Alhamdulillah tahun ke 6 menunjuk muka. Tahun ni tanpa kehadiran Jinx, Ghani, kadiaq, Sidi, Iqbal,Kid Cher, John Pablo, John Aqilz, John Dien Dalik, Mael, Echam Kg. Baru. Tapi ada 40 lg kaki Kapcai Touring keras keng. Gee Kok Klang Clan, Che Nuih Nasi Maduri, Man Wiring Shah Alam, JabMyHC, Alip Mimi 4 Ever, Bang Jan Tanjung, Bang Shah Sg. Ara, Arip Katong MC, Lebai Doi Katong MC, Che Berahim Guar Nangka, Emy Route 8 Gua Musang, Zam Motor Slow, Part Side Design, Che Lan Jamaludin, Sun Blue, Awe DBW, Maharis & Wife, Along Desa Pandan, Xifu San, Wak Madi, Fadhil X1R & Wife, Jemer Kribu, Awy Laxamana, Am Dabel Disc Telok Jamat, Hazim X5, Anuar, Maliki, Alip Pozi, dan sekawanan Malaylakap Team. Wan Anchik dan sekawan set Movistar. Chef FZ4T, Aizu Alselanjuri FZ4T, dan Mat Legend FZ4T. Kata Uzainy Nak Jadi Legend kena perform, contoh perform macam Mat Legend p diam2 buat 5 nation masa kita baru dok kira2 nak p Phuket. Maharis dengan wife ride deret dari KL - Route 12 - Pattaya, contoh lagi FZ4T ride deret dr KL - Pattaya, contoh lagi level ataih lagi Alfie n wife, Kak Nita ku sayang, Aimpro & Ayah Acik yang sampai border Arab Saudi, Bedoq, Geng G Mekoh Nga Muto. Tu nama2 yang aku kenai lah. Yang aku tak kenai ramai lagi. Tapi banyak yang legend ni depa tak suka orang bg gelaran tu kat depa. Yang tu pn kena respek juga. Kena respek sebab depa takmaw orang respek depa.
Tapi macam Kita semua dok selalu jumpa ramai yang ranggi town dalam media sosial dan dok buat terok2 walau ride tak Terra mana. Yang lagutu pun Kita kena respek sebab depa buleh buat tapi Kita tak buleh. Pendek kata Kita sama manusia kena saling Respek walau sapa pun Kita.
Nak pesan lagi kita jangan jadi macam pemimpin PH yang tak taw lagu mana nak Respek orang. Walau Ada Ilmu tinggi tapi bab nak hormat takdak. Pastu ni terpaksa kalah di PRK Pula. Depa macam tak belajaq dengan Jibby n de geng. Jibby walau ramai benci tapi dia mesantuni anak muda. Dia join group anak muda. Pastu Kita sendiri jadi nak dok kesian belas pula kat dia. Jadi tak marah dah macam sebelum PRU14 dulu. Hari2 dok tunggu kelaku apa lagi dia nak buat .Tapi sebahagian diri aku meluat pula bila dah semua orang pun dok bossku2 bagai. Sampai kedai merata boh nama bossku2 juga. Takdak Idea lain. Ok sampai mana dah kita.
Nak cerita bab Pattaya Bike Week 2019. Tawn ni antara display art Yang paling ganas aku pernah tengok di Pattaya Bike Week. Paling ganas depa buat replica Jerung setinggi bangunan rumah kedai 3 tingkat selebar 4 rumah kedai lebih kurang. Jerung Tu Pula park atas 3 bongkah tiang kayu sebesaq pemeluk. Buat pula belah Gypsy Camp. Memang bagi seni visual Yang amat sempoi. Di tambah Pula harum semerbak Kari sepanjang 3 Hari menambah unsur2 keberahian.
Tawn ni ikut kata Atan Loq Laq selaku laison officer Geng Kita Ada 600 booth. Dan bahagi pula kepada segmen2 kecik.
Stage konsert Ada 6. Stage coyote menari atas kereta tak terbilang.
Untuk mengambarkan keberahian pemain motorsikal di Pattaya Bike Week adalah sesuatu yang absurd. Ada yang terlalu suka. Ada yang sampai pening2 untuk menilai keseronokan permainan. Pasai Ada banyak side2 event. Custom motor, custom kereta, lambakan geng motor 2T Siam. Lambakan geng 4T Siam. Lambakan motor Chopper. Lambakan dinosour. Lambakan motor stunt. Dengan kawanan kuda. Dengan lambakan kelaku manusia yang menagih perhatian manusia lain. Jadi kesimpulan dia keseronokan berlambak-lambak juga lah.
Selain dari tu muka2 baru dari Malaysia ramai yang kelihatan. Aku harap dari kalangan muka2 baru Yang mai Kali ni Ada lah organizer event. Semoga depa buleh bawa balik ilmu event Pattaya Bike Week. Dan buat event besaq ala2 lagutu sesuai dengan iklim di Malaysia.
Sabtu, 2 Mac 2019
PATTAYA BIKE WEEK 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dosa
Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan