

Ustaz-ustaz kita ni sebahagiannya memang melampau dalam menyesatkan orang lain. Asal tidak sama sahaja dalam pendapat tentang sesuatu perkara, terus dihukum dengan hukum yang tidak sepatutnya.

Antaranya isu Tuhan Tidak Berjisim. Sepanjang saya berceramah dan menyampaikan kuliah dalam negara, saya tidak pernah menemui wujudnya pegangan di kalangan muslim di Malaysia bahawa Tuhan itu berjisim. Jadi, kenapa perkara ini timbul dan diperbesarkan?

Antara sebab utama ialah ustaz terbabit sebenarnya tidak faham pun apa sebenarnya JISIM. Ia adalah salah satu tajuk dalam fizik. Walaupun ia juga satu tajuk dalam aqidah berkaitan sifat mustahil bagi Allah. Dalam alam ini, makhluk Allah ada yg berjisim dan ada yang tidak berjisim. Mana-mana makhluk yang bukan pepejal, bukan cecair dan bukan gas maka ia mungkin tidak berjisim seperti cahaya, bunyi, haba dan sebagainya. Oleh itu, jika kita mengatakan Tuhan Tidak Berjisim adakah bermakna Allah sama dgn cahaya atau bunyi? Tentu tidak sekali2.

Ustaz-ustaz tersebut sebilangannya hanya celup sahaja, tetapi angkuh ingin bercakap tentang Sifat Allah SWT kemudian dengan beraninya menyesatkan orang lain. Cuba masukkan ustaz ini dalam Conference on Neurology yg dihadiri oleh pakar-pakar yg membincangkan tajuk Molecular Neurodegeneration, dia faham atau tidak? Masukkan ustaz ini dalam Conference on Biology dan berbahas bersama pakar-pakar tentang tajuk Cell Biology, boleh?

Jadi, jika sekiranya, tajuk-tajuk di atas dunia pun kita tidak mampu menguasainya, malah tidak mampu bercakap tentangnya, kenapa kita dengan sebegitu berani bercakap seolah-olah kita mengetahui secara terperinci dgn penuh yakin Sifat2 Allah SWT?

Kita mempunyai 3 mazhab yg muktabar dalam isu seperti ini, Mazhab Tafwidh, Mazhab Ithbat dan Mazhab Ta'wil, jika kita berada di dalam salah satu daripadanya, hormatilah pendirian dan pendapat ulama lain yg berada dalam 2 mazhab yg berbeza.

1. Mazhab Tafwidh - tidak memberi sebarang makna, tidak mentafsir, berdiam diri dan menyerahkannya kepada Allah SWT.

2. Mazhab Ithbat - mengekalkan lafaz pada makna zahir dan menyerahkan ilmu tentang itu kepada Allah SWT.

3. Mazhab Takwil - memberikan makna lain kepada ayat-ayat Sifat sesuai dgn keagungan dan kebesaran Allah.

Malah ada ulama yg berpegang kpd Tafwidh tetapi hampir kpd Ithbat. Ada juga berpegang kpd Tafwid tetapi hampir kepada takwil dan begitulah seterusnya. Oleh itu, sebaik-baiknya, kita berpegang sahaja dgn pendapat mana-mana daripada 3 mazhab tersebut dgn menghormati 2 mazhab yg lain.

Banyakkan lah berdiam diri dalam perkara seperti ini adalah lebih baik daripada TERLALU BERANI bercakap, seolah-olah kita sangat mengerti akan ayat2 sifat.

Kepada ustaz-ustaz, belajarlah tentang sempadan dalam ilmu, supaya anda tidak terbabas ke dalam gaung yg berbahaya.

Ust Ahmad Jailani Abd Ghani

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...