Ahad, 5 Mac 2017

Hari 3 Tour Siam Lau X Pattaya Bike Week 2017

Subuh tadi baru sampai di Khao Kho Petchabun.
Sesampai di Tapak Camping grup 3 Insan, Rejab, Add, dan Paklong telah bersiap. Aku dan Syahrul buat keputusan untuk bermalam di sini. Tak sanggup untuk meninggalkan tempat yang indah begini.
Hendak dibandingkan tempat kita mungkin setanding Cameroon Highland tetapi macam yang kita pernah bincang. Siam ni depa pandai ekploitasi tempat. Teres bukit di tanam rumput karpet dan di pacak khemah, pada sekian harga akan dapat pengalaman bermalam di ladang strawberi. Best pukul 2 ptg pn sejook lg. Baru gaya berangan lena. Insan kejut aku, katanya depa nak bermalam lagi di Ladang Strawberinim Menunggu John Pablo, Along Desa Pandan, Alip Kaizer, Echam Kg. Baru, dan Awe DBW yang keluar dari Laos. Puak tu dah puas bermain dari Thousand Corner, Golden Triangle, sempadan China, Udom Sai, Luang Namtha, Luang Prabang dan keluar di Vientiene border siam Nong Khai.

Tiada ulasan:

Pink Heart

BALAS DENDAM Hari ini Tiga pahlawan Malaya Membalas dendam di dada Akan angkara durjana Tentera Matahari Terbit dalam Perang Dunia Ke...