Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat dan tabiin yang bertaqwa.
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun 1438H ini, saya bagi pihak keluarga besar PEKETUM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pada hari ini, 1438 tahun yang lalu lahirlah seorang insan yang bernama Muhammad ke muka bumi ini. Muhammad yang bermaksud ‘yang terpuji’ hadir di muka bumi ini membawa rahmat ke seluruh alam.
Seperti yang kita sedia maklum, risalah yang dibawa Muhammad s.a.w bukan sahaja bersifat kerohanian tetapi juga mencakupi segala aspek kehidupan. Baginda berjuang menentang penindasan dan kezaliman serta membela golongan mustadhafin (golongan yang lemah). Baginda juga merupakan seorang pemimpin negara yang senantiasa menegakkan keadilan serta memastikan kesejahteraan buat setiap warga.
Perjuangan panjang Muhammad s.a.w dipenuhi pelbagai cabaran yang menuntut pelbagai pengorbanan. Namun begitu, baginda menghadapi semua itu dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.
Sesungguhnya umat Islam masakini berdepan dengan cabaran yang makin getir. Di Malaysia, akibat rasuah dan penyelewengan pemerintah, rakyat tertindas dan dizalimi.
Oleh itu, sebagai umat Muhammad menjadi tanggungjawab kita menegakkan keadilan serta menentang kezaliman sepertimana risalah yang dibawa oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w
Risalah yang menjanjikan rahmat dan kesejahteraan buat seluruh alam.
Salam Maulidur Rasul.
MUHAMAD ADUHA BIN ROSLI
PERSAUDARAAN KAPCAI RIDER TOURING SEMALAYSIA
KATONG MC
PEKETUM
12 Rabiul Awwal 1438
12 Disember 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan