Jumaat, 17 April 2015

DARI PASIR GUDANG KE CAMBODIA #angkatan1jari

Kehadapan Sahabat  yang aku rindui.
Selamat petang pada kamu.(Ku ucap selamat petang kerana aku agak kamu sudah pulang dari bertugas hakiki ketika membaca suratku ini)
Apa khabar kamu ? Bagaimana pekerjaan mu? Sudah siapkah projek tanaman 500 pokok rockmelon yang kamu ceritakan padaku dulu. Juga apakah telah mendapat setting terbaik pada mesin mu? Adakah masih memakai blok 62mm dan jet rod 5mm lagi. Mesin aku maseh dengan blok 53mm beserta cam siam, spring valve resin cms, carb V1 talaan BMRS tempoh hari. Memang pistonnya kecil tidak seperti piston kamu sebesar penumbok itu, tetapi ia tetap rajin bekerja..Hahahahahaha.
Saat surat ini ditulis hampir 44 hari sejak aku dan rakan-rakan lain pulang dari Epik Ride 5588KM - PASIR GUDANG- BUKIT KAYU HITAM – PATTAYA - CAMBODIA. Tentu kamu tertanya-tanya ke mana aku menghilang selama ini. Untuk makluman kamu aku sedikit sibuk dengan urusan keluarga dan juga mengatur acara Annual Ride #6 Phuket 2015 yang akan tiba beberapa hari lagi. Itu akan aku ceritakan pada surat yang akan datang jika ada kesempatan.
Selepas kamu pulang awal dari Pattaya tempohari, kerana anakmu sakit (bagaimana dia,Doa telah sembuh) aku dan 22 lagi sahabat kita yang lain telah terus ke Trat, sempadan Thailand - Cambodia. Kejap aku ingatkan nama-nama mereka yang bersama aku Veron KatongMC, Insan Nul Kamil, Karok Maneh, Asrul Azuan Wave Tozen Kona Minyak Injin Lori , Zam MS Taman Permata, Along Desa Pandan, Shahril Salleh Sado, Wan Coe BP, Safwan love Heti Gombak, Saad Pendang, Jahed Billabong, Pozi Tandop , Duih Restu Ibu, Mael Siput Permata Biru, John Pablo Budak Ipoh Rare, Rejab Tepen Mee Udang, Fudeye Tenang, Fiezul Super Waver JB, Reduan Shah Alam, Alif PJR dan juga Asrol Muhamad Ipoh.
Dari Pattaya kami sampai ke Trat sekitar jam 3.00 pagi. Kerna hari masih awal dan sudah terlalu lewat merugi duit baht menyewa hotel aku putuskan untuk bermalam di sebuah stesen minyak Shell. Sejuk tetapi aku tidak dapat tidur nyenyak, sedikit nyamuk asyik menjarom kaki aku yang pejal, sesedar menampar. Azan subuh sekitar 5.00 pagi waktu siam kami semua terjaga, bersiap dan solat. Terus kami bergerak ke sempadan. Sampai di sempadan kami bersantai di stesen PTT sarapan dan menunggu yang lain. Rupanya tidak semua yang bersama aku tidur di stesen minyak awal tadi. Insan dan Maneh Karok awal lagi terlekat di motel kerna Karok ada penyakit 3 serangkai jadi perlu tidur awal.
Sekitar jam siam pukul 9.00 pagi kami telah berada di sempadan bergambar sambil menunggu yang lain. Ok ini aku mahu ceritakan pada kamu. Urusan keluar sempadan adalah seperti biasa seperti di Bukit Kayu Hitam. Aku dan yang lain telah berjaya sampai ke Touring Kingdom ke 11. Tentu kamu tertanya kenapa aku katakan di situ Touring Kingdom. Kami semua telah sepakat untuk menamakan setiap No Man Land iaitu titik sempadan diantara 2 negara sebagai Touring Kingdom yang akan jadi milik kita selamanya. Urusan masuk ke cambodia kita akan dikenakan 50baht untuk tulis V.O.A selepas itu perlu mendapat pemeriksaan doktor dengan alat serupa pistol bewarna putih dengan bayaran 50 baht. Usai urusan cop imigresen. Terdapat pegawai imigresen yang menunggu di pintu perlu membayar lagi 100baht dan 20 baht kepada penjaga pintu untuk masuk. Semua urusan telah aku fahami dan aku mengutip dari setiap sahabat-sahabat kita yang lain untuk memudah kerja. Sekitar pukul 10.00 pagi hampir semua telah berada di Touring Kingdom. Kecuali Insan,Maneh Karok,Zam dan Safwan. Menunggu lama hampir 12.00 tengahari. Aku keluar semula mendapat cerita apa yang berlaku. Rupanya Skuter Maneh nama isteri dan surat kebenaran tiada kerna telah di guna di Bukit Kayu Hitam. OK ini jammed no 1. Kami membuat keputusan untuk meninggalkan motor skuter Maneh Karok di sempadan sahaja dan kami semua memasuki Cambodia. Semua yang lain ikut masuk ke Touring Kingdom. Di kala semua kawan-kawan yang lain telah berada di atas motorsikal untuk masuk. Berlaku pertukaran syif pegawai kastam. Pagawai kastam baru tidak membenarkan kami masuk. Ok ni jammed no 2. Sebelum itu aku telah membayar semua pada pegawai imigresen iaitu 2000baht untuk 20 buah motorsikal. Alasan pegawai kastam kami tidak membawa surat kebenaran dari Kedutaan Malaysia. Aku bertegang leher dan sempat berair mata sekejap dengan Si Kastam tersebut, aku minta rules secara bertulis yang tidak membenarkan kami masuk. Dan aku katakan aku juga telah membayar pada imigresen. Aku tanyakan berapa yang perlu di bayar. Dengan angkuh dia menjawab dia tidak perlukan duit kami. “OK ni haram jadah”.
Chill sat 2,3 minit aku tengok Asrol Wave, dia kata apa nak jadi nak masuk juga, sebab kami target sampai border Vietnam yang Cuma lagi 240KM. Aku katakan lagi kami student universiti dari Malaysia telah menunggang sejauh lebih 2000KM untuk sampai ke titik ini tetapi tidak di benarkan masuk adalah sesuatu yang tidak adil. Selang 2,3 minit lagi, aku tengok dia si kastam cakap apa tah dengan si kastam lain lagi, dia buat keputusan untuk membenarkan kami masuk tetapi dengan syarat setakat Koh Kong, Cambodia sahaja dan kami perlu meninggalkan Passport pada pejabat kastam. Perlu ambil pada petang ketika pulang nanti. Alang-alang dah sampai kami ikut dan teruskan masuk ke Negara Cambodia dengan 20 buah mesin kami.
Suka untuk aku bercerita panjang  kepada kamu mengenai Daerah Koh Kong. Lagipula aku pasti kamu belum sampai, pandangan pertama  aku  Ia adalah sebuah negara mundur yang konservatif, kawasan tandus kering dengan jalan bersimen kasar tidak seperti tar di kampung kita. Pemanduan pula di sebelah kanan. Koh Kong  dalam bahasa Khmer disebut : ខេត្តកោះកុង;  [kɑh Kon]) . Nama ini bermaksud "Pulau Kong ". Wilayah ini dipanggil Patchanta Khirikhet (Thai: ปัจจันต คิรี เขต ร; Thai sebutan: [pàt.tɕan.tàʔ kʰi.riːkʰèːt]) dari tahun  1855 hingga 1904.
Dari segi kedudukan geografi, Koh Kong merupakan wilayah paling selatan-barat Kemboja, Koh Kong mempunyai garis pantai yang belum dibangunkan yang panjang dan dalaman yang bergunung-ganang, hutan dan sebahagian besarnya tidak dapat dicapai yang merangkumi sebahagian daripada Pergunungan Cardamom. Terdapat  taman negara terbesar Botum Sakor dan sebahagian daripada Taman Negara Kirirom. Tarikan pelancong termasuklah kasino (kasino besar terletak betul-betul selepas pintu sempadan) dan air terjun, manakala Zon Pemprosesan Eksport dan kemudahan pelabuhan baru sedang dibangunkan untuk perdagangan.
Banyak lagi yang aku ingin ceritakan kepada kamu tetapi atas kertas yang terhad ini aku pendekkan. Selepas mengambil gambar di sekitar Koh Kong dan bersantai di sebuah stesen minyak kami pun mula beredar untuk keluar dari wilayah Cambodia. Ok jammed no 3. Baru kami tahu segalanya adalah scam. Semuanya telah diaturkan. Untuk keluar dari Cambodia jika tidak menginap kita akan dikenakan fee sebanyak 500Baht (Fee Not to Stay). Ini menambah kepelaran. Kami keluar dalam 2 kumpulan kumpulan pertama telah membayar sebanyak 500baht. Kumpulan yang mengikut aku setelah bertegang leher lagi sekali, Asrul Azuan seperti biasa akan menyapot aku lagipula bahasa inggeris aku tunggang terbalik memang takdak standard U langsung, dan seperti awal tadi aku meminta rules secara bertulis yang menyatakan di mana kami perlu membayar 500baht, terus fee dikurangkan kepada 300baht. Kerosakan total untuk mengecop passport Cambodia adalah sebanyak 520baht. Rasuah punca negara mundur. Apa khabar 1MDB. Dajei Jho Low buleh Toit Paris Hilton. Sekian.
Sampai dari sempadan ke Trat hari telah Maghrib aku dari awal telah membuat keputusan untuk bermalam di Mesjid Trat kerana subuh tadi aku mendengar azan. Mesjid terletak tersorok sedikit dari jalan besar.  Di sini kami diterima dengan senyum manis dari kejiranan Mesjid Trat. Terdapat kedai makan disebelah mesjid menghidang juadah enak. Jika di kira kami telah hampir 24jam tidak menjamah nasi. Ketika sedang makan aku disapa oleh seorang lelaki muslim yang fasih berbahasa melayu. Beliau menyatakan bertugas sebagai anggota polis dan berasal dari Pattani. Selepas 4,5 minit bersembang keluar ayat dari mulut beliau. “Abe2 ni gengster ke? Kalo gengster dok buleh tidur semejid nih”. Kami semua tertawa. Lantas aku menjawab kami cuma geng motor turing sahaja. Usai makan kami pun ke mesjid bersiap menunai yang wajib. Tidur dan terjaga kala subuh. Untuk makluman kamu sahabatku Mesjid Trat adalah Mesjid ke 5 yang kami singgahi untuk beriktikaf selepas Mesjid Hijau di Hatyai dan Phrachuap Khiri Khan, Mesjid Nelayan di Chonburi dan Masjid Besar Pattaya. Singgah dan iktikaf di suatu mesjid seperti suatu keseronokan baru pada jiwa. Tenaga fully recharge. Aku harap untuk kembara akan datang kamu sahabat akan bersama merasai pengalaman itu.
Usai sarapan di kedai yang sama semalam kami pun bergerak dari Trat untuk kembali ke Pattaya mengikut jadual yang disusun namun apakan daya hampir separuh jalan akal seminit kami terlihat papan tanda “Border Bazar” ,menghala ke kanan. Nah Aranyaprathet menunggu di hujung sana. Tiba di Aranyaprathet sekitar jam 5.00 petang. Ok di sini separuh jalan. ZamMS dan Asrul Azuan Wave Tozen Kona telah terputus dari kumpulan kami. Kali terakhir aku melihat mereka ketika isi minyak terakhir sebelum Aranyaprathet. Selepas dapat berhubung rupanya mesin Asrul missfunction dan mereka berdua membetul kan mesin di sebuah bengkel. Mereka sampai hotel hampir waktu Isyaq.
Buat kamu sahabatku memang benar banyak yang kamu terlepas kerana terpaksa pulang awal tetapi ini aku ada belikan sepasang  Doc Mart 8 lubang Made In England  buat kamu. Harapnya tika kita berjumpa di Phuket nanti dapatlah aku sampaikan pada kamu. Suka untuk aku ceritakan lagi, Aranyaprathet adalah sebuah pekan yang bersempadanan dengan Cambodia terletak di wilayah Sae Kao. Di seberang sana adalah Poi Pet, Cambodia. Tumpuan di sini adalah Rongkleu Market atau Friendship Market. Kawasan pasaran bebas yang di kuasai barangan terpakai dari negara maju yang keluasannya berpuluh kali-kali besar dari Nat Khlong Ngae mahupun Jom Heboh. Kami terjumpa saudagar bundle Malaysia yang terkejut melihat motorsikal EX5 Malaysia, dengan aku 3 bijik EX5 semua Plat K.  Lupa untuk aku ceritakan pada kamu. Awy Neban COE Utara terlebih dahulu sampai ke Aranyaprathet  dari Pattaya mereka berlima, bersama Am Dabel Disc, Din MBX, juga Afif Bakhtiar dan Isteri ( Ya Isteri Afif Bakhtiar membonceng dari Malaysia, Cinta itu Indah sahabat ).  Kami bermalam semalaman di border membeli belah pada siang dan bergerak ke Pattaya selepas Zohor.
Ketika kami ke Cambodia rupanya Sofyan Kg. Malaysia, Pak Long Non, Fifi COE Johor, dan Linda COE Johor telah ke Bangkok. Mereka berpoya-poya di kedai potong superbike Red Baron. Wahh ku lihat deretan Rim Sukan idaman Malaya, Enjin Superbike, Barang Spare part penoh di sana. Mungkin suatu hari nanti kita boleh aturkan. Ke Aranyaprathet kemudian ke Red Baron, Kemudian ke BaiYoke Tower owhh macam banyak cuti ja kan. Hahahahahahaha. Geng EX5 4 orang dari Penang di kepalai Amer Mashureen membantu Atan Loq Laq di tapak event, jadinya tahun ini aku tak boleh lagi buat rare dengan baju STAFF Pattaya Bike Week di event sebelah Malaysia kerana mereka juga ada. 
Setiap kali keluar kembara aku masih tidak ingat hari tetapi aku cam peristiwa, yang aku cam kami sampai ke Pattaya pada sebelah malam hari jumaat. Ini kerana segerombolan lagi rakan-rakan kita telah di raikan di tapak event Pattaya Bike Week. Ya naik stage terima cenderahati malahan banner PEKETUM juga di pamer di stage besar. Sesuatu yang kita tidak bayangkan pada 12 tahun lepas. Aku tahu kamu masih ingat pada acara Perlis Scoot Comp 2003 yang lalu. Tika itu kita masih remaja aku aturkan, dan kamu datang dengan The Punisher menang 3rd Place. Segalanya segar diingatan seperti baru semalam. Doaku agar kita akan terus istiqamah bersama demi sukan Touring yang kita cintai ini.
Akhir sekali buat kamu sahabat ,
Surat pertamaku ini seperti tidak cukup untuk aku titipkan perjalanan 10 hari 9 malam tempohari, aku mahu bercerita lebih lagi tetapi aku tidak mahu menjadi seperti stori Tour Anak Tanah Merdeka, gambar yang ciput-ciput sahaja. hahahahahahah. Fikiranku tidak perlu panjang lebar aku takut kamu semua lelah membaca tulisanku. Nanti, aku akan berkirim khabar lagi bila saja Allah Benarkan. Ya, semoga surat ini selamat sampai tidak berkubur seperti stori Hatyai Bike Week 2014. Andai surat ini tidak sampai, akan aku ketipkan saja pada merpati putih  yang biasa hinggap di pohon jambu hadapan Kedai Mak Ngah Tet Kampung Katong, sebabnya  Posmen tidak tahu di mana alamat kamu. Sahabat , aku amat merindukanmu. Apakah kamu juga merindukan aku?
Kudus, Tulus, Mulus.

MD. 36. MALAYSIA.

















































































1 ulasan:

Ra1m1 berkata...

kurang gambaq wanita... kita nak kaji perbezaan, asal usui kejadian. hehehe

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...