Ahad, 11 Disember 2016

KRABI BIK WEEK 2017

Takpernah lagi dalam seumur hidup aku. Tukaran duit cecah 7.96Baht bersamaan 10Ringgit Malaysia. Itu tukaran pada hari aku menulis entri ni. Memang sungguh tak logik apa yang menteri dok debin2 kata ekonomi kita ok, ekonomi kita di landasan yang betul, akal orang pintar mana pun taktaw.
Harga sepinggan nasi dengan sejenis lauk padpet ayam yang dulu cuma RM4 tapi dah jadi RM7 di Dannok.
Hari tukar duit di Kedai 555 simpang Changloon-Pauh aku jadi mata merah geram. Biasalah kita kan kastemer, dan sebagai kastemer is olwes rong. Aku tukaq untuk 10000Baht dan makcik muka opera cina tu bg harga RM1256.30. Aku dengan muka maneh minta lah diskaun 3kupang. Makcik muka opera cina tu buleh kata "takdak duit jangan pi melancong".
Teruih potong mood aku. Tapi tu cerita harini 10 Disember 2016.
Yang sebenaq aku nak cerita adalah Ride Anniversari 7 tahun Peketum Pi Krabi 2016.
Kali ni tak ramai komrad yang turun, aku yakin semua pun tengah down, dah lah nak jalan Pattaya lagi tak sampai 50hari. Takpa dah bincang dengan 1st eleven kedatangan tak ambik masok rekod kali ni.
Yang straight tak pernah miss Annual Ride Krabi tinggal aku,Fadel Rahman, Jab MYHC, Alip dan Isteri. Yang lain hilang.Pyan miss 1 yang lain miss kali ni.

Beberapa muka baru tunjuk muka kali ni Emir ZMS dgn 3 lagi rider Ipoh. Abang Azlan Latiff dgn Mem pillion moto kriss dari Klang, KC (Kembara Classic) dgn anak naik C70 juga dari Klang. Dan yang lain2 Geng FZ4T yang dikepalai Abang Zamri, Mjidin, Mahadi dan beberapa lagi boleh tahan ramai 10bilik deps saja.
Apa yang telah lama best dan maseh best setiap kali masok siam pada pengembara macam kami adalah perihal perkara-perkara yang di temui sepanjang perjalanan. Aku takkan cerita semua tu sebab empa kena alami. Bila empa alami baru empa semua pun akan paham. 
Bab duit Malaysia murah, isu2 keselamatan, takut nak bagitau bini nak keluar jalan dengan kawan pi siam tu bukan isu utama. Isu utama adalah empa cukup berani dak untuk perkara baru dalam hidup empa?.
Seperti tahun2 yang lalu, pilihan penginapan masih di Krabi Town. Untuk yang berminat menginap Aonang di persilakan. Tetapi selepas kena 420baht untuk 6 gelas air panas dan 4 keping roti canai. Aku tobart lahom dah nak menginap di Aonang. 
Bila berjalan tempat orang aku harap empa ikut taktik kami. Kami memang jenis save duit bab makan. Nak makan mahal2 lagi rela makan di rumah dengan keluarga. Iyalah kita dah keluaq berjalan tinggal depa cukuplah makan buat alas perut. Lagipula kita nak jalan jauh lagi save 100baht harini untuk perjalanan esok hari. Macam kita bincang dulu. Ride mai Laut Andaman ni macam masuk kelas Touring. Ahli persatuan buleh kata semua mula ride sini sebelum pi jauh lagi
Abang Azlan Latif dan Mem ride sampai Phuket hari 2nd. Cuma dengan Kriss 110. Dah lah dari Klang berdua pulak tu. Memang padu. 
Di Krabi port makan murah adalah dalam merket buah depan City Hotel. Empa cari dalam google map yakin jumpa tempat tu. Nasi lauk, nasi kuning, pulut ayam, buah2 segar, bunga ros hidup habuan bagi merka dan sebagainya pada harga yang sungguh demokrasi.
Baik wik Krabi memang dah tanam dari dulu mai bukan event yang best pun. Sebab tak best yang utama sekali organizer geng superbike. Baik wik nak best kena geng chopper yang organize tu aku belajaqlah. Lagipula raja depa baru mati memang jangan haraplah nak best. Tapi cukup lah bayaq hutang tiap2 tahun jalan bulan 11.
Setahun 365hari. 11hari Overland + Bundle Aranyapratyet + Pattaya Baik Wik bulan februari, 4hari Phuket bulan april, dan 3 hari Krabi bulan 11. Cukup dak kami pinjam 18hari empa untuk ride dengan kami dalam setahun?. 
Disaat empa baca artikel ni Allah Setuju kami dalam perjalanan menuju Pattaya Bike Week 20th Peace One World 2017.
Kudos,Tulos,Mulos
MadDuha 
PEKETUM MC MALAYSIA



1 ulasan:

khairul berkata...

Terbaikkkkkk bang mad..mulanya di sini..krabi baik wik sblom pi jauh lg..peace brada

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...