Dari town naik bas merah panjang yang sambung 2. Untuk makluman aku menginap di Jalan Ferdowsi. Dari hotel jalan ke Railway Road belah matahari jatuh, belah matahari naik adalalah Tabriz Bazaar. Beli tiket dr jurutiket di hentian. 5000IR(7kupang). Dia akan bg kad dan tag kemudian kita bg balik kad. Hampir semua Iranian ada kad mcm TnG, pada sekian2 harga kita boleh beli kad.
Di hentian tanya ke Railway Station nnt konduktor akan guide. Dlm bas jgn malu utk tanya org. Aku biasa guna google translate, jika nak tanya macam2 lagi sepanjang aku travel ni.
Sampai di hentian last Railway Station turun dan jalan ke simpang ambil kiri. Di jalanan kita akan di sapa oleh teksi untuk bawa kita terus ke Kandovan. Ada driver offer harga 600000IR(78RM). Aku bulat tekad buat tak layam dan jalan terus ke minibas meka Mercedes, yang aku dah nampak dlm 1 tiang letrik. Alhamdulillah Harga 15000IR(2RM).
Naik minibas ke OSKU. Osku adalah pekan terakhir sebelum Kandovan, aku tgk dari google map.
Ni lah rupa minibas Mercedes. Minibas ni mmg rata Iran ada, dah tengok dari Bandar Abbas sampai sini.
Ni savior kami nama Farhad. Aku tegur dia dalam bas. "Me Melesei, me Muselmen". Dia yang bawa kami ke minibas.
Sesampai di Osku, bas berhenti di stesen teksi.
Kami terus ambil teksi ke Kandovan, sepanjang jalan ke Kandovan disajikan permandangan indah. Kita boleh nampak salji putih di atas gunung. Jarak di antara Osku dengan Kandovan lebih kurang 29KM. Harga teksi 160000IR (21.33RM).
Dipintu masuk kita akan dicaj lagi 40000IR(5.33RM) untuk sebuah kereta kira macam tiket masuklah.
Sebelum sampai ke Kandovan ada satu kawasan gua di mana musim sejuk di gunakan oleh penduduk/pengunjung untuk berlindung
Sesampai di Kandovan cuaca nyaman ya lah sinikan kawasan gunung. Empa buleh layan gambaq2 dari google utk lebih details. Aku cuma guna camera hp sahaja.
Sesampai aku bayar teksi dan. Kami spend masa hampir 3 jam di Kandovan. Jumpa kawan baru nama Hadi dan Said. Depa 2 orang dari Maragheh, bandar sebelum Tabriz maw kita dari Tehran. Depa 2 dok masak dan pelawa kami untuk makan sama depa. Boleh tahan sedap Nan dan Omelete.
Perjalanan balik rupanya teksi yang bawa kami mai masih menunggu kami. Kami balik dengan teksi dan dihantar hingga ke Sahand yang merupakan pekan utama bagi Osku. Pada harga 210000(28RM).
Kami berhenti di simpang antara Osku dan Sahand. Ada hentian bas. Alhamdulilah kami tidak dikenakan sebarang bayaran oleh driver bas. Bas henti2 seperti Rapid Bas di KL. Hingga ke hentian terakhir di Railway Station. Kami sekali lagi menaiki bas merah pada awal pagi untuk ke sini. Juga tidak dikenakan sebarang bayaran.
Jadinya jumlah kehilangan cuma 470000IR(RM62.00) sahaja untuk pergi dan balik ke Kandovan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan