Selasa, 6 Januari 2015

Himponan Klasik Telok Batek 2014 #angkatan1jari

"Event Telok batek best weih, ang buleh tengok sub kalcer rider Malaysia,Fesyen depa lagumana, beza mat motor dengan mat rempit, beza mat retro dengan mat klasik, beza bespa rider dengan skinhead, mutu zaman tok nadoq merelit merelap, mutu bespa pesyen body buruk, kereta2 lama, ang tobart nganga tengok nanti". Sungguh tu ayat Djin dok pancing aku sambil dok kayak di Krabi bulan lepaih. Aku pn sebab teruja campoq takmaw alah #acilawan. Termakan vitamin kata-kata Djin tu gagah lah jugak pi. Aku roger kaki Katong MC semua serenda awai atas alasan utama depa 1% dlm Malaysia payah. Takpa no heart feeling. Lepas tu celah2 nak p tu, Rider Kuboq Panjang Saad LC contact nak follow. Oke Cantik. Rider sentral lain dah setuju nak jumpa di Telok Batek teruih, Uzainy Kapcai, Ghani Arafat, Bang Bob Kor Pengangkutan, John Aqilz Sungkai, Along Desa Pandan, Asrol Sg. Siput, Rashimy HFXCB500 vuleh vlah, Awy, Insan But Mahai, John Pablo Ipoh, Hayan Shah Alam, Amir Puchong, Alif Rossi, Rejab Taiping dan juga Neban Awy COE Utara.
Dalam 2,3 hari nak pi aku dok buat sebok set barang lebih kurang, khemah check, tshirt check, Stikers Check, kopi 3 in 1 check, bekal check. Kira semua readylah.
Tup2 petang esok nak p Hero Kecik duk batok terok, demam hup hap, nafas dada kencang, lepas megrib mem bawa p Hospital Swasta  sedut gas, eloklah sikit, pastu tengah malam jadi sekali lagi, pukul 1 pagi bawa p Hospital Kerajaan Sultanah Bahiyah Alor Setar, bagi sedut gas lagi sekali, pastu dlm 30 minit, mula2 doktor check macam ada nak lelah.
Aku redhalah apa2 pon famili 1st. Rule #1 Touring Kingdom. Lepas sejam doktor mai balik check lagi. Alhamdulilah, doktor kata tak payah admit ward, pukul 4 pagi balik rumah.
Dok gaya simpan barang mem bagi green light kata "U p Lah Telok Batek, Hero Kecik dah ok".
Aku pun contact balik dengan Saad Kuboq Panjang. Dia dah kt Gurun. Ok sakni lepas subuh jumpa.
Pukul 7 pagi hari event 20hb Disember 2014 aku pun gerak dari Utara. Sampai R&R Gurun jumpa Saad dengan sorang lagi Rider budak tempat dia, Saad dok pujuk ajak ride jugak.
Perjalanan takdak lah jauh mana cuma 4 kali isi minyak dari utara. Tapi isu dia aku bawak barang banyak, khemah, bendera besaq utopia 3 kala, batang paip pvc, jadinya tiap kali benti isi minyk dok menyanyi lah jugak. Sepanjang jalan jumpa ramai rider klasik retro. Ada yang dan kenai macam kawan lama Wan Vespa Sungai Layaq, dan ada yg kenai muka tapi takdan kenai nama. Bak kata Cikgu Amin Telaga Maih. "Dia maw rajin ride, pi event, musti berjumpa, musti dan kenai, yang tak kenai jenih dok buat kemaih depa saja". Betui aku kata kt Cikgu Amin kata...ish kut mana tak taw. Hahahahaha.
Dalam tengahari matahari tak beralih lagi. Kami pun sampai Pantai Remis. Saad bagi isyarat nak kena makan kami pun berenti lah di satu kedai lepaih Balai Bomba. Nak jadi cerita jumpa Man RXZ secara tak sengaja dulu dia main RXZ la dah Dukers 200. Lepaih kenyang makan baluit rokok dain bekai Man Dukers kami pun teruih gerak. Man Dukers keja bomba la ni di Balai Ipoh. Dia janji nk pi lepak ngan aku di Telok Batik alik menjatuh esok nohhh!!! Haram tak kelih!!!.
Sampai tapak event, p booth Kapcai dok kosong lagi mentari dah beralih, hujan gerimis mengundang. Aku pun buat kepala untuk setup booth. Talipon Djin kata on de wey, Sidi on de wey, Bang Bob dok bilik lagi, last talipon Ghani. Aku dapat taw Ghani ada hobi baru dia duk  print tshirt tak abih lagi. Jadi empa mana yang turun event lepaih ni wajib beli baju official Kapcai,Chopperrocker,Gila-Gila Raider. Sebab baju-baju tu semua ayaq tangan Ghani. Dia buat dari A sampai Z kerja design dan mencetak. Kira baju tu semua masterpiece nohhhhh!!!. 
Dalam dok setup booth nak menjoi sambil menyebar dakyah turing, rider peketum pun mula sampai lepas sorang. Last sekali lepas Isyaq Asrol Ipoh sampai dengan bahan mentah BBQ. Nak habaq kt empa semua, kami juga tidoq khemah belah malam tu. 7 orang semua. Tobart Best!.
Sepanjang malam hingga ke cerah dok dengaq bunyi teng.. teng.. teng.. teng.
Aku kurang nyenyak sungguh nyamuk takdak lari bau asap 2t wangi bespa. Geng bespa memang terer+rajin set mutu.
Sebelum subuh pukui 6 aku dah siap mandi semua. Usai solat subuh berimam Bob Rgf seluaq tidoq kala merah. Mentari mentenaik dunia kian cerah. Suasana hambar kelmarin tidak lagi. Rider memang benar true betoi-betoi berhimponan. Penoh sepanjang-panjang dataran melimpah-limpah hingga ke luar. Gambaq hat elok empa tengok dalam Spesel Edesyen Himponan Klasik Telok Batek Nohhh!!!.
Sampai jumpa lagi di masa bila Allah setuju bagi kita jumpa. Terima kasih pada semua empa yang support beli merchandise Touring Kingdom.

Ok ni baru keluaq rumah pukui 7.00 pagi lebih sikit.
Sampai R&R Gurun. "Kita lama tunggu". Sorry Geng.
Elok sampai teruih buat pala setup. Ghani tak sampai lagi.Djin ngan Sidi baru sampai.

TOURING KINGDOM
Ni dah 21hb.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...